2002 merupakan tahun biasa yang bermula pada hariSelasa. Ia berlangsung dari 16 Syawal 1422 hingga 26 Syawal 1423. Tahun ini juga merupakan Tahun Ekotourisme Antarabangsa.
Perjanjian pengawasan Langit Terbuka yang mula ditandatangani pada 1992 mula berkuatkuasa.
Wang kertas dan duit syiling Euro mula diedarkan di Perancis, Sepanyol, Jerman, Itali, Portugal, Greece, Finland, Luxembourg, Belgium, Austria, Ireland dan Belanda.
International Computers Ltd (ICL) di United Kingdom diambil alih oleh Fujitsu dan dinamai sebagai Perkhidmatan Fujitsu, dengan ICL Inc, anak syarikatnya di Amerika Syarikat, dinamai semula sebagai Fujitsu Transaction Solutions (Penyelesaian Urus Niaga Fujitsu).