Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. Perbincangan yang berkaitan boleh didapati di the talk page. Perbincangan yang berkenaan mungkin boleh didapati di dalam laman perbincangan. Tolong memperbaiki rencana ini dengan memperkenalkan rujukan ke sumber-sumber lain.(Mac 2022)
ERA (dahulu dikenali sebagai ERA FM)[1] merupakan sebuah stesen radio swasta di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio. Ia memainkan muzik kontemporari hit melayu dan antarabangsa yang terkini dan terbaik disamping dengan penyampainya yang berverstail yang terdiri daripada selebriti terkemuka di Malaysia. Ia dilancarkan pada 1 Ogos 1998 dan ia juga merupakan sebuah radio melayu swasta pertama yang ditempatkan di AstroBukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pada September 2010, ERA Sarawak dan ERA Sabah telah dilancarkan bersama rakan Inggeris dan Cina masing-masing Hitz Sarawak, Hitz Sabah, My Sarawak dan My Sabah di Malaysia Timur - ketiga-tiga saluran itu mula bersiaran di Kuching pada 25 Oktober tahun itu diikuti Kota Kinabalu pada 1 Disember 2010.[perlu rujukan]
Antara 2017 dan 2018, pilihan keluar Sabah dan Sarawak telah dinaik taraf kepada cawangan tempatan sepenuhnya, dengan semua kandungan berasal dari ibu kota masing-masing 24 jam sehari, dan menamatkan pergantungan dengan perdana Kuala Lumpur pada waktu luar puncak. Era FM Sabah menjadi tempatan sepenuhnya pada 24 April 2017. Era Sarawak mengikutinya pada 22 Januari 2018.[perlu rujukan]
Pada 2 Januari 2018, Era FM Sarawak dan Era FM Sabah telah dijenamakan semula kepada ERA Sarawak dan ERA Sabah sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.[perlu rujukan]
Era Sabah dan Era Sarawak pindah ke Bukit Jalil[6]
Sebagai keputusan, saluran radio bahasa Inggeris dan Cina, Hitz Sarawak, Hitz Sabah, My Sarawak dan My Sabah akan dikembalikan semula siarannya ke Kuala Lumpur.[perlu rujukan]
Permulaan siaran ERA Sabah dan ERA Sarawak di Bukit Jalil bermula pada 8 Januari 2024 manakala studio-studio ERA Sabah dan ERA Sarawak di Kota Kinabalu dan Kuching akan menyiarkan siaran akhirnya pada 7 Januari 2024. ERA Sabah dan ERA Sarawak tidak akan dihentikan oleh Astro Radio sehingga kini.[perlu rujukan]
Slot hujung minggu Borneo Pagi ERA akan bersiaran serentak di ERA Sabah dan ERA Sarawak
Pada 13 Januari 2024, ERA Sabah dan ERA Sarawak telah rasmi menyiarkan slot hujung minggu menerusi segmen Borneo Pagi ERA bersama Fieya Julia dan Daniel Chuer yang disiarkan setiap Sabtu dari jam 7:00 pagi hingga 10:00 pagi. Borneo Pagi ERA dibawakan secara langsung dari Studio ERA Sarawak di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sejarah
Latar belakang
ERA bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada 1 Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. Stesen radio tersebut diteruskan di ASTRO, selepas slot FM digantikan oleh ERA fm. Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu "Hijau". Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.
Era FM pernah menjadi peneraju dalam stesen radio FM berbahasa Melayu, tetapi telah kehilangan popularitinya kepada stesen kakaknya, Sinar FM. Pada 2012, Era FM mendapat semula tempat teratas sebagai stesen radio paling popular di Malaysia dengan hampir 5 juta pendengar. Era FM ialah stesen radio pertama di Malaysia yang memegang tiga rekod dalam Malaysia Book Of Records sejak 1998.
Pada 2 Januari 2018, Era FM telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.
Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Hit Terbaik" sehingga 16 Januari 2022, sebelum ditukar ke "Muzik Hit Terkini" pada 17 Januari 2022.
ERA bergabung dengan Suria
Buat julung kalinya, stesen radio Suria dan Era bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi Morning Morning Suria dan 3 Pagi Era pada 23 Oktober 2023 (Isnin) dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan"ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini", menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat dari barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin.
Selain mendengar celoteh dari barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.
Menurut Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), pihaknya mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro sekali gus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air.
"Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.
"Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia," ujarnya.
Sementara itu, Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil berkata, meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, pihaknya percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama.
"Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria akan Gagah Bersama," katanya.[7]
Pada 1 Januari 2018, Azan di ERA ditamatkan kerana disampaikan waktu solat bagi bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia tetapi Maghrib setiap bulan dan Subuh bulan Ramadan, ERA masih disiarkan Azan.
Pada 17 Januari 2022, ERA disiarkan semula Azan setiap waktu solat fardu bersama-sama stesen kembar SINAR, GEGAR dan ZAYAN kerana ERA di SYOK dilancarkan ERA Nusantera, ERA Flow, ERA Cintan, ERA K-Hit, ERA Throwbaek, ERA Thon, ERA Nurock dan ERA Indie pada 1 November 2021 secara eksklusif di SYOK.