19 Mei merupakan hari ke-139 (hari ke-140 dalam tahun lompat ) dalam takwim Gregorius . Tinggal 226 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Belia dan Sukan di Turki .
Peristiwa
Anne Boleyn
Légion d'honneur
Tentera Thai berlindung
1536 - Permaisuri dan isteri kedua Henry VIII dari England , Anne Boleyn (gambar) dijatuhkan hukuman pancung di Menara London atas dakwaan berzina dan penderhakaan .
1649 - Parlimen Rump meluluskan akta untuk menubuhkan Komanwel England secara rasmi.
1743 – Jean-Pierre Christin , seorang ahli fizik Perancis, menerbitkan reka bentuk jangka suhu raksa berskala centigrade , di mana 0 dan 100 masing-masing mewakili titik beku dan didih air.
1780 - Gabungan asap, kabus dan litupan awan tebal menyebabkan gelap-gelita di sebahagian kawasan New England , Amerika Syarikat dan sebahagian Kanada pada waktu tengah hari.
1802 - Anugerah Légion d'honneur ("legion yang mulia") (gambar) dimulakan oleh Konsul Pertama Republik Perancis Napoleon Bonaparte , sebagai anugerah untuk askar dan orang awam.
1921 - Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Kuota Kecemasan untuk menetapkan kuota negara terhadap imigrasi ke Amerika Syarikat .
1922 - Pertubuhan Peneroka Muda Kesatuan Soviet diasaskan.
1961 - Venera 1 menjadi objek buatan manusia pertama terbang lalu planet lain selepas melintasi Zuhrah (kuar angkasa ini telah gagal berhubung dengan Bumi sejak sebulan lepas dan tidak menghantar data kembali).
2007 - Perkahwinan diraja antara Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim Davidson selamat dilangsungkan di Istana Iskandariah , Kuala Kangsar.
2010 - Setelah dua bulan bercanggah, tentera Thai menyerang (gambar) kem Baju Merah di Bangkok , memaksa mereka menyerah.
2011 - Dominique Strauss-Kahn meletakkan jawatan sebagai ketua Kumpulan Wang Antarabangsa ekoran daripada tuduhan serangan seksual .
2012 - Dalam bola sepak, Liga Juara-Juara UEFA berakhir dengan Chelsea menewaskan Bayern Munich melalui tendangan penalti .
Kelahiran
Kematian