1978 - Di Zaïre, pemberontak menakluki bandar Kolwezi, pusat perlombongan wilayah Shaba. Kerajaan wilayah meminta campur tangan A.S., Perancis dan Belgium untuk memulihkan ketenteraman.
1984 - Perdana Menteri MalaysiaMahathir Mohamad mengumumkan Kerajaan British bersetuju menyerahkan kembali Bukit Carcosa kepada Kerajaan Malaysia. Bukit Carcosa yang berkeluasan 7.2 hektar dan terletak berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, telah diserahkan kepada Kerajaan British pada 12 September 1956 sebagai tanda penghargaan kerana telah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957.
2002 - Bekas Presiden A.S. Jimmy Carter melawat Cuba selama lima hari untuk berjumpa dengan Fidel Castro, menjadikannya Presiden Amerika Syarikat pertama, sama ada masih memegang jawatan atau sebaliknya, untuk mengunjungi pulau tersebut semenjak revolusi Castro dijayakan pada tahun 1959.
2008 - Satu gempa bumi sekuat 8.0 Msmelanda wilayah Sichuan, China, mengorbankan lebih 69,000 nyawa, mencederakan lebih 374,000, dan menyebabkan 4.8 juta lagi kehilangan tempat tinggal.