10 November merupakan hari ke-314 (hari ke-315 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 51 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Pahlawan di Indonesia (1945 ).
Peristiwa
Berlian Hope
Perhimpunan Bersih
Siklon Jal di atas India
1444 - Empayar Uthmaniyyah pimpinan Sultan Murad II menewaskan tentera Poland dan Hungary di bawah Władysław III dan John Hunyadi dalam Pertempuran Varna .
1520 - Selepas berjaya menakluk Sweden, tentera Denmark di bawah Raja Christian II membunuh ramai pemimpin Sweden dalam Mandian Darah Stockholm .
1775 – Kor Marin Amerika Syarikat diasaskan sebagai "Marin Kontinental" oleh Kongres Benua Kedua semasa Perang Revolusi Amerika .
1865 - Pengawas Penjara Andersonville Henry Wirz digantung, menjadikan satu-satunya askar Perang Saudara Amerika dibunuh kerana jenayah perang .
1871 - "Dr. Livingstone, rasanya, kan?" – Henry Morton Stanley mengesan mubaligh dan pengembara yang hilang, David Livingstone (gambar) di Ujiji berhampiran Tasik Tanganyika , kini di Tanzania.
1893 - Dato' Bentara Luar Johor , telah menerima perintah daripada Sultan Abu Bakar untuk membuka bandar Batu Pahat .
1928 - Hirohito ditabalkan menjadi Maharaja Jepun yang ke-124.
1958 - Saudagar Harry Winston mendermakan Berlian Hope (gambar) , "berlian paling terkenal di dunia", kepada Institusi Smithsonian .
1964 - Bandaraya Pulau Pinang telah dilanda banjir besar yang paling buruk pernah berlaku dalam masa 23 tahun selepas banjir tahun 1941 disebabkan hujan lebat yang turun tanpa henti selama dua hari.
1969 - Episod pertama siri televisyen kanak-kanak Sesame Street disiarkan di stesen penyiaran awam , di rangkaian National Educational Television di Amerika Syarikat.
1975 - Perhimpunan Agung PBB menerima Resolusi 3379 , yang menyamakan Zionisme dengan rasisme .
1975 - SS Edmund Fitzgerald karam di Tasik Superior dan mengorbankan 29 nyawa.
1995 - Penulis drama dan penindak alam sekitar Ken Saro-Wiwa dan lapan yang lain dari Pergerakan Kemandirian Orang Ogoni dibunuh oleh kerajaan tentera Nigeria.
2007 - Lebih 10 ribu orang menyertai perhimpunan aman haram (gambar) menuntut pilihan raya bersih di Kuala Lumpur .
2010 - Siklon Jal (gambar) dan banjir yang menyusul mengorbankan sekurang-kurangnya 150 orang di India, Thailand, Malaysia dan Sri Lanka.
2022 - Pasukan hoki kebangsaan Malaysia menjadi juara buat pertama kali Piala Sultan Azlan Shah selepas menewaskan Korea Selatan 3-2.
Kelahiran
Kematian