20 Mei merupakan hari ke-140 (hari ke-141 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 225 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 325 - Mesyuarat menyatupadukan mazhab Kristian pertama, Majlis Nicaea Pertama, dibuka secara rasmi, di İznik, hari ini di Turki.
- 1498 - Penjelajah Portugis Vasco da Gama (gambar) tiba di Calicut, India.
- 1570 - Ahli kartografi Abraham Ortelius mengeluarkan atlas moden yang pertama, Theatrum Orbis Terrarum (gambar).
- 1862 - Presiden A.S. Abraham Lincoln memeterai Akta Rumah Ladang (Homestead Acts).
- 1927 - Melalui Perjanjian Jeddah, United Kingdom mengiktiraf kedaulatan Raja Ibn Saud daripada Kerajaan Hijaz dan Nejd; yang kemudian digabungkan menjadi Arab Saudi.
- 2002 - Timor Leste mendapat kemerdekaan daripada Indonesia, menjadi negara berdaulat baharu pertama abad ke-21.
- 2010 - Penyiasatan bebas menyimpulkan bahawa torpedo Korea Utara merupakan punca tenggelamnya korvet Korea Selatan Cheonan.
- 2012 - Tomislav Nikolić terpilih sebagai Presiden Serbia.
- 2012 - Danilo Medina terpilih sebagai Presiden Republik Dominika.
- 2012 - Puting beliung (gambar) membadai Moore, Oklahoma, A.S., mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang.
Kelahiran
Kematian