1940
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1940. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1940 (nombor).
1940 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Isnin. Ia berlangsung dari 20 Zulkaedah 1358 hingga 1 Zulhijah 1359.
Peristiwa
Januari
Februari
Mac
- 2 Mac - Elmer Fudd muncul buat pertama kali dalam filem Elmer's Candid Camera (Kamera Kandid Elmer) yang singkat.
- 3 Mac - Di Sweden, sebuah bom jangka memusnahkan pejabat Norrskenflamman, akhbar komunis Sweden dan membunuh 5 orang.
- 5 Mac - Ahli politburo Soviet: Stalin, Molotov, Lazar Kaganovich, Mikhail Kalinin, Kliment Voroshilov dan Lavrenty Beria menandatangani perintah (yang disediakan oleh Beria) untuk menghukum mati 25,700 orang inteligensia, termasuk 14,700 orang tawanan perang Poland. Tindakan itu kini dikenali sebagai Pembunuhan beramai-ramai Katyn.
- 12 Mac - Kesatuan Soviet dan Finland mengikat perjanjian kedamaian di Moscow dan dengan itu, menamatkan Perang Musim Sejuk. Rakyat Finland dan seluruh dunia terkejut kerana syarat-syarat yang terlalu keras.
- 18 Mac - [[Perang Dunia II]: Kuasa Paksi - Adolf Hitler dan Benito Mussolini bertemu di Genting Brenner di Banjaran Alps dan bersetuju untuk membentuk perikatan terhadap Perancis dan United Kingdom.
- 21 Mac - Édouard Daladier meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri Perancis, dengan jawatannya diambil alih oleh Paul Reynaud.
- 23 Mac - Ketetapan Pakistan disokong oleh All-India Muslim League (Liga Muslim Seluruh India): Penduduk Muslim dari seluruh pelosok negara India berhimpun di Iqbal Park, Lahore yang kini merupakan sebahagian Pakistan moden.
April
Mei
- 10 Mei - Perang Dunia II:
- 13 Mei
- 14 Mei
- Ratu Wilhelmina dari Belanda dan kerajaannya melarikan diri ke London; Rotterdam mengalami pengeboman yang teruk oleh Luftwaffe, angkatan tentera udara Jerman, dengan 980 orang terbunuh dan 20,000 buah bangunan dimusnahkan.
- Perekrutan bermula di Britain untuk membentuk angkatan pertahanan dalam negeri, Local Defence Volunteers (Sukarelawan Pertahanan Tempatan) yang kemudian dikenali sebagai Home Guard (Pengawal Tanah Air).
- 15 Mei
- 16 Mei - Franklin D. Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat, semasa berucap kepada sidang bersama Kongres, meminta pinjaman luar biasa sebanyak kira-kira AS$900 juta untuk membiayai pembinaan sekurang-kurangnya 50,000 buah kapal terbang setiap tahun.
- 17 Mei - Brussel jatuh kepada angkatan tentera Jerman. Kerajaan Belgium melarikan diri ke Ostend.
- 18 Mei - Marsyal Henri Petain dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri Perancis.
- 19 Mei - Jeneral Maxime Weygand menggantikan Maurice Gamelin sebagai Panglima Agung kepada seluruh angkatan tentera Perancis.
- 20 Mei:
- 22 Mei - Perang Dunia II: Parlimen British meluluskan Akta Kuasa Darurat yang memberikan kerajaannya kuasa penuh terhadap semua orang dan harta.
- 26 Mei - Perang Dunia II: Pengunduran pasukan ekspedisi British dari Dunkirk, Perancis, bermula.
- 28 Mei:
- 29 Mei - Penerbangan pertama Vought XF4U-1, prototaip kapal terbang pejuang F4U Corsair yang kemudiannya digunakan dalam Perang Dunia II.
Jun
Julai
Ogos
September
November
- 3 November - Pemilihan presiden Amerika Syarikat, 1940: Franklin D. Roosevelt, penyandang Presiden Amerika Syarikat daripada Parti Demokrat, menewaskan Wendell Willkie, pencabar Republikan untuk menjadi presiden penggal ketiga Amerika Syarikat yang pertama.
- 7 November - Di Washington, bahagian tengah Tacoma Narrows Bridge (Jambatan Tacoma Narrows) runtuh semasa ribut angin, hanya empat bulan selepas disiapkan (dibuka untuk lalu lintas pada 1 Julai 1940 sebagai jambatan gantung yang ketiga terpanjang di dunia).
- 9 November - Pertunjukan perdana Concierto de Aranjuez diadakan oleh Joaquin Rodrigo di Barcelona, Sepanyol.
- 10 November - Gempa bumi berlaku di Bucharest, Romania dan mengakibatkan kematian 1,000 orang.
- 11 November - Perang Dunia II:
- 13 November - Filem Fantasia ditayangkan oleh Walt Disney dan merupakan kegagalan jualan Disney yang pertama. Walaupun demikian, ia dapat menutup kerugiannya beberapa tahun kemudian dan kemudian menjadi salah satu filem Disney yang amat dihargai.
- 14 November - Perang Dunia II: Di England, bandar raya Coventry dimusnahkan oleh 500 buah pengebom Luftwaffe Jerman. 150,000 bom api, 503 tan bahan letupan, dan 130 periuk api payung terjun meratakan 60,000 daripada 75,000 bangunan, dengan 568 orang dibunuh.
- 16 November:
- Bom paip yang tidak meletup dijumpai di bangunan pejabat Consolidated Edison. (Hanya beberapa tahun kemudian bahawa George Metesky, orang yang melakukan kesalahan tersebut, ditangkap.)
- 18 November - Perang Dunia II: Adolf Hitler, ketua Jerman, dan Galeazzo Ciano, Menteri Luar Negeri Itali, bertemu untuk membincangkan serangan Greece yang gagal dengan begitu teruk. Serangan itu dilancarkan oleh Benito Mussolini.
- 20 November - Perang Dunia II: Hungary, Romania, dan Slovakia menyertai Kuasa Paksi.
- 27 November:
Disember
- 8 Disember - Chicago Bears menewaskan Washington Redskins dengan mata 73-0 dalam Permainan Kejohanan NFL 1940 dan dengan itu, mencapai kemenangan yang paling berat sebelah dalam sejarah National Football League (Liga Bola Sepak Kebangsaan).
- 12 Disember & 15 Disember - Perang Dunia II: Serangan udara Sheffield yang bertubi-tubi: Bandar raya Sheffield dimusnahkan dengan begitu teruk oleh serangan udara Jerman.
- 14 Disember - Plutonium diasingkan secara kimia buat pertama kali dalam makmal.
- 23 Disember - Winston Churchill, dalam ucapannya yang disiarkan kepada para penduduk Itali, betul-betul menyalahkan Benito Mussolini kerana mengakibatkan negara mereka berperang dengan Britain, bertentangan dengan persahabatan bersejarah mereka.
- 26 Disember - Tayangan perdana filem The Philadelphia Story (Kisah Philadelphia) yang dibintangi oleh Katharine Hepburn, Cary Grant, James Stewart, dan Ruth Hussey, diadakan di Radio City Music Hall di New York City.
- 29 Disember:
- Franklin D. Roosevelt mengisytiharkan bahawa Amerika Syarikat harus menjadi "... gedung demokrasi yang agung" dalam sebuah sembang tepi perapian kepada negara.
- Perang Dunia II: "Kebakaran Agung Kedua London" - Angkatan tentera udara Luftwaffe melancarkan serangan pengeboman yang mengakibatkan 1,500 kebakaran. Banyak bangunan termasyhur, termasuk Guildhall dan Trinity House dimusnahkan atau dirosakkan.
- 30 Disember - Lebuh raya moden yang pertama di California, bakal State Route 110 (Laluan Negeri California 110), dibuka untuk lalu lintas di Pasadena, California dengan nama Arroyo Seco Parkway. Ia kini dikenali sebagai Pasadena Freeway.
Tarikh tepat tidak pasti
Sedang berlangsung
Kelahiran
Januari - Februari
- 4 Januari - Brian David Josephson, ahli fizik dan pemenang Hadiah Nobel Wales
- 4 Januari -Gao Xingjian, penulis dan pemenang Hadiah Nobel yang dilahirkan di China
- 6 Januari - Penny Lernoux, wartawan dan penulis Amerika Syarikat (maut 1989)
- 9 Januari - Miguel Ángel Rodríguez, ahli politik, peguam, ahli ekonomi dan ahli perniagaan Costa Rica
- 14 Januari - Julian Bond, aktivis hak awam Amerika Syarikat
- 19 Januari - Mike Reid, pelakon Inggeris (maut 2007)
- 20 Januari - Carol Heiss, pemain luncur Amerika Syarikat
- 21 Januari - Jack Nicklaus, pemain golf Amerika Syarikat
- 22 Januari - John Hurt, pelakon Inggeris
- 27 Januari - James Cromwell, pelakon Amerika Syarikat
- 31 Januari - Kitch Christie, jurulatih ragbi Afrika Selatan (lahir 1998)
- 2 Februari - David Jason, pelakon Inggeris
- 3 Februari - Fran Tarkenton, pemain bola sepak Amerika Syarikat
- 4 Februari - George Romero, penulis filem, pengeluar filem, dan pengarah filem Amerika Syarikat
- 5 Februari - H.R. Giger, pelukis Switzerland
- 6 Februari - Tom Brokaw, pemberita televisyen Amerika Syarikat
- 6 Februari - Jimmy Tarbuck, pelawak Inggeris
- 8 Februari - Ted Koppel, wartawan Amerika Syarikat
- 8 Februari - Joe South, penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat
- 9 Februari - J. M. Coetzee, penulis dan pemenang Hadiah Nobel Afrika Selatan
- 12 Februari - Richard Lynch, pelakon Amerika Syarikat
- 17 Februari - Gene Pitney, penyanyi Amerika Syarikat (maut 2006)
- 19 Februari - Smokey Robinson, ahli muzik Amerika Syarikat
- 20 Februari - Jimmy Greaves, pemain bola sepak Inggeris
- 21 Februari - James Wong, penggubah Hong Kong (maut 2004)
- 22 Februari - Johnson Mlambo, ahli politik Afrika Selatan
- 22 Februari - Billy Name, jurugambar dan juruarkib Warhol Amerika Syarikat
- 23 Februari - Peter Fonda, pelakon Amerika Syarikat
- 24 Februari - Denis Law, pemain bola sepak Scotland
- 25 Februari - Ron Santo, pemain besbol Amerika Syarikat
- 28 Februari - Mario Andretti, pelumba kereta Amerika Syarikat
- 29 Februari - Edward Frederic Benson, penulis Amerika Syarikat
Mac-April
- 3 Mac - Germán Castro Caycedo, penulis dan wartawan Colombia
- 3 Mac - Owen Spencer-Thomas, penyiar, wartawan, dan paderi Inggeris
- 6 Mac - Willie Stargell, pemain besbol (maut 2001)
- 7 Mac - Rudi Dutschke, pemimpin pelajar Jerman (maut 1979)
- 9 Mac - Raúl Juliá, pelakon Puerto Rico (maut 1994)
- 10 Mac - Chuck Norris, pelakon dan ahli seni mempertahankan diri Amerika Syarikat
- 12 Mac - Al Jarreau, penyanyi Amerika Syarikat
- 15 Mac - Phil Lesh, ahli muzik Amerika Syarikat (pancaragam Grateful Dead)
- 16 Mac - Bernardo Bertolucci, penulis dan pengarah filem Itali
- 16 Mac - Jan Pronk, ahli politik dan diplomat Belanda
- 17 Mac - Mark White, Gabenor Texas
- 22 Mac - Haing S. Ngor, pelakon Kemboja (maut 1996)
- 25 Mac - Anita Bryant, penghibur Amerika Syarikat
- 26 Mac - James Caan, pelakon Amerika Syarikat
- 27 Mac - Austin Pendleton, pelakon Amerika Syarikat
- 27 Mac - Cale Yarborough, pelumba kereta Amerika Syarikat
- 29 Mac - Ray Davis, ahli muzik Amerika Syarikat (P-Funk)
- 30 Mac - Astrud Gilberto, penyanyi yang dilahirkan di Brazil
- 1 April - Wangari Maathai, pencinta alam sekitar dan penerima Hadiah Nobel Kedamaian Kenya
- 2 April - Penelope Keith, pelakon wanita Inggeris
- 12 April - Herbie Hancock, ahli muzik Amerika Syarikat
- 12 April - John Hagee, mubaligh televisyen Kristian Amerika Syarikat
- 16 April - Ratu Margrethe II dari Denmark
- 18 April - Joseph L. Goldstein, ahli sains dan penerima Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan Amerika Syarikat
- 25 April - Al Pacino, pelakon Amerika Syarikat
- 26 April - Giorgio Moroder, penggubah filem Itali
Mei-Jun
- 1 Mei - Elsa Peretti, pereka bentuk barang kemas Itali
- 8 Mei - Peter Benchley, penulis Amerika Syarikat (maut 2006)
- 8 Mei - Angela Carter, penulis dan editor Inggeris (maut 1992)
- 8 Mei - Ricky Nelson, penyanyi Amerika Syarikat (maut 1985)
- 8 Mei - Toni Tennille, penyanyi Amerika Syarikat
- 9 Mei - James L. Brooks, penerbit dan penulis filem Amerika Syarikat
- 11 Mei - Juan Downey, artis video yang dilahirkan di Chile (maut 1993)
- 14 Mei - 'H'. Jones, askar British (penerima VC) (maut 1982)
- 15 Mei - Don Nelson, pemain dan jurulatih bola keranjang Amerika Syarikat
- 17 Mei - Alan Kay, ahli sains komputer Amerika Syarikat
- 18 Mei - Lenny Lipton, pereka Amerika Syarikat
- 20 Mei - Stan Mikita, pemain hoki yang dilahirkan di Slovakia
- 20 Mei - Sadaharu Oh, pemain besbol Jepun
- 22 Mei - Bernard Shaw, wartawan dan pemberita televisyen Amerika Syarikat
- 24 Mei - Joseph Brodsky, pemuisi dan pemenang Hadiah Nobel yang dilahirkan di Rusia (maut 1996)
- 29 Mei - Farooq Leghari, Presiden Pakistan
- 1 Jun - René Auberjonois, pelakon Amerika Syarikat
- 2 Jun - Raja Constantine II dari Greece
- 6 Jun - Richard Paul, pelakon Amerika Syarikat (maut 1998)
- 7 Jun - Tom Jones, penyanyi Wales
- 8 Jun - Carole Ann Ford, pelakon wanita British
- 8 Jun - Nancy Sinatra, penyanyi Amerika Syarikat
- 16 Jun - Neil Goldschmidt, Gabenor Oregon
- 17 Jun - George Akerlof, ahli ekonomi dan pemenang Hadiah Nobel Amerika Syarikat
- 20 Jun - John Mahoney, pelakon yang dilahirkan di England
- 21 Jun - Mariette Hartley, pelakon wanita Amerika Syarikat
- 22 Jun - Abbas Kiarostami, pengarah filem, penulis skrip lakon layar, dan penerbit filem Iran
- 22 Jun - Esther Rantzen, penyiar British
- 23 Jun - Adam Faith, penyanyi dan pelakon Inggeris (maut 2003)
- 23 Jun - Lord Irvine dari Lairg, Lord Chancellor dari England
- 23 Jun - Wilma Rudolph, ahli olahraga Amerika Syarikat (maut 1994)
- 25 Jun - A.J. Quinnell, penulis Inggeris (maut 2005)
- 29 Jun - Vyacheslav Artyomov, penggubah Rusia
Julai - Ogos
- 3 Julai - César Tovar, pemain Major League Baseball (Besbol Liga Utama) Venezuela (maut 1994)
- 7 Julai - Ringo Starr, pemain dram British (The Beatles)
- 10 Julai - Gene Alley, pemain besbol
- 10 Julai - Tom Farmer, usahawan Scotland
- 10 Julai - Helen Donath, soprano Amerika Syarikat
- 13 Julai - Patrick Stewart, pelakon Inggeris
- 17 Julai - Tim Brooke-Taylor, pelakon komedi Inggeris
- 17 Julai - Verne Lundquist, pemberita sukan Amerika Syarikat
- 18 Julai - Joe Torre, pemain dan pengurus besbol
- 18 Julai - James Brolin, pelakon dan pengarah filem Amerika Syarikat
- 22 Julai - George Clinton, ahli muzik Amerika Syarikat
- 22 Julai - Alex Trebek, juruacara pertunjukan permainan Kanada
- 24 Julai - Stanley Hauerwas, ahli teologi Amerika Syarikat
- 24 Julai - Mary Jo Kopechne, pembantu Ted Kennedy yang berkebangsaan Amerika Syarikat (maut 1969)
- 27 Julai - Bharati Mukherjee, penulis novel yang dilahirkan di India
- 31 Julai - Roy Walker, pelakon komedi dan penyampai Catchphrase (1986-1999), rancangan televisyen yang ditayangkan oleh ITV
- 3 Ogos - Martin Sheen, pelakon Amerika Syarikat
- 7 Ogos - Jean-Luc Dehaene, Perdana Menteri Belgium
- 8 Ogos - Dilip Sardesai, bekas pemain kriket Ujian India (maut 2007)
- 9 Ogos - Beverlee McKinsey, pelakon wanita Amerika
- 10 Ogos - Bobby Hatfield, penyanyi Amerika (pasangan penyanyi Righteous Brothers) (maut 2003)
- 19 Ogos - Jill St. John, pelakon wanita Amerika Syarikat
- 20 Ogos - [Musa Geshaev]], pemuisi dan ahli sejarah Chechen
- 20 Ogos - Rubén Hinojosa, ahli politik Amerika Syarikat
- 22 Ogos - Valerie Harper, pelakon wanita Amerika Syarikat
- 25 Ogos - José Van Dam, bariton bes Belgium
- 28 Ogos - Tom Baker, pelakon Amerika Syarikat (maut 1982)
- 29 Ogos - Johnny Paris, ahli muzik Amerika Syarikat (kumpulan Johnny and the Hurricanes) (maut 2006)
- 29 Ogos - Bennie Maupin, ahli muzik Amerika Syarikat
September-Oktober
- 5 September - Raquel Welch, pelakon wanita Amerika Syarikat
- 10 September - David Mann, pelukis Amerika Syarikat (maut 2004)
- 12 September - Skip Hinnant, pelakon Amerika Syarikat
- 12 September - Mickey Lolich, pemain besbol
- 13 September - Óscar Arias, ahli politik dan penerima Hadiah Keamanan Nobel Costa Rica
- 14 September - Larry Brown, jurulatih bola keranjang Amerika Syarikat
- 23 September - Mohammad-Reza Shajarian, penyanyi tradisional Iran yang unggul
- 24 September - Michiko Suganuma, pelukis lakuer Jepun Urushi
- 9 Oktober - John Lennon, ahli muzik dan penyanyi British (The Beatles) (maut 1980)
- 13 Oktober - Pharoah Sanders, pemain saksofon Amerika Syarikat
- 14 Oktober - Cliff Richard, penyanyi Inggeris
- 15 Oktober - Peter Doherty, ahli imunologi dan penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan Australia
- 19 Oktober - Michael Gambon, pelakon Ireland
- 20 Oktober - Robert Pinsky, Penyair Negara Amerika Syarikat
- 21 Oktober - Manfred Mann (Manfred Lubowitz), ahli muzik Afrika Selatan (pancaragam Manfred Mann)
- 21 Oktober - Geoffrey Boycott, pemain kriket Inggeris
- 23 Oktober - Pelé, pemain bola sepak Brazil
- 25 Oktober - Bobby Knight, jurulatih bola keranjang Amerika Syarikat
- 27 Oktober - John Gotti, gengster Amerika Syarikat (maut 2002)
November-Disember
- 1 November - Ramesh Chandra Lahoti, Hakim Besar India
- 15 November - Sam Waterston, pelakon Amerika Syarikat
- 17 November - Luke Kelly, penyanyi balada Ireland daripada The Dubliners
- 21 November - Richard Marcinko, penulis dan anggota pasukan SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat
- 25 November - Joe Gibbs, jurulatih bola sepak Amerika Syarikat
- 27 November - Bruce Lee, pelakon dan ahli seni mempertahankan diri Amerika Syarikat Cina (maut 1973)
- 29 November - Chuck Mangione, pemain flugelhorn Amerika Syarikat yang termasyhur
- 1 Disember - Richard Pryor, seniman dan pelakon komedi Amerika Syarikat (maut 2005)
- 4 Disember - Freddy Cannon, penyanyi Amerika Syarikat
- 4 Disember - Gary Gilmore, pembunuh Amerika Syarikat (maut 1977)
- 5 Disember - Peter Pohl, penulis Sweden
- 12 Disember - Sharad Pawar, ahli politik India
- 12 Disember - Dionne Warwick, penyanyi Amerika Syarikat
- 21 Disember - Frank Zappa, pemain muzik, penggubah, dan penulis satira Amerika Syarikat (maut 1993)
- 22 Disember - Noel Jones, duta besar British di Kazakhstan (maut 1995)
- 23 Disember - Jorma Kaukonen, ahli muzik Amerika Syarikat (Jefferson Airplane, Hot Tuna)
- 23 Disember - Robert Labine, bekas datuk bandar Gatineau, Quebec
- 26 Disember - Edward C. Prescott, ahli ekonomi dan pemenang Hadiah Nobel Amerika Syarikat
Tarikh tidak diketahui
Kematian
Januari - Jun
- 4 Januari - Flora Finch, seniwati dan pelakon komedi yang dilahirkan di England (lahir 1869)
- 18 Januari - Kazimierz Tetmajer, pemuisi dan penulis Poland (lahir 1865)
- 27 Januari - Isaac Babel, penulis Ukraine (lahir 1894)
- Fusajiro Yamauchi, eksekutif perniagaan Jepun
- 11 Februari - John Buchan, Baron Pertama Tweedsmuir, Gabenor Jeneral Kanada (lahir 1875)
- 26 Februari - Michael Hainisch, Presiden Austria yang ke-2 (llahir 1858)
- 5 Mac - Cai Yuanpei, pendidik Cina (lahir 1868)
- 10 Mac - Mikhaïl Boulgakov, penulis Rusia (lahir. 1891)
- 16 Mac - Selma Lagerlöf, penulis dan pemenang Hadiah Nobel Sweden (lahir 1858)
- 20 Mac - Alfred Ploetz, ahli fizik, ahli biologi, dan ahli engenik Jerman (lahir 1860)
- 26 Mac - Spiridon Louis, pelari Greece
- 31 Mac - Tinsley Lindley, pemain bola sepak Inggeris (lahir 1865)
- 26 April - Carl Bosch, ahli kimia dan pemenang Hadiah Nobel Jerman (lahir 1874)
- 14 Mei - Emma Goldman, penganut faham anarki yang dilahirkan di Lithuania (lahir 1869)
- 15 Mei - Menno ter Braak, penulis Belanda (lahir 1902)
- 20 Mei - Verner von Heidenstam, penulis dan pemenang Hadiah Nobel Sweden (lahir 1859)
- 25 Mei - Joe De Grasse, pengarah filem Kanada (lahir 1873)
- 28 Mei - Putera Frederick Charles dari Hesse (lahir 1868)
- 10 Jun - Marcus Garvey, penerbit, usahawan, dan negarawan kulit hitam yang dilahirkan di Jamaica (lahir 1887)
- 11 Jun - Alfred S. Alschuler, arkitek Amerika Syarikat (lahir 1876)
- 17 Jun - Arthur Harden, ahli kimia dan pemenang Hadiah Nobel Inggeris (lahir 1865)
- 21 Jun - Smedley Butler, jeneral Amerika Syarikat (lahir 1881)
- 29 Jun - Paul Klee, pelukis Switzerland (lahir 1879)
Julai - Disember
- 4 Julai - Robert Pershing Wadlow, lelaki yang tertinggi di dunia (akibat jangkitan) (lahir 1918)
- 8 Ogos - Johnny Dodds, pemain klarinet jaz Amerika Syarikat (lahir 1892)
- 18 Ogos - Walter Chrysler, perintis automobil Amerika Syarikat (lahir 1875)
- 21 Ogos - Leon Trotsky, pemberontak Rusia (lahir 1879)
- 21 Ogos - Hermann Obrecht, ahli Dewan Undangan Persekutuan Switzerland (lahir 1882)
- 22 Ogos - Mary Vaux Walcott, pelukis dan ahli alamiah Amerika Syarikat (lahir 1860)
- 30 Ogos - J.J. Thomson, ahli fizik dan pemenang Hadiah Nobel Inggeris (lahir 1856)
- 5 September - Charles de Broqueville, Perdana Menteri Belgium (lahir 1860)
- 27 September - Julius Wagner-Jauregg, ahli neurosains dan pemenang Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan Austria (lahir 1857)
- 5 Oktober - Ballington Booth, pengasas bersama Volunteers of America (Sukarelawan Amerika Syarikat) dari Amerika Syarikat (lahir 1857)
- 9 Oktober - Wilfred Grenfell, mubaligh perubatan Inggeris ke Newfoundland dan Labrador (lahir 1865)
- 10 Oktober - Berton Churchill, pelakon Kanada (lahir 1876)
- 9 November - Neville Chamberlain, Perdana Menteri United Kingdom (lahir 1869)
- 9 November - John Henry Kirby, penggubal undang-undang Texas dan ahli perniagaan Amerika Syarikat (lahir 1860)
- 17 November - Eric Gill, pengarca dan penulis British (lahir 1882)
- 17 November - Raymond Pearl, ahli biologi Amerika Syarikat (lahir 1879)
- 5 Disember - Jan Kubelík, pemain violin Czech (lahir 1880)
- 15 Disember atau 16 Disember - Billy Hamilton, pemadang kawasan jauh Dewan Kemasyhuran Besbol (lahir 1866)
- 19 Disember - Kyösti Kallio, Presiden Finland (lahir 1873)
- 21 Disember - F. Scott Fitzgerald, penulis Amerika Syarikat (lahir 1896)
- 25 Disember - Agnes Ayres, pelakon wanita Amerika Syarikat (lahir 1898)
Hadiah Nobel
|
|