12 Februari merupakan hari ke-43 dalam takwim Gregorius . Tinggal 322 hari (atau 323 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Darwin dan Hari Tangan Merah .
Peristiwa
Maharaja Xuantong
Asteroid 433 Eros
1429 - Perang Seratus Tahun : Angkatan Inggeris di bawah John Fastolf berjaya mempertahankan konvoi bekalan tentera bagi Pengepungan Orléans daripada serangan Perancis .
1502 - Penjelajah Portugis Vasco da Gama mula berlayar dari Lisbon , dalam pelayaran keduanya ke India dengan tujuan memperkukuh kepentingan Portugal di Timur Jauh .
1541 - Kota Santiago di Chile diasaskan oleh Pedro de Valdivia .
1689 - Parlimen Konvensyen bersidang untuk memastikan sama ada Raja England Katolik terakhir, James II telah mengosongkan takhta dengan melarikan diri ke Perancis pada 1688.
1733 - Hari Georgia : James Oglethorpe mendirikan bandar Savannah dan Wilayah Georgia , satu koloni jajahan untuk penempatan semula orang-orang penjara penghutang di United Kingdom.
1771 - Gustav III menjadi Raja Sweden .
1818 - Di bawah pimpinan Jeneral Bernardo O'Higgins , Chile secara rasminya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol.
1855 - Universiti Negeri Michigan di East Lansing, Michigan , diasaskan sebagai Agricultural College of the State of Michigan , kolej pertanian pertama di A.S.
1912 - Revolusi Xinhai : Maharaja China terakhir, Maharaja Xuantong (gambar) turun dari takhta di bawah satu urus janji yang dibroker oleh Yuan Shikai , secara rasminya menamatkan Dinasti Qing dan menggantikannya dengan suatu republik.
1912 - Republik China yang baru diasaskan memakai takwim Gregorius .
1961 - Kesatuan Soviet melancarkan Venera 1 ke planet Zuhrah .
1997 - Hwang Jang-yop , setiausaha di Parti Buruh Korea dan seorang jurubina utama doktrin Juche Korea Utara, lari ke kedutaan Korea Selatan di Beijing bersama pembantunya, Kim Dok-hong.
1999 - Presiden Bill Clinton didapati tidak bersalah oleh Senat Amerika Syarikat di perbicaraan pencabarannya .
2001 - Kuar NASA NEAR Shoemaker mendarat di Eros (gambar) , menjadi kapal angkasa lepas pertama mendarat di atas asteroid .
2002 - Perbicaraan bekas Presiden Republik Persekutuan Yugoslavia Slobodan Milošević bermula di tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Den Haag . Beliau meninggal dunia empat tahun kemudian tanpa sempat mendengar keputusannya.
2010 - Kedamaian sementara yang ditandatangani pemberontak Houthis di Yaman menamatkan enam bulan pertempuran semasa Operasi Bumi Hangus .
2012 - Dalam bola sepak, Piala Negara-Negara Afrika berakhir dengan Zambia menewaskan Côte d'Ivoire .
2012 - The Artist memenangi tujuh anugerah, termasuk Filem Terbaik , di Anugerah Filem Akademi British ke-65 .
2013 - 10 orang anggota PDRM terkorban dalam Tragedi Lahad Datu, Sabah .
Kelahiran
Kematian