Hari ini, indeks[2] ini terdiri dari 30 syarikat tersenarai awam yang terbesar dan paling banyak dipegang oleh awam di Amerika Syarikat. Bahagian "Perindustrian" dalam indeks hanya faktor sejarah kerana kebanyakan dari 30 syarikat yang terkandung dalam indeks tersebut tidak terlibat dengan industri berat.
Komponen Indeks
Pada tahun 1896, terdapat 12 syarikat yang berdaftar di DJIA. Jumlah keanggotaan indeks kemudian diperbanyak menjadi 20 pada tahun 1916, dan akhirnya menjadi 30 perusahaan sejak tahun 1928 hingga sekarang. Penyunting akhbar The Wall Street Journal memilih perusahaan mana yang akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam indeks.