3 November merupakan hari ke-307 (hari ke-308 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 58 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan
Peristiwa
- 644 - Khalifah kedua umat Islam, Umar Al-Khattab dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah, di Masjid al-Nabawi, Madinah.
- 1838 - Akhbar terbitan lebar sehelai harian bahasa Inggeris dengan edaran terbanyak di dunia The Times of India diasaskan.
- 1848 - Perlembagaan baharu yang disediakan Johan Rudolf Thorbecke (gambar) diisytiharkan, membataskan kuasa raja Belanda dengan banyak.
- 1918 - Revolusi Jerman bermula apabila empat puluh ribu kelasi merampas pelabuhan Kiel.
- 1957 - Kapal angkasa lepas Sputnik 2 dilancarkan, membawa Laika, seekor anjing angkasa Rusia sebagai makhluk hidup pertama mengorbit Bumi.
- 1971 - Manual Pengaturcara UNIX diterbitkan buat pertama kali.
- 1982 - Kebakaran Terowong Salang di Wilayah Parwan, Afghanistan mengorbankan kira-kira 2,000 orang, menjadikannya kemalangan jalan raya paling teruk di dunia.
- 2007 - Presiden dan Ketua Turus Tentera Darat Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.
- 2009 - Republik Czech mengesahkan Perjanjian Lisbon, memuaskan langkah terakhir dalam penguatkuasaanya di Kesatuan Eropah.
- 2011 - Sidang kemuncak G-20 keenam bermula di Cannes, Perancis.
- 2012 - Dalam bola sepak, Piala AFC 2012 tamat dengan kemenangan kelab Al-Kuwait.
Kelahiran
Kematian