9 Julai merupakan hari ke-190 (hari ke-191 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 175 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Argentina (1816) dan Sudan Selatan (2011).
Peristiwa
- 869 - Gempa bumi dan tsunami melanda kawasan sekitar Sendai, Jepun, meninggalkan mendapan pasir sejauh 4 km dari pantai.
- 1357 - Batu asas Jambatan Charles di Prague diletakkan oleh Maharaja Rom Holy Charles IV.
- 1789 - Revolusi Perancis: Perhimpunan Pengundi Kebangsaan (gambar) dibentuk daripada Perhimpunan Kebangsaan.
- 1850 - Selepas kematian Zachary Taylor, Millard Fillmore menjadi Presiden Amerika Syarikat, anggota terakhir Parti Whig memegang jawatan tersebut.
- 1900 - Ratu Victoria dari United Kingdom memberikan Perkenan Diraja bagi akta penubuhan Komanwel Australia, dengan itu menyatukan tanah-tanah jajahan yang berasingan di benua itu.
- 1922 - Johnny Weissmuller berenang gaya bebas 100-meter dalam masa 58.6 saat, memecahkan rekod renang dunia serta "rintangan minit".
- 1955 - Manifesto Russell–Einstein yang ditandatangi Albert Einstein, Bertrand Russell dan 9 lagi cendekiawan dan ahli sains diterbitkan di London, menyeru diadakan persidangan untuk menilai bahaya senjata pemusnah besar-besaran terhadap kemandirian manusia.
- 1985 - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad melancarkan perasmian Proton Saga, kereta nasional pertama Malaysia. Ia menandakan detik-detik permulaan dalam pengeluaran automobil di Malaysia.
- 2002 - Kesatuan Afrika (gambar lambang) diasaskan menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika (AEC) dan Pertubuhan Perpaduan Afrika (OAU), dengan Presiden Afrika Selatan Thabo Mbeki sebagai pengerusi pertama.
- 2006 - Zinedine Zidane mendapat kad merah dalam perlawanan terakhirnya pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA. Itali muncul juara.
- 2008 - Iran menguji peluru berpandu Shahab-3, di tengah-tengah ketegangan antarabangsa mengenai program nuklearnya.
- 2009 - Satu siri serangan siber terancang menyerang tapak web awam dan persendirian utama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
- 2010 - Satu serangan berani mati di Agensi Mohmand, Pakistan, membunuh 104 orang dan mencderakan 120 lagi.
- 2011 - Polis menahan lebih 1,600 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 2011 di Kuala Lumpur.
Kelahiran
Kematian