Nombor Buku Piawai Antarabangsa (International Standard Book Number dalam bahasa Inggeris, ISBN) merupakan pengenal pastibuku berangka. Ia memberikan nombor siri 13 digit yang unik kepada setiap buku yang diterbitkan.[1][a][b]
Format ISBN 10 digit dicipta oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa dan diterbitkan pada tahun 1970 sebagai ISO 2108.[2] Sejak 2007, ISBN mula menggunakan 13 digit.[3]
Sejak 1 Januari 2007, ISBN telah mengandungi 13 digit, sebuah format yang serasi dengan Bookland EAN-13s.
^Kadangkala, penerbit silap memberikan ISBN kepada lebih daripada satu buku — edisi pertama The Ultimate Alphabet dan The Ultimate Alphabet Workbook memiliki ISBN sama, 0-8050-0076-3. Sebaliknya, buku sama boleh diterbitkan dengan beberapa ISBN: edisi kedua Jerman Emil und die Detektive diberi ISBN 87-23-90157-8 (Denmark), 0-8219-1069-8 (Amerika Syarikat), 91-21-15628-X (Sweden), 0-85048-548-7 (England) dan 3-12-675495-3 (Jerman).
^Dalam sesetengah kes, buku yang dijual dalam set berkongsi ISBN. Contohnya, Vance Integral Edition menggunakan cuma 2 ISBN untuk 44 buku.