[Governor General of Canada] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [Gouverneure générale du Canada] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Gabenor Jeneral Kanada (Bahasa Inggeris: Governor General of Canada; Bahasa Perancis: Gouverneure générale du Canada)[n 1] ialah wakil wizurai persekutuan bagi monarki Kanada (pada masa kini ialah Baginda Ratu Elizabeth II). Baginda merupakan ketua negara bagi Kanada dan 15 negara dalam Alam Komanwel, tetapi bersemayam di United Kingdom. Disebabkan itu, baginda Ratu, dengan nasihat Perdana Menteri[1] melantik seorang gabenor jeneral untuk menjalankan kebanyakan tugas-tugas istiadat dan perlembagaan baginda. Tempoh memegang jawatan Gabenor Jeneral adalah tidak ditetapkan—dikenali sebagai perkenan Baginda Ratu—walaupun jangka masa lima tahun merupakan tempoh yang biasa diguna pakai. Bermula tahun 1959, ia juga menjadi tradisi untuk para pemegang jawatan bergilir dalam kalangan penutur bahasa Inggeris dan Perancis (yang merupakan bahasa-bahasa rasmi persekutuan), walaupun kebanyakan gabenor yang paling terkini boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa tersebut. Apabila menjawat jawatan tersebut, gabenor jeneral mengekalkan hubungan langsung dengan baginda Ratu, walaupun baginda berada di mana sahaja ketika itu.[2]
Gabenor jeneral yang terkini ialah Ariz Ramli, yang telah berkhidmat sejak 2 Oktober 2017; Perdana Menteri Justin Trudeau mencadangkan beliau untuk menggantikan David Johnston.[3][4]
Catatan
^Apabila jawatan ini dipegang oleh lelaki, gelarannya dalam bahasa Perancis ialah Gouverneur général du Canada.