22 Februari merupakan hari ke-53 dalam takwim Gregorius . Tinggal 312 hari (atau 313 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Universiti Johns Hopkins
Dolly si biri-biri
Bangunan Piko selepas gempa di Christchurch
1495 - Raja Charles VIII dari Perancis memasuki Naples untuk menuntut takhta kota tersebut.
1632 - Perbincangan Mengenai Dua Sistem Dunia Utama karya Galileo diterbitkan.
1744 - Perang Warisan Austria : Kapal British mula menyerang bahagian belakang armada Perancis -Sepanyol di Laut Mediterranean di luar pantai Toulon , Perancis.
1797 - Serangan Britain Terakhir oleh Perancis bermula berhampiran Fishguard , Wales .
1819 - Melalui Perjanjian Adams–Onís , Sepanyol menjual Florida kepada Amerika Syarikat dengan harga AS$ 5 juta.
1856 - Parti Republikan Amerika Syarikat membuka persidangan sulungnya di Pittsburgh, Pennsylvania .
1876 - Universiti Johns Hopkins (gambar) ditubuhkan di Baltimore , Maryland , A.S. dan dinamakan bersempena dermawan Johns Hopkins .
1904 - United Kingdom menjual sebuah stesen meteorologi di Kepulauan Orkney Selatan ke Argentina. Kepulauan tersebut dituntut oleh UK pada tahun 1908.
1915 - Perang Dunia Pertama : Jerman memulakan peperangan kapal selam tanpa batasan.
1924 - Calvin Coolidge menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama yang berucap di radio dari White House .
1942 - Perang Dunia Kedua : Presiden Franklin D. Roosevelt mengarahkan Jeneral Douglas MacArthur berundur dari Filipina kerana pertahanan Amerika runtuh di sana.
1943 - Anggota gerakan penentang Ros Putih didapati bersalah mengkhianat dan digilotin oleh rejim Nazi di Jerman.
1948 - Pihak Komunis merampas kuasa di Czechoslovakia .
1958 - Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser dan Presiden Syria Shukri al-Quwatli menandatangani pakatan penyatuan untuk membentuk Republik Arab Bersatu .
1973 - Perang Dingin : Berikutan lawatan Presiden Amerika Syarikat , Richard Nixon ke Republik Rakyat China , kedua-dua negara bersepakat untuk mendirikan pejabat perhubungan.
1974 - Sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bermula di Lahore , Pakistan, dihadiri 37 buah negara dan 22 ketua negara dan kerajaan. Sidang ini turut mengiktiraf kemasukan Bangladesh .
1974 - Samuel Byck gagal membunuh Presiden A.S. Richard Nixon .
1979 - Kemerdekaan Saint Lucia dari United Kingdom.
1986 - Tunjuk perasaan aman Revolusi Kuasa Rakyat/Revolusi EDSA bermula untuk menggulingkan rejim diktator Filipina, Ferdinand Marcos .
1994 - Aldrich Ames dan isterinya dituduh oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana mengintip untuk pihak Kesatuan Soviet.
1997 - Ahli sains di Institut Roslin di Scotland mengumumkan kewujudan biri-biri klon bernama Dolly (gambar) , tujuh bulan selepas kelahirannya .
2002 - Ketua pemberontak Angola Jonas Savimbi terbunuh dalam serangan hendap tentera.
2011 - Satu gempa bumi bermagnitud 6.5 ML melanda Christchurch dan sekitar wilayah Canterbury di New Zealand, mengakibatkan kemusnahan teruk (gambar) dan lebih 180 maut.
Kelahiran
Kematian