28 November merupakan hari ke-332 (hari ke-333 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 33 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 1660 - Di London, Robert Boyle (gambar), John Wilkins, Christopher Wren dan ahli sains terkemuka lain menubuhkan satu persatuan terpelajar yang kini dikenali sebagai Royal Society.
- 1785 - Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Hopewell pertama dengan Indian Cherokee.
- 1905 - Nasionalis Ireland Arthur Griffith membentangkan dasar Sinn Féin, mengisytiharkan bahawa Akta Kesatuan Great Britain dan Ireland 1800 tidak sah.
- 1919 - Nancy Astor (gambar) terpilih sebagai Ahli Parlimen wanita pertama dalam Dewan Rakyat British.
- 1966 - Penerbangan pertama kapal angkasa lepas Soyuz dilancarkan. Misi tanpa anak kapal ini merupakan pendahulu misi Soyuz 1.
- 1975 - Timor Leste mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal.
- 1979 - Penerbangan 901 Air New Zealand terhempas ke Gunung Erebus di Antartika, membunuh kesemua 257 orang di dalamnya.
- 1998 - Perlembagaan Albania kini, antara lain membenarkan republik berparlimen, disahkan melalui satu pungutan suara.
- 2000 - Presiden Ukraine Leonid Kuchma dituduh secara terang-terangan terlibat dalam penculikan wartawan Georgiy Gongadze dan beberapa jenayah lain.
- 2007 - Persidangan Damai Annapolis untuk menyelesaikan Konflik Israel-Palestin berlangsung di Maryland, Amerika Syarikat.
- 2010 - WikiLeaks mengeluarkan koleksi lebih 250,000 kawat diplomatik Amerika Syarikat, termasuk 100,000 bertanda "sulit" atau "rahsia".
- 2011 - Akta Perhimpunan Aman diluluskan Parlimen Malaysia selepas enam pindaan daripada rang undang-undang asal.
Kelahiran
Kematian