16 Jun merupakan hari ke-167 (hari ke-168 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 198 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 632 - Selepas satu siri konflik dalaman, raja terakhir Empayar Sasan di Iran, Yazdegerd III menaiki takhta pada usia lapan tahun.
- 1487 - Angkatan Lancaster menewaskan penyokong York dalam Pertempuran Stoke Field di Nottinghamshire, England, pertempuran terakhir Perang Bunga Mawar.
- 1745 - Perang Raja George: Angkatan tentera penjajah British menawan Kubu Louisbourg Perancis di Pulau Cape Breton selepas enam minggu pengepungan.
- 1846 - Giovanni Maria Mastai-Ferretti dipilih sebagai Pius IX, memulakan pemerintahan paus yang paling lama selepas Santo Peter.
- 1963 - Di atas Vostok 6, angkasawan Soviet Valentina Tereshkova (gambar) menjadi wanita pertama di angkasa lepas.
- 1976 - Aparteid: Polis di Soweto, Afrika Selatan menembak pelajar sekolah yang membantah pemaksaan bahasa Afrikaans sebagai bahasa perantara di sekolah perbandaran, mencetuskan tunjuk perasaan, mogok, rusuhan dan keganasan di seluruh negara.
- 1999 - Thabo Mbeki dilantik sebagai Presiden Afrika Selatan.
- 2009 - Negara-negara BRIC mengadakan sidang kemuncak pertama mereka di Yekaterinburg, Rusia.
- 2010 - Hujan lebat di Var, Perancis, mengorbankan lebih 25 orang dalam banjir terdahsyat di kawasan itu sejak 1827.
- 2011 - Ayman al-Zawahiri mewarisi Osama bin Laden sebagai ketua al-Qaeda.
- 2013 - Hassan Rouhani terpilih sebagai Presiden Iran yang baharu, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad.
Kelahiran
Kematian