26 April: Salah satu reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine meletup dan mengakibatkan 31 orang mati serta-merta, dan beribu orang lagi terkena sinaran radioaktif. Merupakan kemalangan radiologi yang terburuk di dunia sehingga kini.
4 November: Malaysia dan Indonesia memeterai satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Perjanjian ini memperuntukan beberapa perkara, antaranya kedua-kedua negara akan bekerjasama untuk saling membantu jika berlaku kemalangan maritim dalam perairan negara masing-masing.
Intel 80386DX, mikropemprosesbas data 32-bit yang mampu mengalamatkan RAM 4 GB, diperkenalkan. 80386 bukan sahaja mampu mengendalikan struktur bas data 32-bit, malah merevolusikan reka bentuk ingatan. Ia membenarkan sistem beroperasi menyediakan 640K ingatan untuk membolehkan melebihi satu perisian digunakan dengan serentak.
80386SL, cip yang lebih kecil juga dicipta, dengan litar penyusunan kuasa dan digunakan pada komputer kecil seperti komputer riba.
PIKOM (Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia) dibentuk.