Presiden Ukraine (Bahasa Ukraine: Президент України, Prezydent Ukrayiny) merupakan ketua negara republik Ukraine yang berperanan dalam mewakili negara tersebut dalam hubungan antarabangsa, mentadbir ehwal luar negeri serta mengawasi kegiatan hubungan Ukraine dengan negara luar. Penjawat ini dilantik secara undian langsung oleh rakyat negara tersebut di mana pemenang akan menjawat selama lima tahun sepenggal, dan dihadkan selama dua penggal berturut-turut. Kediaman rasmi presiden ialah Istana Mariinskyi, yang terletak di daerah Pechersk di ibu kota Kyiv. Kediaman rasmi lain termasuk House with Chimaeras dan House of the Weeping Widow, yang digunakan untuk lawatan rasmi oleh wakil asing. Pejabat Presiden Ukraine, secara tidak rasmi dikenali sebagai "Bankova" merujuk kepada jalan yang terletak di atasnya, berfungsi sebagai pejabat presiden, menasihati presiden dalam urusan domestik, asing dan undang-undang. Sejak penubuhan jawatan itu pada 5 Disember 1991, terdapat enam orang telah berkhidmat sebagai Presiden Ukraine. Leonid Kravchuk merupakam Presiden pertama, berkhidmat selama tiga tahun dari 1991 hingga peletakan jawatannya pada 1994. Leonid Kuchma adalah satu-satunya presiden yang telah berkhidmat selama dua penggal berturut-turut. Viktor Yushchenko, Petro Poroshenko dan Viktor Yanukovych berkhidmat untuk tempoh satu penggal, dengan yang terakhir digantikan oleh pemangku presiden Oleksandr Turchynov, yang kemudiannya berkhidmat sebagai Pengerusi Parlimen Ukraine, pada 21 Februari 2014. Oleksandr Turchynov adalah satu-satunya pemangku presiden dalam sejarah moden Ukraine. Tidak seperti di Amerika Syarikat, di mana menjadi pemangku presiden bermakna menerima serta-merta semua kuasa dan tugas jawatan presiden, di Ukraine kuasa pemangku presiden sangat terhad. Pada 18 Jun 2015, Yanukovych secara rasmi dilucutkan gelaran presiden Ukraine. Kerajaan Ukraine menggunakan sistem pentadbiran presiden separa di mana peranan ketua negara dan ketua kerajaan adalah berasingan, oleh itu Presiden Ukraine hanyalah ketia negara Ukraine manakala Perdana Menteri Ukraine berperanan sebagai ketua kerajaan Ukraine. Perdana Menteri Ukraine terkini ialah Denys Shmyhal yang dilantik sejak bulan Mac 2020. Presiden terkini adalah Volodymyr Zelensky dari parti Sluha Narodu yang dipilih sejak 20 Mei 2019.
Senarai presiden
Garis masa (sejak 1991)
Senarai bekas presiden yang masih hidup
Rujukan
Pautan luar