14 Februari
14 Februari merupakan hari ke-45 dalam takwim Gregorius . Tinggal 320 hari (atau 321 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Elisha Gray
Bantahan Bahrain
748 – Revolusi Abbasiyyah : Para pemberontak Hashimi diketuai oleh Abu Muslim Khorasani mengambil alih Merv , ibukota wilayah Khurasan Umayyad .
1009 - Catatan terawal pernah diketahui mengenai Lithuania terdapat dalam catatan biara Quedlinburg .
1014 - Paus Benedict VIII mengiktiraf Henry dari Bavaria selaku Raja Jerman .
1400 – Richard II dari England mangkat, berkemungkinan kerana kebuluran dalam kepungan di Istana kota Pontefract di bawah arahan Henry Bolingbroke .
1502 – Penyiasatan Sepanyol : Raja Katolik mengeluarkan satu dekri yang memaksa Muslim di Granada untuk memeluk Kristian atau meninggalkan Sepanyol.
1530 – Konkuistador Sepanyol diketuai oleh Nuño de Guzmán , menjatuhkan dan membunuh Tangaxuan II , raja merdeka terakhir dari negeri Tarascan yang kini terletak di tengah Mexico.
1743 - Henry Pelham menjadi Perdana Menteri United Kingdom .
1778 - Bendera Amerika Syarikat buat julung kalinya diiktiraf secara rasmi oleh sesebuah kapal tentera laut asing, apabila Laksamana Perancis Toussaint-Guillaume Picquet de la Motte melancarkan tabik sembilan tembakan untuk kapal USS Ranger yang diperintah oleh John Paul Jones .
1779 - James Cook dibunuh oleh orang asli Hawaii berhampiran Kealakekua di Pulau Hawaii .
1804 - Karađorđe Petrović menjadi pemimpin Pemberontakan Serbia Pertama .
1876 - Elisha Gray (gambar) dan Alexander Graham Bell masing-masing memfailkan paten untuk telefon .
1879 - Angkatan bersenjata Chile menduduki pelabuhan Antofagasta di Bolivia, memulakan Perang di Pasifik .
1900 - Rusia membalas tekanan antarabangsa untuk membebaskan Finland dengan mengetatkan penguasaan terhadap negara itu.
1900 - Perang Boer Kedua : Di Afrika Selatan, 20,000 tentera British menyerang Negara Bebas Oranye .
1918 - Kesatuan Soviet memakai takwim Gregorius (pada 1 Februari mengikut takwim Julius ).
1919 - Bermulanya Perang Poland-Soviet .
1942 - Perang Dunia Kedua : Singapura jatuh di tangan Jepun di Pertempuran Pasir Panjang .
1944 - Perang Dunia Kedua: Pemberontakan anti-Jepun di Pulau Jawa .
1945 - Perang Dunia Kedua: Pada hari kedua pengeboman Dresden , Tentera Udara Diraja British dan Tentera Udara Amerika Syarikat mula membedil kota Dresden , ibu negeri Saxony di Jerman.
1945 - Perang Dunia Kedua: Kota Prague terkena bedilan mungkin disebabkan kesilapan pada orientasi juruterbang yang dikerah untuk membedil Dresden.
1945 - Presiden Franklin D. Roosevelt bertemu dengan Raja Ibnu Saud dari Arab Saudi di atas kapal USS Quincy , maka bermulanya hubungan diplomatik AS-Saudi secara rasmi.
1945 - Perang Dunia Kedua: Mostar dibebaskan oleh kumpulan gerila Yugoslavia .
1946 - Bank England dimiliknegarakan.
1949 - Knesset (Parlimen Israel) bersidang buat julung kalinya.
1961 - Penemuan unsur kimia : Unsur 103, Lawrensium , disintesiskan buat kali pertama di Universiti California .
1989 - Sebuah fatwa dikeluarkan untuk hukuman mati Salman Rushdie , penulis novel The Satanic Verses yang dianggap mengkufuri Islam .
1989 - Satelit pertama dalam buruj satelit Sistem Kedudukan Sejagat ditempatkan di orbit sederhana bumi .
1996 - China melancarkan roket Changzheng 3 yang mengangkut satelit Intelsat 708 . Roket terbabit terbabas selepas tiga saat berlepas lalu terhempas di sebuah perkampungan.
2005 - Bekas Perdana Menteri Lubnan Rafik Hariri terbunuh apabila perarakan keretanya diletupkan di Beirut , mencetuskan Revolusi Sedar .
2005 - Tujuh orang terkorban dan 151 lagi cedera dalam kejadian pengeboman di kawasan kewangan Makati di Metro Manila , Bandar Davao dan Bandar Raya Jeneral Santos di Filipina, yang dilakukan oleh militan yang disyaki berhubung rapat dengan Al-Qaeda .
2005 – YouTube dilancarkan oleh sekumpulan pelajar kolej, yang akhirnya menjadi tapak sesawang perkongsian video terbesar di dunia dan sumber utama bagi video tular .
2010 - Kabel elektrik voltan tinggi menimpa dua bas di Port Harcourt , Nigeria, menyebabkan 20 penumpang maut terkena kejutan elektrik.
2011 - Republik Rakyat China menggantikan Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia mengikut KDNK nominal .
2011 - Sebagai sebahagian daripada kebangkitan dunia Arab , bantahan Bahrain yang masih berlangsung kini (gambar) bermula.
2012 - Syarikat penerbangan Indonesia Lion Air memesan 230 pesawat Boeing dengan harga AS$22.4 bilion, satu rekod baharu.
Kelahiran
1913 - Jimmy Hoffa , pemimpin kesatuan buruh Amerika Serikat (hilang 1975)
1925 - Robert Wolter Monginsidi , pahlawan Indonesia. (meninggal 1949 )
1961 - Latifa , penyanyi dan pelakon Tunisia .
1965 - Suharyadi , mantan petenis Indonesia.
1977 - Hendra Suhendra , pemusik Indonesia.
1981 - Randy De Puniet , pembalap MotoGP.
1983 - Bacary Sagna , pemain bola sepak Perancis untuk Arsenal F.C.
1985 - Philippe Senderos , pemain bola sepak Switzerland .
1986 - Djamel Abdoun , pemain bola sepak Aljazair .
1989 - Donita , pelakon Indonesia.
1992 - Freddie Highmore , pelakon Inggeris.
1997 - Sivia Azizah , pelakon Indonesia
2002 - Elizabeth Gloria Setiawan , anggota grup idola Indonesia JKT48 .
2005 - Azi Afzan A.R , Pembangkit remaja Islam dan Seorang Pemanah Traditional (2020-kini)
Kematian
869 – Cyril , uskup dan mubaligh Yunani (b. 827)
945 – Lian Chongyu, panglima Cina
945 – Zhu Wenjin , maharaja China
1400 – Richard II , Raja England (mangkat 1367)
Rujukan