Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Organization for Standardization, ISO) merupakan gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara di dunia. Pertubuhan ini mengeluarkan piawai yang dipakai dalam pelbagai bidang industri dan komersial.
Nama dan singkatan
Tiga bahasa rasmi ISO ialah bahasa Inggeris, bahasa perancis dan bahasa Rusia.[2] Logo pertubuhan ini dalam dua bahasa rasminya, iaitu bahasa Inggeris dan Perancis, termasuk perkataan ISO. Pertubuhan ini biasanya dirujukkan mengikut nama pendeknya.
Logo serta nama ISO ialah cap dagang berdaftar, dan kegunaannya adalah terbatas.[4]
Kewangan
ISO dibiayai oleh gabungan:[5][6]
- Pertubuhan yang mengurus projek tertentu atau pakar pinjaman untuk turut serta dalam karya teknikal tertentu.
- Langganan daripada badan-badan ahli ("badan kerajaan kebanyakannya wakil pemiawaian di negaranya").[7] Langganan-langganan ini adalah sebahagian daripada keluaran negara kasar dan jumlah dagangan negara masing-masing.
- Jualan piawaian.
Hak cipta dokumen ISO
Dokumen-dokumen ISO adalah berhak cipta dan kebanyakannya dikenakan bayaran untuk salinannya oleh ISO. Namun, ISO tidak mengenakan bayaran untuk kebanyakan salinan draf bagi dokumen dalam format elektronik. Walaupun berguna, draf-draf ini perlu digunakan dengan cermat kerana berkemungkinan ada perubahan penting sebelum ia dijadikan piawai. Sesetengah piawai oleh ISO dan wakil A.S rasminya (dan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa melalui Jawatankuasa Kebangsaan A.S) tersedia secara percuma.[8][9]
Rujukan
Pautan Luar