26 Februari merupakan hari ke-57 dalam kalendar Gregory. Tinggal 308 hari (atau 309 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 364 - Valentinianus I (gambar) dilantik sebagai Maharaja Rom oleh pegawai tentera Rom di Nicaea, Bithynia.
- 1266 - Raja Manfred dari Sicily terbunuh dalam Pertempuran Benevento, semasa melawan angkatan Angevin pimpinan Charles, Count Anjou.
- 1658 - Perjanjian Roskilde: Setelah mengalami kekalahan teruk di Peperangan Utara (1655-1661), Raja Denmark-Norway dipaksa menyerahkan hampir separuh wilayah naungan baginda ke pihak Sweden.
- 1794 - Istana Christiansborg, Copenhagen dibakar sampai ranap.
- 1815 - Seratus Hari: Napoleon Bonaparte (gambar) melarikan diri daripada buangan di pulau Elba, Itali.
- 1848 - Republik Kedua Perancis diisytiharkan.
- 1885 - Akta Berlin dimeterai, maka terbentuknya Persidangan Berlin yang memantau penjajahan dan perdagangan kuasa Eropah di Afrika.
- 1935 - Dengan bantuan sebuah stesen radio di Daventry, England, Robert Watson-Watt menunjuk cara penggunaan radar.
- 1935 - Luftwaffe dibentuk semula.
- 1936 - Adolf Hitler membuka kilang Volkswagen pertama di Jerman Timur.
- 1952 - Perdana Menteri British Winston Churchill mengumumkan bahawa negaranya ada sebutir bom atom.
- 1966 - Program Apollo: Pelancaran AS-201, penerbangan pertama roket Saturn IB.
- 1991 - Pelayar web dan penyunting HTML WYSIWYG pertama di dunia, WorldWideWeb diperkenalkan oleh Tim Berners-Lee.
- 1991 - Perang Teluk: Saddam Hussein mengumumkan pengunduran Angkatan Tentera Iraq dari Kuwait melalui radio.
- 1993 - Sebuah van berisi bom yang disewa Ramzi Yousef meletup di tempat letak kereta bertingkat bawah tanah World Trade Center di Bandar Raya New York.
- 1995 - Firma perbankan pelaburan tertua di United Kingdom, Bank Barings, runtuh selepas seorang broker sekuriti bernama Nick Leeson, rugi $1.4 bilion akibat berspekulasi di Bursa Kewangan Antarabangsa Singapura dengan kontrak hadapan.
- 2001 - Taliban memusnahkan dua patung Buddha besar di Wilayah Bamiyan, Afghanistan.
- 2003 - Dikatakan Perang Darfur bermula pada hari ini.
- 2004 - Amerika Syarikat menarik balik larangan perjalanan ke Libya, sekaligus menamatkan sekatan perjalanan ke negara tersebut selama 23 tahun.
- 2004 - Presiden Macedonia Boris Trajkovski terkorban dalam hepasan pesawat berdekatan Mostar, Bosnia dan Herzegovina.
- 2005 - Hosni Mubarak selaku presiden Mesir mengarahkan agar Perlembagaan dipinda untuk membolehkan pilihan raya presiden berbilang calon sebelum September 2005 dengan meminta parlimen Mesir meminda Perkara 76.
- 2009 - Bekas Presiden Serbia Milan Milutinović dibebaskan daripada tuduhan jenayah perang oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia.
- 2011 - Akibat kekerasan terhadap pembantah, Majlis Keselamatan PBB merujuk Libya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan mengenakan sekatan terhadap Muammar al-Gaddafi.
- 2011 - Anugerah Raspberi Emas ke-31 diadakan di Hollywood.
- 2012 - The Artist memenangi lima Oscar, termasuk Filem Terbaik, di Anugerah Akademi ke-84.
Kelahiran
Kematian