15 November merupakan hari ke-319 (hari ke-320 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 46 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 655 - Penda dari Mercia ditewaskan oleh Oswiu dari Northumbria dalam Pertempuran Winwaed, di Yorkshire kini.
- 1688 - Putera William dari Orange yang bermazhab Protestan mendarat di Brixham, Devon, dalam perjalanan menggulingkan bapa mertuanya Raja James II yang Katolik.
- 1864 - Perang Saudara Amerika: William Tecumseh Sherman (gambar) memulakan "Perarakan ke Laut" selepas membakar Atlanta, Georgia.
- 1920 - Perhimpunan agung pertama Liga Bangsa diadakan di Geneva, Switzerland.
- 1971 - Intel Corporation mengeluarkan CPU 4-bit 4004 (gambar), mikropemproses komersil pertama di dunia, berupaya melakukan kira-kira 60,000 arahan per saat.
- 1983 - Cypriot Turki di bahagian timur laut Cyprus mengisytiharkan pembentukan negara baharu Republik Turki Cyprus Utara, sehingga kini cuma diiktiraf oleh Turki.
- 1988 - Yasser Arafat (gambar) mengisytiharkan kemerdekaan Palestin dan menamakan Baitulmaqdis sebagai Ibu negaranya.
- 1988 - Kapal angkasa lepas guna semula Soviet Buran dilancarkan untuk penerbangan sulung dan tunggalnya.
- 2001 - Microsoft melancarkan Xbox, konsol permainan video pertamanya.
- 2007 - Taufan Sidr melanda Bangladesh, mengorbankan lebih kurang 5,000 orang dan memusnahkan hutan bakau terbesar di dunia, Sundarban.
- 2008 - Pemimpin G-20 negara industri bertemu di satu sidang kemuncak di Washington, D.C. untuk membincangkan krisis ekonomi kini.
- 2010 - Alpha Condé memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Guinea.
- 2011 - Ellen Johnson Sirleaf terpilih semula sebagai Presiden Liberia.
- 2012 - Naib Presiden China Xi Jinping menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis China, menggantikan Presiden Hu Jintao.
Kelahiran
Kematian