7,136 (23 Mei 2021) 12,325 (28 November 2017) 12,382 (16 Jun 2018) 9,525 (8 Disember 2018) 14,946 (9 September 2017) 7,755 (8 Disember 2019) 8,206 (23 Jun 2019) 7,248 (27 Februari 2021)
Wikidata ialah sebuah projek yang menyediakan basis data yang disunting bersama untuk menyokong projek Yayasan Wikimedia seperti Wikipedia. Wikidata dilancarkan pada tanggal 29 Oktober 2012. Projek ini telah dimulai oleh Wikimedia bahasa Jerman dan bertujuan menyediakan sumber umum dari jenis data tertentu, misalnya hari lahir.
Gambaran
Wikidata dilancarkan pada tanggal 30 Oktober 2012 dan merupakan projek baru pertama dari Yayasan Wikimedia semenjak tahun 2006.[1][2]
Pembangunan permulaan projek ini diawasi Wikimedia Deutschland dan dibahagikan kepada tiga fasa:
Pemusatan pautan antara bahasa – pautan antara rencana-rencana Wikipedia tentang topik yang sama dalam pelbagai bahasa
Penyediaan tempat pusat buat kotak maklumat bagi semua Wikipedia
Pengwujudan dan pengemaskinian senarai rencana berasaskan data di Wikidata
Konsep-konsep
Wikidata ialah sebuah document-oriented database (pangkalan data berorientasikan dokumen), yang bertumpukan item. Setiap item mewakili sebuah topik atau tajuk (ataupun sebuah laman pentadbiran yang digunakan bagi menyelenggara Wikipedia) dan dicam dengan sebuah nombor unik, didahului dengan huruf Q — sebagai contoh, item untuk tajuk Politik ialah Q7163. Ini membolehkan maklumat asas yang diperlukan untuk mengenal pasti topik yang dirangkumi item itu dapat diterjemahkan tanpa memilih bulu antara bahasa-bahasa Wikipedia.
Maklumat ditambah pada item dengan mewujudkan penyataan. Penyataan dibuat dalam bentuk pasangan kunci-nilai, dengan setiap penyataan terdiri daripada sifat (kunci) dan nilai yang terkait pada sifat itu.
Fasa 1
Buat masa ini, hanya fasa pertama disediakan. Fasa ini membolehkan item diwujudkan dan dimuatkan dengan maklumat asas; sebuah label – nama atau tajuk, alias — nama alternatif
untuk label, pemerian, dan pautan antara bahasa untuk rencana Wikipedia tentang tajuk.
Pada permulaannya, Wikidata merupakan repositori serba lengkap pautan antara bahasa. Tiada edisi bahasa Wikipedia dapat mencapai Wikidata, justeru terpaksa menyelenggara set pautan antara bahasa masing-masing. Pada 14 Januari 2013, Wikipedia Bahasa Hungary menjadi Wikipedia pertama yang menyediakan pautan antara bahasa melalui Wikidata.[5] Kefungsian ini dipanjangkan ke Wikipedia Bahasa Hebrew dan Itali pada 30 Januari, Wikipedia Bahasa Inggeris pada 13 Februari dan wikipedia yang lain pada 6 Mac.[6][7][8] Berikutan usul untuk mengehadkan pembuangan pautan-pautan bahasa daripada Wikipedia Inggeris tidak mendapat kata sepakat,[9] penyunting automatik ("bot") diluluskan bagi memadam pautan daripada Wikipedia Inggeris.
Fasa 2
Aspek-aspek pertama fasa kedua dilaksanakan pada 4 Februari 2013, dengan kemasukan penyataan-penyataan pada entri-entri Wikidata. Pada mulanya nilai-nilai terbatas kepada dua jenis data (item dan imej-imej di Wikimedia Commons), dengan disusuli jenis data lain (seperti koordinat dan haribulan) kemudian.to follow later. Jenis data baharu, rentetan, dilaksanakan pada 6 Mac tahun yang sama.[10]
Kebolehan edisi pelbagai bahasa Wikipedia untuk mencapai data yang ditambah ke Wikidata sebagai sebahagian daripada fasa dua dilaksanakan secara beransur-ansur antara 27 Mac dan 25 April 2013.[11][12]
^Pintscher, Lydia (6 March, 2013). "Wikidata now live on all Wikipedias". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada 8 March, 2013. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)