19 November merupakan hari ke-323 (hari ke-324 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 42 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 1493 - Christopher Columbus menjadi orang Eropah pertama mendarat di Puerto Rico, sebuah pulau yang dinamakannya San Juan Bautista.
- 1794 - Amerika Syarikat dan Kerajaan Great Britain menyetujui Perjanjian Jay.
- 1863 - Perang Saudara Amerika: Presiden A.S. Abraham Lincoln menyampaikan Ucapan Gettysburg.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Penjajap ringan Australia HMAS Sydney (gambar) dan penjajap auksiliari Jerman HSK Kormoran memusnahkan sesama sendiri di persisiran Australia Barat di Lautan Hindi.
- 1942 - Tentera Soviet di bawah Jeneral Georgy Zhukov melancarkan Operasi Uranus semasa Pertempuran Stalingrad, menukar arus pertempuran menyebelahi Kesatuan Soviet.
- 1969 - Bermain untuk Santos FC menentang CR Vasco da Gama, pemain bola sepak Brazil Edson Arantes do Nascimento, lebih dikenali sebagai Pelé, menjaringkan gol ke-1000nya, melalui satu sepakan penalti.
- 1985 - Peristiwa Memali berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia.
- 1999 - Penerbangan ujian tanpa manusia pertama China bagi kapal angkasa lepas Shenzhou, Shenzhou 1 (gambar model) dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, Mongolia Dalam.
- 2009 - Perdana Menteri Belgium Herman Van Rompuy dipiilih sebagai Presiden Majlis Eropah tetap pertama.
Kelahiran
Kematian