23 April merupakan hari ke-113 (hari ke-114 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 252 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Brian Boru
215 SM - Sebuah kuil yang didedikasi kepada Venus Erycina dibina di Bukit Capitoline untuk memperingati penumpasan Empayar Rom di Tasik Trasimene .
1014 - Angkatan bersenjata Ireland yang diketuai oleh Brian Boru (gambar) bertempur dengan Viking dalam Pertempuran Clontarf .
1661 - Charles II dimahkotakan sebagai Raja England , Ireland dan Scotland di Westminster Abbey .
1827 - Ahli matematik dan fizik William Rowan Hamilton mengemukakan Teori Sistem Sinaran nya, yang membantu membuktikan teori gelombang cahaya .
1920 - Parlimen satu dewan Turki, Perhimpunan Kebangsaan Agung Turki diasaskan di Ankara di tengah-tengah Perang Kemerdekaan Turki .
1923 - Gdynia dirasmikan sebagai bandar pelabuhan Poland di Teluk Gdańsk , di barat daya Laut Baltik .
1932 - Kincir angin De Adriaan berusia 153 tahun terbakar sampai ranap di Haarlem , Belanda.
1954 - Menghadapi Vic Raschi dari St. Louis Cardinals , Hank Aaron dari Milwaukee Braves memukul lari habisnya yang pertama dalam Besbol Liga Utama .
1967 - Misi pertama kapal angkasa lepas Soviet Soyuz , Soyuz 1 dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur .
1968 - Para pelajar Universiti Columbia di Bandar Raya New York yang membantah Perang Vietnam mengambil alih bangunan pentadbiran, memaksa universiti itu ditutup.
1982 - Republik Conch secara berseloroh mengisytiharkan kemerdekaan daripada Amerika Syarikat.
1983 - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad dianugerahi Kunci Kota Colombo sebagai lambang penghormatan Sri Lanka kepada Malaysia . Mahathir menganggap penghormatan itu sebagai satu manifestasi hubungan yang rapat antara kerajaan dan rakyat kedua negara.
1985 - Coca-Cola menukar formula dan melancarkan produk New Coke . (Malangnya New Coke tidak disambut baik, maka formula asal dikembalikan dalam jangka tidak lebih tiga bulan.)
1988 - Album Dark Side of the Moon oleh kumpulan Pink Floyd terkeluar dari carta buat kali pertama setelah berada dalam carta Billboard 200 selama 741 minggu berturut-turut (lebih 14 tahun).
1990 - Namibia menjadi anggota ke-160 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ahli ke-50 Negara-Negara Komanwel .
1993 - Penduduk Eritrea besar-besaran mengundi untuk kemerdekaan daripada Habsyah dalam pungutan suara yang dipantau PBB .
1997 - Pembunuhan beramai-ramai Omaria meragut nyawa 42 orang kampung di Algeria.
2003 - Beijing menutup semua sekolah selama dua minggu berikutan wabak SARS .
2011 - Selepas empat bulan bantahan anti-kerajaan , Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh bersetuju meletak jawatan dalam masa 30 hari.
2012 - Mark Rutte meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Belanda .
2013 - Dalam bola sepak, Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris .
2013 - Horacio Cartes terpilih sebagai Presiden Paraguay , manakala partinya mendapat kemajmukan dalam Kongres .
Kelahiran
Kematian