11 Januari merupakan hari ke-11 dalam takwim Gregorius. Tinggal 354 hari (atau 355 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 532 - Peminat-peminat perlumbaan kereta kuda memecah masuk ke sebuah penjara dan membakar beberapa kawasan di Constantinople, mencetuskan rusuhan Nika.
- 1055 - Puteri Constantine VIII dan Helena dari Byzantium, Theodora menjadi Maharani Byzantine.
- 1158 - Vladislav II menjadi Raja Bohemia.
- 1569 - Loteri terawal pernah tercatat di England.
- 1571 - Golongan bangsawan Austria dikurniakan kebebasan beragama.
- 1693 - Gunung Etna meletus di Sicily, Itali. Satu gempa bumi besar meranapkan beberapa kawasan di Sicily dan Malta.
- 1759 - Di Philadelphia, Pennsylvania, tertubuhnya syarikat insurans nyawa pertama di Amerika.
- 1779 - Ching-Thang Khomba dimahkotakan Raja Manipur.
- 1787 - Ahli astronomi dan penggubah British William Herschel menemui dua bulan Uranus, kemudian dinamakan anaknya John sebagai Oberon dan Titania.
- 1805 - Wilayah Michigan diasaskan.
- 1861 - Alabama berpisah daripada Amerika Syarikat.
- 1863 - Perang Saudara Amerika: Pertempuran Kubu Arkansas - Jeneral John McClernand dan Laksaman David Dixon Porter menawan Sungai Arkansas bagi pihak Kesatuan.
- 1867 - Benito Juárez menjadi Presiden Mexico sekali lagi.
- 1879 - Zululand diserang, mencetuskan Perang Inggeris–Zulu.
- 1880 - Tamatnya Perang Saudara Jementah setelah Tengku Nong, iaitu pengikut Tengku Alam Shah, Johor menyerah diri pada jam 7.00 petang.
- 1919 - Romania mengilhakkan Transylvania.
- 1922 - Insulin diberikan buat pertama kali kepada pesakit manusia yang menghidap penyakit kencing manis, di Toronto, Kanada.
- 1923 - Tentera Perancis dan Belgium melanggar Kawasan Ruhr untuk memaksa Republik Weimar Jerman membayar pampasan selepas berakhirnya Perang Dunia I.
- 1935 - Amelia Earhart menjadi wanita pertama yang terbang secara solo dari Hawaii ke California.
- 1942 - Jepun mengisytiharkan perang terhadap Belanda lalu menyerang Kepulauan Hindia Timur Belanda.
- 1942 - Tentera Jepun menawan Kuala Lumpur.
- 1943 - Amerika Syarikat dan United Kingdom melepaskan hak-hak wilayahnya di China.
- 1946 - Enver Hoxha mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat Albania dan dirinya selaku diktator.
- 1949 - Kejadian salji turun julung kali tercatat di Los Angeles, California.
- 1957 - Konvensyen Afrika ditubuhkan di Dakar.
- 1957 - Hukuman mati pembunuh ramai Jack Gilbert Graham dijalankan melalui bilik gas.
- 1962 - Runtuhan salji di Huascaran di Peru mengorbankan 4,000 nyawa.
- 1964 - Dalam satu laporan penting, Pakar Bedah Negara A.S. Dr. Luther Terry (gambar) mengeluarkan amaran bahawa "merokok membahayakan kesihatan seseorang".
- 1972 - Pakistan Timur diberi nama baru iaitu Bangladesh.
- 1990 - 300,000 orang berarak menuntut kemerdekaan Lithuania.
- 1994 - Kerajaan Ireland mengumumkan berakhirnya larangan penyiaran liputan IRA dan jentera politiknya Sinn Féin selama 15 tahun.
- 1996 - Haiti menganggotai perjanjian hak cipta Konvensyen Berne.
- 1998 - Pembunuhan beramai-ramai Sidi-Hamed meragut lebih 100 nyawa di Algeria.
- 2012 - Penduduk beberapa kawasan di kota Brisbane, Australia terpaksa dipindahkan berikutan banjir yang berterusan (gambar Wheel of Brisbane).
- 2012 - Chengdu J-20 Republik Rakyat China, sebuah prototaip pesawat pejuang siluman generasi kelima, membuat penerbangan sulungnya.
Kelahiran
Kematian