29 Jun merupakan hari ke-180 (hari ke-181 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 185 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Fail:Memorial Vimy face.jpg Tugu Peringatan Perang Kebangsaan Kanada
Mir
1149 - Perang Salib Kedua : Tentera pimpinan Nuruddin Zengi memusnahkan angkatan Antioch pimpinan Putera Raymond dalam Pertempuran Inab .
1194 - Sverre ditabalkan sebagai Raja Norway .
1786 - Setelah selama setahun Belanda mengepung Kuala Selangor , akhirnya Sultan Selangor memeterai perjanjian dengan Belanda yang mana dalam syarat perjanjian itu disebutkan bahawa Selangor akan menjual timahnya kepada Belanda di Melaka .
1880 - Raja Tahiti Pōmare V dipaksa menyerahkan kedaulatan Tahiti dan wilayah tanggungannya kepada Perancis.
1922 - Perancis memberikan 100 hektar tanah di Rabung Vimy (gambar) kepada Kanada buat selama-lamanya sebagai menghargai jasa Kanada semasa Pertempuran Rabung Vimy dalam Perang Dunia Pertama .
1956 - Presiden Dwight D. Eisenhower memeterai Akta Lebuh Raya Bantuan Persekutuan 1956 , dengan itu mencipta secara rasmi Sistem Lebuh Raya Antara Negeri Amerika Syarikat.
1974 - Naib presiden Isabel Martínez mengangkat sumpah sebagai Presiden Argentina wanita pertama, menggantikan suaminya Juan Peron yang sakit, dan meninggal dunia dua hari kemudian.
1985 - Komuniti Ekonomi Eropah mula menggunapakai Bendera Eropah , bendera yang dahulunya digunakan Majlis Europah pada 1955.
1995 - Semasa misi STS-71 , Atlantis menjadi bolak-balik angkasa lepas pertama yang berlabuh di pangkalan angkasa lepas Mir Rusia (gambar) .
1995 - Gedung Serbaguna Sampoong runtuh di daerah Seocho-gu, Seoul , Korea Selatan, membunuh 501 orang dan mencederakan 937 yang lain.
2006 - Dalam kes Hamdan lwn. Rumsfeld , Mahkamah Agung A.S. mendapati bahawa suruhanjaya tentera yang ditubuhkan pentadbiran Bush bagi membicarakan tahanan di Teluk Guantanamo mencabuli kedua-dua undang-undang antarabangsa dan A.S.
2007 - Apple mengeluarkan iPhone generasi pertama, merevolusikan industri telefon pintar .
2010 - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh akibat banjir teruk di Romania.
Kelahiran
Kematian