25 November merupakan hari ke-329 (hari ke-330 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 36 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Stanisław August Poniatowski II oleh Johann Baptist von Lampi
Terowong tenggelam akibat banjir di Jedah
1034 - Donnchad , anak lelaki puteri kedua Raja Máel Coluim , dan bukan Mac Bethad , anak lelaki puteri sulungnya, mewarisi takhta untuk menjadi Raja Scotland .
1120 - Pewaris sah tunggal Raja Henry I dari England , William Adelin lemas dalam Kecelakaan White Ship , mengakibatkan kemelut pewarisan yang menjatuhkan dinasti Norman di England .
1795 - Raja Poland terakhir, Stanisław August Poniatowski (gambar) dipaksa turun takhta selepas persekutuan Poland-Lithuanianya dibahagikan buat kali ketiga oleh Austria , Prusia dan Rusia .
1844 - Sultan Ali Iskandar Shah dan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim masing-masing menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu William John Butterworth menyatakan kebenaran kepada Inggeris untuk mendirikan Rumah api di mana-mana lokasi dalam wilayah Kesultanan Johor .
1936 - Jerman dan Jepun menandatangani Pakatan Anti-Comintern , menyetujui jika Kesatuan Soviet menyerang salah seorang, mereka akan berunding mengenai langkah yang akan diambil "bagi melindungi kepentingan bersama".
1950 - Republik Rakyat China menyertai Perang Korea , menghantar ribuan askar menyeberangi sungai Yalu untuk menghadapi pasukan PBB.
1976 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad telah merasmikan Pusat Penyelidikan Teknologi Getah di Sungai Buloh , Selangor .
1984 - Band Aid : 36 ahli muzik pop terkemuka Britain dan Ireland berkumpul di sebuah studio Notting Hill untuk merakam lagu Do They Know It's Christmas? bagi memungut wang untuk bantuan kebuluran di Habsyah .
1992 - Ahli perundangan di Czechoslovakia mengundi memisahkannya kepada Republik Czech dan Slovakia bermula 1 Januari 1993.
2000 - Gempa bumi 7 Ms melanda Baku , Azerbaijan, membunuh 26 orang dan mencederakan 400 lagi.
2009 - Hujan luar biasa menyebabkan banjir kilat (gambar) di Jeddah , Arab Saudi, mengorbankan 122 orang dan mengandaskan ribuah jemaah haji .
2011 - Yahya Jammeh terpilih semula sebagai Presiden Gambia .
Kelahiran
Kematian