2 April merupakan hari ke-92 (hari ke-93 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 273 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. Waktu Jimat-Siang bermula di kebanyakan Amerika Utara dan berakhir di Australia.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 1792 - Melalui Akta Duit Syiling, Kilang Syiling Amerika Syarikat (gambar lambang) ditubuhkan dan mata wang A.S. diperpuluhkan.
- 1801 - Perang Campuran Kedua: Angkatan tentera British Laksamana Madya Horatio Nelson (gambar) menewaskan armada Denmark–Norway dalam Pertempuran Copenhagen.
- 1956 - Drama As the World Turns mula ditayangkan di televisyen Amerika Syarikat sebagai drama bersiri setengah jam pertama.
- 1975 - Menara CN di Toronto, Ontario, Kanada siap dibina, dan pada ketinggian 553.33 meter, menjadi struktur berdiri sendiri tertinggi di dunia.
- 1982 - Pasukan khas Argentina menyerang Kepulauan Falkland, memulakan Perang Falkland dengan United Kingdom.
- 1984 - Di atas Soyuz T-11, Rakesh Sharma menjadi orang India pertama ke angkasa lepas.
- 1992 - Bos jenayah Keluarga Gambino John Gotti (gambar) disabitkan bersalah kerana kegiatan haram, pembunuhan, pengelakan cukai dan menghalang proses keadilan.
- 1997 - Sebuah pesawat Boeing 777-200 berdaftar 9M-MRA oleh Penerbangan Malaysia memecah rekod pusingan besar tanpa mendarat untuk pesawat penumpang dengan terbang ke timur dari Boeing Field, Seattle ke Kuala Lumpur, Malaysia.
- 2008 - Pergerakan Perubahan Demokratik mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya parlimen Zimbabwe, menewaskan parti Presiden Robert Mugabe ZANU-PF.
- 2012 - Berikutan tuduhan salah laku akademik, Pál Schmitt meletak jawatan sebagai Presiden Hungary.
- 2012 - Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aung San Suu Kyi memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil Myanmar.
Kelahiran
Kematian