Koordinat: 34°42′49″N 86°48′32″E / 34.71361°N 86.80889°E / 34.71361; 86.80889
Alabama merupakan sebuah negeri yang terletak di rantau selatan Amerika Syarikat; ia bersempadan dengan Tennessee di sebelah utara, Georgia di sebelah timur, Florida, Teluk Mexico di sebelah selatan dan Mississippi di sebelah timur. Negeri ini merupakan negeri ke-30 terbesar dan juga mempunyai jalan air pedalaman yang kedua terbesar di Amerika. Alabama ialah negeri yang ke-23 yang paling ramai di negara ini, dengan jumlah penduduk sebanyak 4.6 juta pada tahun 2006. [1]
Alabama secara tidak rasmi telah diberikan nama jolokan Yellowhammer State, yang juga merupakan nama burung negeri Alabama. Alabama juga dikenali sebagai Heart of Dixie. Pokok negeri rasmi Alabama ialah Longleaf Pine, dan bunga negerinya adalah Camellia. Ibu negeri Alabama ialah Montgomery dan bandar terbesar negeri ini ialah Birmingham.
Rujukan
Pautan luar