Artikel ini mengenai misi tahun 1967. Untuk misi dikenali oleh NASA sebagai ISS Soyuz 1, lihat Soyuz TM-31; untuk roket lihat Soyuz-1 (roket).
Soyuz 1 (Rusia: Союз 1, Union 1) ialah penerbangan angkasa dengan manusia dalam program angkasa Soviet. Dilancarkan ke orbit pada 23 April, 1967 membawa kosmonaut Kolonel Vladimir Komarov, Soyuz 1 merupakan penerbangan pertama kapal angkasa Soyuz. Rancangan misinya kompleks, melibatkan tempat pertemuan dengan Soyuz 2, bertukar kru sebelum balik ke Bumi.
Soyuz 1 berhadapan dengan isu teknikal, dan Vladimir Mikhaylovich Komarov telah terbunuh apabila kapal angkasa terhempas semasa pulang ke Bumi selepas misi dilanda dengan masalah mekanikal. Ini merupakan kematian penerbangan pertama yang disahkan dalam sejarah penerbangan angkasa.
Rujukan
Pautan luar