2 Februari merupakan hari ke-33 dalam kalendar Gregory . Tinggal 332 hari (atau 333 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Pertempuran Stalingrad
MV Rabaul Queen
962 - Di Rom, Paus John XII memahkotakan Otto Agung sebagai Maharaja Suci Rom .
1536 - Dalam ekspedisinya ke Dunia Baru , konkuistador Pedro de Mendoza mengasaskan Ciudad de Nuestra Señora Santa María del Buen Ayre , kini Buenos Aires , Argentina.
1653 - New Amsterdam (kini Bandar Raya New York ) ditubuhkan.
1709 - Alexander Selkirk diselamatkan selepas empat tahun terdampar di sebuah pulau tidak didiami di Kepulauan Juan Fernández , menjadi ilham kepada novel Robinson Crusoe karya Daniel Defoe .
1812 - Rusia mendirikan koloni perdagangan bulu haiwan di Fort Ross, California .
1848 - Perang Amerika Syarikat-Mexico berakhir dengan penandatanganan Perjanjian Guadalupe Hidalgo , yang memberikan Penyerahan Mexico kepada A.S. dengan harga AS$15 juta.
1848 - Kerubut Emas California : Kapal pertama yang mengangkut pendatang Cina tiba di San Francisco, California .
1878 - Greece mengisytiharkan perang terhadap Turki.
1880 - Lampu jalan elektrik pertama dipasang di Wabash , Indiana .
1899 - Persidangan Perdana Menteri Australia yang diadakan di Melbourne memutuskan agar ibu negara Australia (Canberra ) terletak antara Sydney dan Melbourne.
1901 - Berlangsungnya upacara pemakaman Ratu Victoria .
1920 - Perjanjian Damai Tartu ditandatangani oleh Estonia dan Rusia.
1920 - Perancis menduduki Memel .
1925 - 1925 – Bekalan perubatan untuk melawan wabak difteria sampai ke Nome, Alaska dengan kereta luncur salji anjing selepas perjalanan lima setengah hari, mengilhamkan Perlumbaan Iditarod merentas Alaska.
1925 - Gempa bumi Charlevoix-Kamouraska melanda kawasan timur laut Amerika Utara .
1933 - Adolf Hitler membubarkan Parlimen Jerman .
1935 - Leonarde Keeler menguji mesin poligraf (pengesan bohong) yang pertama.
1940 - Frank Sinatra membuat persembahan pertama bersama orkestra Tommy Dorsey .
1943 - Perang Dunia Kedua : Pertempuran Stalingrad (gambar) berakhir dengan 91,000 askar Jerman yang letih dan lapar ditawan oleh Tentera Merah Soviet.
1971 - Idi Amin menggantikan Presiden Milton Obote sebagai ketua Uganda .
1972 - Kedutaan British di Dublin musnah akibat bantahan terhadap peristiwa Ahad Berdarah .
1974 - Pesawat pejuang A.S. F-16 Fighting Falcon terbang buat pertama kalinya.
1982 - Pembunuhan Hama : Pihak Syria menyerang pekan Hama .
1989 - Perang Soviet di Afghanistan : Jajaran tentera terakhir Kesatuan Soviet meninggalkan Kabul .
1989 - Khidmat televisyen satelit Sky Television plc dilancarkan.
1990 - Presiden F.W. de Klerk mengisytiharkan berakhirnya Aparteid di Afrika Selatan.
2004 - Pemain tenis Swiss Roger Federer menjadi pemain no. 1 lelaki perseorangan, kedudukan yang dipegangnya selama rekod 237 minggu .
2012 - Feri penumpang MV Rabaul Queen (gambar) karam di pantai Papua New Guinea , dengan 100 orang masih hilang.
Kelahiran
Kematian