Din Beramboi

Din Beramboi
Din Beramboi pada tahun 2009.
Kelahiran
Meor Ahmad Fuad bin Meor Badri
ميور احمد فواد بن ميور بدري

(1966-12-22)22 Disember 1966
Meninggal dunia2 April 2010(2010-04-02) (umur 43)
Sebab kematianSindrom kejutan denggi
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Gombak, Selangor
PekerjaanPelawak, penyampai radio, pengacara, pelakon, penyanyi, kartunis
Tahun aktif1990–2010[1]
Majikan
PasanganSuhaini Che Man (k. 1990–2010)
Anak-anak3
IbuRahmah Abdullah Sani
BapaMior Badri Mior Idris
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem, radio dan muzik
GenrePelawak berdiri, cereka, komedi sketsa
SubjekKomedi, lawak jenaka, satira
Hasil karya dan peranan
Kerjaya muzik
GenreRock
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Cherry Records
Kirabagus
Pengkarya berkait
Kumpulan Diplomasi

Meor Ahmad Fuad Meor Badri (Tulisan Jawi: ميور احمد فواد بن ميور بدري) (22 Disember 1966 – 2 April 2010) atau lebih dikenali dengan nama glamor Din Beramboi, merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, kartunis, penyampai radio dan pengacara televisyen popular di Malaysia, berbangsa Melayu. Timangan Din Beramboi juga pernah digunakan untuk dua watak cereka berlainan, salah satu daripadanya ciptaan Meor Ahmad Fuad sendiri dan satu lagi ciptaan kartunis Ujang, yang menjadi titik kontroversi ciplak sekitar pertengahan 1990-an.

Biografi

Kehidupan awal (1966-1989)

Mior Ahmad Fuad dilahirkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur (yang masih di bawah jajahan negeri Selangor pada ketika itu) pada hari Khamis, 22 Disember 1966. Mewarisi bakat lawak semula jadi bapanya[2] Mior Badri Mior Idris, ibunya Rahmah Abdullah Sani yang melahirkan beliau bersama tiga lagi saudara perempuannya, beliau adalah anak ketiga dan lelaki tunggal dalam keluarga yang berasal dari Gopeng, Perak.[2]

Mior Ahmad Fuad mendapat pendidikan awal di Setapak, Kuala Lumpur. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak (High School Setapak), iaitu sekolah yang sama dengan pengacara terkenal Azwan Ali, cuma berlainan kelas.[2]

Din Beramboi berkahwin dengan Suhaini Che Man, dan mempunyai tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah (sulung), Meor Shafiq Ar-Ridhwan, dan Nir Ain Syuhada (bongsu). Jenis darahnya adalah jenis O.[3]

Watak cereka Din Beramboi (1990-1995)

Nama "Din Beramboi" mula dikenali umum sebagai timangan bagi seorang watak cereka ciptaan kartunis Ibrahim Anon @ Ujang sekitar awal 1990-an. Tetapi sebelum itu, jolokan Din Beramboi sudah digunakan sebagai 'pengacara' rekaan berloghat Negeri Sembilan, yang nama penuhnya "Din Beramboi Alai Berjanggut"[4], dalam siri kaset wawancara komedi rakaman Meor Ahmad Fuad sendiri yang terkenal di kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia.[5] Mula-mulanya mendapat ilham dari siri kaset itu untuk konsep watak berkenaan semenjak tahun 1987, Ujang menzahirkan Din Beramboi pada tahun berikutnya dalam majalah Gila-Gila. Din Beramboi diberikan segmen khas dalam edisi Bumper Raya “Super Selebet Hari Lebaran” majalah berkenaan keluaran 15 Mac 1992.[6]

Ujang meninggalkan majalah Gila-Gila untuk membuka majalah sendiri, iaitu Ujang, dan turut membawa watak Din Beramboi untuk dijadikan maskot majalah baru tersebut.[5] Nama Din Beramboi ciptaan Ujang ini juga dijulang dengan terbitan kaset lawak sendiri, iaitu Radio 9 Din Beramboi dan Din Beramboi Live in Seremban.[5] Kerana watak Din Beramboi inilah majalah Ujang menjadi terkenal pada dekad 1990-an.

Mior Ahmad Fuad tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Majalah Ujang yang pada masa itu di bawah pengurusan Kharisma Publication, dan tidak pernah terlibat dalam pembikinan kaset Din Beramboi Radio 9: Pujaan Sirap dan Din Beramboi Live in Seremban.

Kelarisan watak kartun Din Beramboi sebagai maskot Ujang menemui penghujungnya, setelah Meor Ahmad Fuad tampil untuk mendakwa pihak penerbitan Ujang kerana menciplak watak Din Beramboi sehingga terheret ke mahkamah. Setelah kontroversi hak milik ini digembar-gemburkan di khalayak awam, pertikaian berakhir dengan Ujang menarik diri daripada perebutan watak Din Beramboi lalu memberhentikan segala penglibatan watak tersebut dalam segala bahan penerbitan syarikatnya.[5]

Kebangkitan Din Beramboi sebagai selebriti dunia nyata (1995-2007)

Alang-alang terjejas oleh kontroversi hak cipta watak dengan Ujang, Meor Ahmad Fuad mengeluarkan sebuah buku bertajuk Siri Sawancara Eksklusif Din Beramboi terbitan Melati Publishing, Kuala Lumpur pada tahun 1995. Selain penglibatannya dalam siri kaset Din Beramboi yang asli, Meor Ahmad Fuad melonjakkan nama di mata umum sebagai seorang juruhebah rancangan Ronda-Ronda di stesen Time Highway Radio sekitar tahun 1996.[4] Mulai tahun 1997, beliau berjaya menerbitkan majalah Din Beramboi di bawah Tempo Publishing, Petaling Jaya, selama lapan isu sahaja. Apapun, semenjak terlerainya kontroversi keempunyaan watak kartun tersebut, timangan Din Beramboi kekal hak milik Meor Ahmad Fuad sepanjang saki-baki hayatnya.

Album Din Beramboi Cari Makan.

Sebagai artis suara latar, Din sempat menghasilkan album celoteh bersama Aznil Nawawi berjudul Sawancara Aznil Dengan Din yang diterbitkan oleh Kirabagus edaran PonyCanyon pada tahun 2000. Selepas itu pada 2002, beliau tampil dengan album Din Beramboi Cari Makan yang memuatkan lagu dan sketsa, terbitan Broadway.[4]

Sepanjang dasawarsa 2000-an, Din banyak terlibat dalam bidang lakonan filem dan televisyen. Antara filem-filemnya termasuk Baik Punya Cilok dan Los dan Faun. Din pernah berkata dia sering menerima tawaran berlakon di bawah arahan Afdlin Shauki atau berlakon bersama pengarah itu "kerana cara mereka berlawak hampir serupa."[4] Pada tahun 2005, Din melakonkan watak bapa kepada watak Ning Baizura dalam video muzik "Awan yang Terpilu", antara watak-watak serius yang jarang dilakukannya.[4] Setahun berikutnya, beliau berlakon dalam siri TV kanak-kanak Afi dan Abah, salah sebuah drama tempatan terawal Astro Ceria sewaktu dilancarkan pada tahun 2006, menerusi watak Pak Rahim, penyelia kepada bapa Afi.

Puncak kemasyhuran (2008-2009)

Mulai 5 Januari 2009[7], Din Beramboi bergandingan[8] dengan Aznil Hj Nawawi sebagai pasangan juruhebah mengemudi slot Riuh Pagi Era di Era FM, sebagai satu langkah penstrukturan semula stesen radio berkenaan yang berhadapan dengan kemerosotan jumlah pendengar kepada pesaing terdekatnya, Hot FM. Segmen Drama Sebabak dan Sawancara menyerlahkan lagi bakatnya berlawak secara spontan.

Di samping kerjaya seorang juruhebah radio yang sudah sebati dengan dirinya, Din Beramboi juga mempunyai program bual bicaranya sendiri, Wuhai Beramboi disiarkan di saluran Astro Warna. Menampilkan bakat Din beramboi bermain gitar sambil berbual dengan artis undangan secara lebih santai dan ringan. Jika Wuhai Beramboi disiarkan mulai 23 Februari setiap Selasa jam 9.30 malam, watak Raja Kapoor yang dipegangnya akan diingati dalam program Mandi yang menemui penonton pada mulai 30 November setiap Isnin, 9.30 malam di Astro Warna juga.

Disamping diberi kepercayaan dengan program tetap, beliau juga terlibat dengan banyak undangan sebagai artis undangan seperti program Nabil: Lu Fikirlah Sendiri, Macam-Macam Aznil, Jangan Lupa Lirik dan lain-lain. Di samping beberapa watak tambahan dalam filem dan drama tempatan suaranya juga biasa kedengaran sebagai suara latar iklan, rencana TV mahupun sebagai pengacara majlis.

Adakalanya kelibat beliau dapat dilihat dalam rancangan Spontan bersama pengarah dan pelakon Afdlin Shauki, Sharifah Shahirah dan Harith Iskandar. Dan sebelum itu rancangan popular Ah-Ha di stesen TV3, rancangan keluarga Ape-Ape Aje juga di stesen yang sama. Dan di TV9 hos penyeri bersama Mr. Os dan Shamsul Ghau Ghau dalam Apa Ke Halnya. Beliau juga pernah juga menjadi hos Wakenabeb, program realiti 'melampau' berbentuk menyakat selebriti terkenal.

Ternyata pembabitan beliau sebagai salah seorang juri dan tenaga pengajar Raja Lawak 4 di samping Afdlin Shauki dan Bob Lokman[9] adalah kemuncak populariti beliau, lawak jenaka dan personalitinya dapat diterima dengan hati terbuka, telatah lucu dan jenaka spontan yang adakalanya tak terfikir dek akal serta komen-komen kepada peserta Raja Lawak yang dianggap kasar menambahkan sensasi.

Masalah kesihatan dan kematian (2010)

Pada 30 Mac 2010, negara digemparkan dengan berita Din Beramboi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang, lalu dibius hingga tidak sedar diri. Laporan awal mengatakan beliau menghidap "penyakit kencing tikus",[10] tetapi sehari berikutnya, Din disahkan dihidapi sindrom kejutan denggi dan berada dalam keadaan kritikal sehingga hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.[11] Sepanjang masanya di hospital, Din Beramboi menerima kunjungan dari sanak saudara, rakan-rakan seperjuangan dan ramai artis dari industri hiburan tanahair.

Pada 2 April 2010, 12.30 tengah malam, Din Beramboi sah menghembuskan nafas terakhirnya.[12][13] Menurut adik iparnya, Sharifuddin Che Man yang mengumumkan pemergiannya, "Din mula kritikal pada pukul 11.30 malam setelah diberi CPR pertama sehingga CPR terakhir pada pukul 12.15 malam tadi … sehingga doktor memberitahu Din tidak dapat diselamatkan."[12] Adik perempuan Din, Rozana Mior Badri, berkata bahawa mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman berfungsi.[13] Selain adik dan adik ipar, seluruh ahli keluarga Din termasuk ibu, kedua kakaknya berada di sampingnya pada detik akhirnya, bersama artis-artis Ifa Raziah, Azwan Ali dan Zul Yahya sebagai pelawat terakhir.[14] Bapanya, Mior Badri telah dinasihat keluarga supaya berada dirumah kerana mempunyai lemah jantung.

Jenazah allahyarham dikebumikan pada 10.40 pagi, sepuluh jam selepas menghembuskan nafas akhir, di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong.[15] Din Beramboi tercalon buat pertama dan terakhir kalinya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 untuk anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular yang berlangsung pada 4 April, dua hari selepas kematiannya; bagaimanapun anugerah tersebut jatuh di tangan penyampai Hot FM, Faizal Ismail. Apapun, Faizal, di samping Aznil (Pengacara TV Lelaki Popular) dan Nabil Ahmad (Pelakon Komedi Lelaki Popular) mendedikasikan anugerah mereka kepada allahyarham dalam ucapan penerimaan masing-masing.[16] Sebagai tanda berkabung, pihak Astro menghentikan program yang melibatkan beliau selama tiga hari[17], sementara radio Era hanya memutarkan lagu-lagu sayu sepanjang hujung minggu.

Sementara itu, rancangan Melodi di TV3 pada 4 April 2010 di dalam segmen khas takziah didedikasikan untuk beliau, menyifatkan Din Beramboi sebagai pejuang seni sejati.

Pada 5 April, dua hari selepas pemergian Din Beramboi, rumah kediaman terakhir allahyarham di Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu, ketika itu kosong kerana semua ahli keluarganya berada di rumah ibu allahyarham, dipecah masuk oleh pencuri yang sempat melarikan peralatan dan barangan berharga kira-kira RM20,000;[18] sehingga kini, pencuri tersebut belum berjaya dijejaki dan ditangkap.

Kehidupan peribadi

Din Beramboi ialah anak ketiga daripada empat adik-beradik, dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. Sewaktu kematiannya pada 2 April 2010, beliau meninggalkan seorang isteri iaitu Suhaini Che Man (lahir 1968) dan mempunyai tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah (lahir 1992), Meor Shafiq Ar-Ridhwan (lahir 1998), dan Nir Ain Syuhada (lahir 2004).

Bakat

Imej umum

Selain berlawak secara sepontan sinonim dengan dirinya, Din Beramboi juga pernah berlakon watak yang serius di dalam drama.

Din Beramboi juga mahir bermain gitar dengan baik. Ini dibuktikan lagi dalam rancangan bual bicara kendalian beliau Wuhai Beramboi di mana beliau tidak kekok bermain gitar secara langsung.[19] Minatnya terhadap instrumen itu sehinggakan beliau mempunyai koleksi gitar sendiri.

Penyanyi

Album Seloka Cinta, dianggotai Din, Ibrahim, Khai & Eddie sewaktu bersama kumpulan Diplomasi.

Tetapi ramai tidak menyedari sebelum berlakon dan terlibat serius dalam bidang penyiaran beliau adalah seorang penyanyi, dengan menubuhkan kumpulan rock sendiri, Diplomasi. Din adalah vokalis kumpulan yang sempat mengeluarkan sebuah album, Seloka Cinta. Kumpulan Diplomasi ini dianggotai beliau selaku Vokalis utama, dengan menggunakan nama Mior Ahmad.

Anggota penuh kumpulan Diplomasi;

  • Vokalis - Mior Ahmad/Din
  • Bass/ Vokal 2 - Ibrahim
  • Gitar elektrik /akustik - Khai
  • Drum - Eddie

Album ini telah dikeluarkan pada tahun 1992 oleh Cherry Records dan diedarkan Musical Sound Organisations, penerbit album ini adalah Amiruddin S serta dibantu oleh kumpulan Diplomasi sendiri. Dan mereka turut mencipta beberapa buah lagu dalam album ini. Antara lagu hitnya Seloka Cinta dan Kejutan Cinta Sepi.[20]

Legasi

Bagi menghargai sumbagannya semasa berkhidmat di Era FM, album kompilasi 30 episod gurau senda, Sawancara Din Beramboi & Aznil dilancarkan pada 10 Jun 2010 bagi memperingati hasil kreatif terbaik Allahyarham Din Beramboi ketika mengemudi rancangan Riuh Pagi Era bersama Aznil Nawawi.[21]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Buli Hos Infomersial 'Lu Slim Lah Beb'
Kudsia Kahar, penyampai radio Erron (suara latar sahaja)
Filem pertama, penampilan khas
2005 Baik Punya Cilok Tauke Kolam Penampilan khas
2007 Sumolah Pengadil Sumo I
2008 Los dan Faun Tukang Kebun/Derus
2009 Sifu & Tongga Penjual Pakaian
Papadom Pegawai JPJ
Duhai Si Pari-pari Driver
2012 Shh...Dia Datang Pelanggan Gerai 1 Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Spanar Jaya DJ Radio Hips ntv7 Pelakon undangan, drama pertama
2006 Afi dan Abah Pak Rahim Astro Ceria Drama terakhir

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Kelibat Pawang Astro Ria Telefilem pertama dan terakhir

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2004 Ah-Ha Pelbagai watak TV3
2005 Imsomnia Pengacara
2008 Wakenabeb! ntv7
Actorlympics TV Peserta
Jom Ronda bersama Proton Artis undangan TV3
2009 Spontan (Musim 1) Peserta Astro Warna
Mandi Pengacara
Lu Pikirlah Sendiri Nabil (Musim 1) Artis jemputan Astro Prima
Jangan Lupa Lirik Peserta Astro Ria
2010 Lu Pikirlah Sendiri Nabil (Musim 2) Artis jemputan Astro Prima
Raja Lawak Astro (Musim 4) Juri tetap
Wuhai Beramboi Pengacara Astro Warna

Videografi

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2005 "Awan Yang Terpilu" Ning Baizura

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
5 Januari 2009 – 2 April 2010 Riuh Pagi Era Era

Diskografi

Album

Tahun Album Genre Label Dianggotai
1992 Seloka Cinta Rock Cherry Records Kumpulan Diplomasi: Mior Ahmad, Ibrahim, Khai & Eddie
2000 Sawancara Din Dan Aznil Komedi Pony Canyon Din Beramboi & Aznil Nawawi
2002 Din Beramboi Cari Makan Komedi Broadway Din Beramboi

Rujukan

  1. ^ Raja Lawak Astro Musim ke-4 Pengkritik Tetap
  2. ^ a b c Muhd Izawan Baharin & Mior Azlan Mior Kamarulbaid (3 April 2010). "Gurauan akhir Din Beramboi". hmetro.com.my. Dicapai pada 9 April 2010.
  3. ^ Ahmad Tajol Ansar Ibrahim (31 Mac 2010). "Din Beramboi masuk ICU". Harian Metro. Dicapai pada 8 April 2010.
  4. ^ a b c d e "Din Beramboi penghibur serba boleh". Utusan Malaysia. 14 Disember 2006. Dicapai pada 2 April 2010.[pautan mati kekal]
  5. ^ a b c d Din Beramboi, The JonJenin Site (blog), 12 Jun 2008. Dicapai pada 2 April 2010.
  6. ^ Din Beramboi di Gila-Gila! Diarkibkan 2010-02-19 di Wayback Machine, Jibam, 11 April 2007. Dicapai pada 2 April 2010.
  7. ^ Farihad Shalla Mahmud (28 Januari 2009). "Terapi waktu pagi". Berita Harian. Dicapai pada 8 April 2010.
  8. ^ Kemalia Othman (5 April 2010). "'Ubat' saya sudah pergi selamanya - Aznil". mStar. Dicapai pada 12 April 2010.
  9. ^ "Raja Lawak 4 Al-kisah Din Beramboi sebagai Juri Tetap". Blog.Selebriti TV. 29 Disember 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-04. Dicapai pada 8 April 2010.
  10. ^ "Din Beramboi kritikal dijangkiti virus kencing tikus". Bernama. 30 Mac 2010. Dicapai pada 2 April 2010.
  11. ^ "Keluarga Sedih, Individu Sebar Din Beramboi Meninggal Dalam Facebook". Bernama. 2 April 2010. Dicapai pada 2 April 2010.
  12. ^ a b Kemalia Othman (2 April 2010). "Din Beramboi Meninggal Dunia". mStar Online. Dicapai pada 2 April 2010.
  13. ^ a b Budiey Isma (2 April 2010). "Din Beramboi Meninggal Dunia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 April 2010.
  14. ^ Alfian Zohri Mohd Tahir & Joe Lee (2 April 2010). "Din Beramboi laid to rest". The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-05. Dicapai pada 2 April 2010.
  15. ^ Kemalia Othman (2 April 2010). "Jenazah Din Beramboi Selamat Dikebumikan". mStar Online. Dicapai pada 2 April 2010.
  16. ^ Li Ee Kee (4 April 2010). "ABPBH 09: Siti Bintang Paling Popular". gua.com.my. Dicapai pada 4 April 2010.
  17. ^ "Din Beramboi selamat dikebumikan". Bernama. 2 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-05. Dicapai pada 8 April 2010.
  18. ^ "Rumah Din Beramboi dipecah masuk". Utusan Malaysia. 6 April 2010. Dicapai pada 8 April 2010.
  19. ^ Linda Onn (2 April 2010). "Din Beramboi dalam kenangan..." linda-onn.blogspot.com. Dicapai pada 9 April 2010.
  20. ^ MasterComp (25 Julai 2007). "Diplomasi - Seloka Cinta '92 - (1992)". melayurock.blogspot.com. Dicapai pada 9 April 2010.
  21. ^ Kemalia Othman (10 Jun 2010). Kompilasi Sawancara Din Beramboi & Aznil dilancar mStar Online. Dicapai pada 21 April 2011.

Din Beramboi Radio 9: Pujaan Sirap https://t.me/SERIGALA_di_TanahBERBUDI/1295

Pautan luar

Read other articles:

本條目存在以下問題,請協助改善本條目或在討論頁針對議題發表看法。 此條目需要补充更多来源。 (2018年3月17日)请协助補充多方面可靠来源以改善这篇条目,无法查证的内容可能會因為异议提出而被移除。致使用者:请搜索一下条目的标题(来源搜索:羅生門 (電影) — 网页、新闻、书籍、学术、图像),以检查网络上是否存在该主题的更多可靠来源(判定指引)。 �...

 

Norihiro Nakayama (lahir 16 September 1968) adalah seorang politisi Jepang. Ia adalah anggota DPR dari Partai Demokrat Liberal (masa jabatan ke-3). Ia lahir di Kota Nishinomiya, Prefektur Hyōgo pada tahun 1968.[1] Ia merupakan lulusan SMP Takamatsu Prefektur Kagawa, SMA Takamatsu Prefektur Kagawa, Universitas Aoyama Gakuin (Fakultas Sains dan Teknologi), dan Sekolah Keuangan Pascasarjana Universitas Waseda. Setelah menjabat sebagai dealer obligasi dari perusahaan sekuritas perbankan...

 

Pride festival with Sápmi focus in Europe Maxida Märak performing at Sápmi Pride in Karasjok in 2015 Sápmi Pride is a pride festival with Sápmi focus arranged annually since 2014.[1] History The festival, organised by Queering Sápmi, took place for the first time in 2014 in Kiruna, in Lapland.[2] The festival, which went on for four days, featured a performance by Sápmi singer Sofia Jannok, and a parade of 300 participants which traveled through the central city.[3&...

Las busur logam terperisai Las busur logam terperisai (Inggris: shielded metal arc welding, disingkat SMAW) adalah proses las busur yang paling sederhana, paling murah, dan sebagian besar digunakan di industri manufaktur saat ini. Inti dari proses pengelasan jenis ini adalah menghasilkan perpaduan logam dengan memanaskannya dengan busur antara elektrode logam terperisai (stick welding)[1] dan benda kerja logam dasar.[2] Proses ini dapat digunakan untuk mengelas logam besi ...

 

追晉陸軍二級上將趙家驤將軍个人资料出生1910年 大清河南省衛輝府汲縣逝世1958年8月23日(1958歲—08—23)(47—48歲) † 中華民國福建省金門縣国籍 中華民國政党 中國國民黨获奖 青天白日勳章(追贈)军事背景效忠 中華民國服役 國民革命軍 中華民國陸軍服役时间1924年-1958年军衔 二級上將 (追晉)部队四十七師指挥東北剿匪總司令部參謀長陸軍�...

 

British pacifist magazine started in 1936 Not to be confused with PeaceNews.org (US). Peace Newsfront cover, July 1980EditorMilan Rai and Emily Johns (2007–present)CategoriesPacifist magazineFrequencyBi-monthlyFirst issue1936CompanyPeace News Trustees[1]CountryUnited KingdomLanguageEnglishWebsitewww.peacenews.info Peace News (PN) is a pacifist magazine first published on 6 June 1936 to serve the peace movement in the United Kingdom. From later in 1936 to April 1961 it was the offici...

この項目には、一部のコンピュータや閲覧ソフトで表示できない文字が含まれています(詳細)。 数字の大字(だいじ)は、漢数字の一種。通常用いる単純な字形の漢数字(小字)の代わりに同じ音の別の漢字を用いるものである。 概要 壱万円日本銀行券(「壱」が大字) 弐千円日本銀行券(「弐」が大字) 漢数字には「一」「二」「三」と続く小字と、「壱」「�...

 

Объект всемирного наследия ЮНЕСКОЛинии и геоглифы в районах Наска и Пампас-де-Хумана[* 1]исп. Líneas y geoglifos de Nazca y de Pampas de Jumana[* 2] Страна  Перу Тип Культурный Критерии i, iii, iv Ссылка 700 Регион[* 3] Латинская Америка и Карибы Включение 1994 год (18-я сессия) ↑ Название �...

 

هنودمعلومات عامةنسبة التسمية الهند التعداد الكليالتعداد قرابة 1.21 مليار[1][2]تعداد الهند عام 2011ق. 1.32 مليار[3]تقديرات عام 2017ق. 30.8 مليون[4]مناطق الوجود المميزةبلد الأصل الهند البلد الهند  الهند نيبال 4,000,000[5] الولايات المتحدة 3,982,398[6] الإمار...

周處除三害The Pig, The Snake and The Pigeon正式版海報基本资料导演黃精甫监制李烈黃江豐動作指導洪昰顥编剧黃精甫主演阮經天袁富華陳以文王淨李李仁謝瓊煖配乐盧律銘林孝親林思妤保卜摄影王金城剪辑黃精甫林雍益制片商一種態度電影股份有限公司片长134分鐘产地 臺灣语言國語粵語台語上映及发行上映日期 2023年10月6日 (2023-10-06)(台灣) 2023年11月2日 (2023-11-02)(香�...

 

Azzedine Ounahi Datos personalesNacimiento Casablanca, Marruecos19 de abril de 2000 (24 años)Nacionalidad(es) MarroquíAltura 1,82 m (6′ 0″)[1]​Carrera deportivaDeporte FútbolClub profesionalDebut deportivo 2018(R. C. Estrasburgo II)Club Olympique de MarsellaLiga Ligue 1Posición CentrocampistaDorsal(es) 8[2]​Goles en clubes 12Selección nacionalSelección MAR MarruecosDebut 10 de enero de 2022Part. (goles) 28 (4)[editar datos en Wikidata] Azzed...

 

Railroad route in the United States This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Northern Transcon – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (December 2009) (Learn how and when to remove this message) The Empire Builder crosses the Two Medicine Trestle at East Glacier Park, Montana on the Hi Line Subd...

  لمعانٍ أخرى، طالع باول باركر (توضيح). هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (أبريل 2019) باول باركر   معلومات شخصية الميلاد 8 فبراير 1959 (65 سنة)  بالو ألتو  مواطنة الولايات المتحدة  الحياة العملي�...

 

سفر زكريامعلومات عامةجزء من أسفار الأنبياء الصغار الاسم المختصر Sach (بالألمانية) العنوان זְכַרְיָה (بالعبرية توراتية) النوع الفني Isaias (en) المُؤَلِّف زكريا بن برخيا entry in abbreviations table Zechariah[1] لديه جزء أو أجزاء Zechariah 1 (en) Zechariah 2 (en) Zechariah 3 (en) سفر حجي سفر ملاخي تعديل - تعديل مصدري ...

 

Municipality in Catalonia, SpainSant Feliu de LlobregatMunicipality11 September (1714) monument FlagCoat of armsSant Feliu de LlobregatLocation in CataloniaShow map of Province of BarcelonaSant Feliu de LlobregatSant Feliu de Llobregat (Spain)Show map of SpainCoordinates: 41°23′00″N 2°02′38″E / 41.38333°N 2.04389°E / 41.38333; 2.04389Country SpainCommunity CataloniaProvinceBarcelonaComarcaBaix LlobregatGovernment • mayorJordi San José...

Series of US Treasury bonds Carter bonds were a series of United States Treasury securities issued in 1978 and 1979 under the administration of President Jimmy Carter. Unusually for Treasury securities, they were denominated in foreign currencies, namely West German marks and Swiss francs. Their purpose was to acquire reserves of those currencies for the Treasury's Exchange Stabilization Fund, which then traded them for dollars in circulation, thereby supporting the dollar and restraining inf...

 

Questa voce o sezione sull'argomento Antica Grecia è priva o carente di note e riferimenti bibliografici puntuali. Sebbene vi siano una bibliografia e/o dei collegamenti esterni, manca la contestualizzazione delle fonti con note a piè di pagina o altri riferimenti precisi che indichino puntualmente la provenienza delle informazioni. Puoi migliorare questa voce citando le fonti più precisamente. Segui i suggerimenti del progetto di riferimento. Filippo II di MacedoniaRitratto di Filip...

 

معاذة العدوية معلومات شخصية مكان الميلاد البصرة  تاريخ الوفاة سنة 702   مكان الدفن مقبرة الحسن البصري[1]  الحياة العملية تعلمت لدى علي بن أبي طالب،  وعائشة بنت أبي بكر  التلامذة المشهورون أبو قلابة الجرمي  المهنة محدثة  تعديل مصدري - تعديل   مُعَاذَةُ �...

Magnetospheric Multiscale MissionSatellites scientifiques Données générales Organisation NASA Constructeur Goddard Programme Solar Terrestrial Probes Domaine Géomagnétisme Nombre d'exemplaires 4 Constellation Oui Statut Opérationnel Lancement 13 mars 2015 à 02 h 44 TU Lanceur Atlas V-421 Durée 2 ans (mission primaire) Identifiant COSPAR 2015-011 Site mms.gsfc.nasa.gov Caractéristiques techniques Masse au lancement 1 250 kg Masse ergols 360 kg Contrôle d'attitude Stabilisé par rota...

 

British architect (1849–1933) Maurice Adams Maurice Bingham Adams FRIBA (1849–1933) was a British architect in the Arts and Crafts style.[1] Life Adams was born in 1849 and educated in Lewes, Sussex, England.[2] After completing his articles as an apprentice architect, he worked as an assistant to Sir William Emerson and commenced independent practice in 1873.[3][4] He was awarded ARIBA in 1876 and FRIBA in 1886.[3] His wife was Emily (died 1927) an...