11 Februari
11 Februari merupakan hari ke-42 dalam kalendar Gregory . Tinggal 323 hari (atau 324 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
660 SM - Mengikut tradisi, negara Jepun diasaskan oleh Maharaja Jimmu di Yamato .
55 - Tiberius Claudius Caesar Britannicus , pewaris takhta Maharaja Rom , tiba-tiba mati di Rom, sekaligus membuka jalan untuk Nero menaiki takhta.
1250 - Perang Salib Ketujuh : Dinasti Ayubiyyah berjaya mempertahankan Mansoura , Mesir, daripada serangan tentera salib.
1814 - Norway mengisytiharkan kemerdekaan, maka berakhirnya Kesatuan Kalmar .
1861 - Perang Saudara Amerika : Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sebulat suara meluluskan resolusi yang menjamin agar tiada campur tangan dalam amalan perhambaan di setiap negeri.
1873 - Raja Amadeo I dari Sepanyol turun takhta, mengisytiharkan di Cortes Generales bahawa orang Sepanyol "tidak dapat dikawal", lalu meninggalkan negara itu.
1889 - Perlembagaan Meiji diterima guna di Jepun.
1919 - Friedrich Ebert menjadi Reichspräsident pertama Republik Weimar .
1929 - Bagi menyelesaikan "Persoalan Rom ", kedua-dua pihak Itali dan Takhta Suci Katolik Rom bersetuju mewujudkan Kota Vatikan sebagai satu enklaf berdaulat merdeka dalam Itali.
1869 - Frederick Banting mengumumkan penemuan insulin , yang digunakan untuk merawat penyakit kencing manis , di Universiti Toronto .
1938 - BBC Television menerbitkan rancangan cereka sains pertama di dunia, suatu adaptasi lakon pentas ciptaan Karel Čapek bertajuk R.U.R. yang turut mencetus istilah "robot ".
1942 - Perang Dunia Kedua : Pertempuran Bukit Timah meletus di Singapura.
1949 - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bahagian negeri Perlis telah ditubuhkan.
1953 - Kesatuan Soviet memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
1964 - Pihak Yunani dan Turki mula bertempur di Limassol , Cyprus.
1964 - The Beatles mengadakan konsert pertama mereka di Amerika Syarikat, di Washington Coliseum di Washington, D.C.
1971 - 87 negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Soviet, menandatangani Perjanjian Dasar Laut yang mengharamkan senjata nuklear di perairan antarabangsa.
1973 - Perang Vietnam : Tahanan perang Amerika Syarikat mula dibebaskan dari Vietnam.
1978 - Republik Rakyat China menarik balik larangan ke atas karya-karya Aristotle , Shakespeare dan Dickens .
1979 - Revolusi Iran : Wangsa Pahlavi runtuh apabila tentera memilih "neutral" selepas pengikut Ayatollah Ruhollah Khomeini (gambar) memberontak, akhirnya menjadikan beliau Pemimpin Agung republik Islam itu.
1987 - Perlembagaan Filipina berkuatkuasa.
1990 - Aktivis anti-aparteid Nelson Mandela , menjadi banduan politik selama 27 tahun, dibebaskan dari penjara di Paarl , Afrika Selatan.
2006 - Naib Presiden Amerika Syarikat Dick Cheney tertembak Harry Whittington di muka, leher dan dada ketika memburu burung puyuh .
2007 - Perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi berakhir di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur dan dimenangi Anthony Charteau dari pasukan Crédit Agricole.
2008 - Di Timor Leste , berlakunya cubaan membunuh Xanana Gusmao dan Jose Ramos-Horta , tetapi gagal.
2009 - Morgan Tsvangirai menjadi Perdana Menteri Zimbabwe .
2010 - NASA melancarkan Solar Dynamics Observatory dalam satu misi lima tahun mencerap Matahari .
2011 - Selepas 18 hari bantahan meluas di Mesir, Presiden Hosni Mubarak berundur dan menyerahkan kuasanya kepada Majlis Agung Angkatan Tentera .
2013 - Paus Benedictus XVI mengumumkan yang beliau akan meletak jawatan sebagai Ketua Gereja Katolik pada akhir Februari.
2017 - Gerhana bulan Penumbra terjadi dimana jasad bulan akan keluar sepenuhnya daripada bayang penumbra bumi.
Kelahiran
Thomas Edison
Kematian