26 Mei merupakan hari ke-146 (hari ke-147 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 219 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Mahkota Besi Lombardy
Bendera Eropah
Grebe Alaotra
17 - Germanicus kembali ke Rom sebagai wira penakluk.
1805 - Napoleon Bonaparte dimahkotakan sebagai Raja Itali di Milan dengan Mahkota Besi Lombardy (gambar) .
1896 - Indeks Perindustrian Dow Jones diterbitkan buat pertama kali oleh Charles Dow sebagai indeks pasaran saham .
1918 - Republik Demokratik Georgia diisytiharkan selepas perpecahan Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia .
1972 – Richard Nixon dan Leonid Brezhnev memeterai Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik di Moscow , mengakhiri perbincangan SALT I .
1986 – Komuniti Eropah mula menggunakan Bendera Eropah (gambar) .
2006 – Gempa bumi berukuran 6.3 Mw melanda Kota Yogyakarta di pulau Jawa , Indonesia, mengorbankan lebih 5,700 orang, mencederakan 36,000, dan menyebabkan 1.5 lagi kehilangan tempat tinggal.
2008 – Phoenix NASA berjaya mendarat di Marikh .
2010 – Grebe Alaotra (gambar) , sejenis burung endemik di Madagaskar, diisytiharkan pupus 25 tahun selepas dilihat buat kali terakhir.
2010 – Lebih 70 orang terbunuh dalam kekacauan di Kingston, Jamaica , apabila kerajaan cuba menahan raja dadah Christopher Coke .
2011 – Bekas komander Tentera Republik Srpska , Ratko Mladić ditahan di Serbia menurut dakwaan jenayah perang 1995.
2013 – Dalam perlumbaan auto Formula Satu , Nico Rosberg memenangi Grand Prix Monaco .
Kelahiran
Kematian