20 Januari merupakan hari ke-20 dalam takwim Gregorius . Tinggal 345 hari (atau 346 hari bagi tahun lompat ) sebelum memasuki tahun selepasnya. Dalam astrologi , ia merupakan hari kuspa antara Capricorn dan Aquarius .
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
Istana Westminster
Władysław I dari Poland
Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden A.S.
Kerosakan akibat gempa di Haiti
Fail:Imej Trump.jpg Presiden Trump
250 - Maharaja Decius melancarkan penindasan penganut agama Kristian secara besar-besaran di Rom . Paus Fabianus antara yang terkorban menjadi martir .
1265 - Dipanggil oleh Simon de Montfort , parlimen Inggeris yang pertama mengadakan mesyuarat sulungnya di Istana Westminster (gambar) .
1320 - Selepas menyatukan semula Poland , Wladyslaw si Pendek (gambar) dimahkotakan sebagai Raja di Kraków .
1356 - Edward Balliol turun takhta selaku Raja Scotland .
1502 - Lokasi Rio de Janeiro diterokai buat julung kalinya.
1801 - John Marshall dilantik sebagai Ketua Hakim Amerika Syarikat .
1839 - Askar Chile menewaskan dengan muktamad angkatan Konfederasi Peru–Bolivia dalam Pertempuran Yungay di Wilayah Ancash , secara berkesan menamatkan Perang Konfederasi .
1840 - Dumont D'Urville menemui Tanah Adélie , Antartika .
1840 - Willem II menjadi Raja Belanda .
1841 - Pulau Hong Kong diduduki oleh British .
1885 - LaMarcus Adna Thompson mempatenkan roller coaster .
1892 - Permainan rasmi bola keranjang yang pertama diadakan di YMCA , Springfield , Massachusetts , A.S.
1921 - Perlembagaan pertama Turki diterima guna, melakukan perubahan asas pada punca dan pelaksanaan kedaulatan dengan mentakdiskan rukun kedaulatan kebangsaan .
1937 - Franklin D. Roosevelt mengangkat sumpah bagi penggal kedua beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat . Inilah kali pertama upacara angkat sumpah dilangsungkan pada 20 Januari, sejak dialihkan dari 4 Mac .
1942 - Holokus : Para pegawai Jerman Nazi bertemu dalam persidangan Wannsee di Berlin bagi memutuskan pelaksanaan "Penyelesaian Terakhir kepada persoalan Yahudi .
1945 - Franklin D. Roosevelt mengangkat sumpah bagi penggal keempat beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat ; tiada Presiden lain yang pernah diberi penggal keempat.
1961 - Presiden Perancis, Charles de Gaulle memberitahu Presiden John F. Kennedy : "Saya meramalkan bahawa kamu akan beransur-ansur tenggelam ke dalam kancah tak terbatas, walau betapa banyak kamu berbelanja daripada segi orang dan wang ", ketika merujuk kepada pembabitan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam .
1981 - Iran membebaskan 52 tebusan terakhir di Kedutaan A.S. 20 minit selepas Ronald Reagan dilantik sebagai Presiden A.S.
1986 - Hari Martin Luther King, Jr. disambut sebagai cuti umum persekutuan A.S. buat julung kalinya.
1987 - Wakil Gereja England , Terry Waite , diculik di Lubnan .
1990 - Januari Hitam : Tentera Merah Soviet bertindak keras terhadap demonstrasi kemerdekaan oleh orang Azerbaijan di kota Baku .
1991 - Kerajaan Sudan melaksanakan undang-undang syariah di seluruh negara, maka memburukkan perang saudara antara umat Islam di utara dan penduduk Kristian di selatan.
1992 - Penerbangan 148 Air Inter terhempas berhampiran Strasbourg, Perancis , meragut nyawa 82 penumpang dan 5 kakitangan.
1999 - Perkhidmatan Berita China mengumumkan sekatan terbaru terhadap penggunaan Internet , terutamanya di kafe Internet .
2001 - Presiden Filipina Joseph Estrada digulingkan dalam revolusi aman empat hari , lalu diganti oleh Gloria Macapagal-Arroyo .
2009 - Di Washington, D.C. , Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat berketurunan Amerika Afrika yang pertama.
2010 - Gegar penghujung kuat berukuran 5.9 Mw melanda Haiti seminggu selepas gempa bumi menyebabkan kemusnahan meluas di Port-au-Prince (gambar) dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
2010 - Lebih 200 orang maut dalam rusuhan beberapa hari antara Muslim dan Kristian di Jos , Nigeria.
2016 - Di Washington, D.C. , Donald Trump dari Parti Republikan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke - 45. Beliau merupakan Presiden yang pertama dari kalangan ahli perniagaan yang termashyur di Amerika Syarikat.
2021 - Joe Biden dari Parti Demokrat telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke - 46.Beliau merupakan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat .
Kelahiran
Kematian