Antartika merupakan benua paling selatan di dunia, terdiri dari segi geografi kutub selatan. Ia terletak di kawasan Antartik di Hemisfera Selatan, hampir semuanya selatan Bulatan Antartik, dan dikelilingi oleh Lautan Selatan. Dengan keluasan 14.0 juta km2 (5.4 juta sq batu), ia merupakan benua kelima terbesar dari segi keluasan selepas Asia, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Selatan. Sebagai perbandingan, Antartika hampir dua kali ganda saiz Australia. Sekitar 98% Antartika diselaputi oleh air batu dengan purata ketebalan sekurang-kurangnya 1 batu (1.6 km)* yang menganjur di kesemua permukaan benua kecuali di hujung paling utara Semenanjung Antartik.
Antartika secara amnya merupakan benua paling sejuk, kering dan kuat anginnya, dan memiliki ketinggian antara purata tertinggi di kalangan kesemua benua.[1] Antartika dianggap sebagai gurun, dengan curah hujan tahunan hanya 200 mm (8 inci) di sepanjang pantai dan jauh ke pedalaman benua.[2] Suhu di Antartika mencecah −89 °C (−129 °F). Tiada penempatan manusia kekal yang ada di sini, tetapi terdapat sekitar 1,000 sehingga 5,000 orang tinggal di situ sepanjang tahun di stesen-stesen pemantauan yang tersebar di sepanjang benua. Hanya tanaman dan haiwan adaptasi dingin bertahan hidup di sana termasuk penguin, anjing laut, nematoda, tardigrada, tungau, banyak jenis ganggang dan mikroorganisma lainnya serta juga tumbuhan tundra.
Perjanjian Antartika ditandatangani pada tahun 1959 oleh 12 negara, dan setakat ini, 49 negara telah menandatangani perjanjian itu. Perjanjian tersebut melarang kegiatan ketenteraan, perlombongan atau pengeluaran mineral, uji kaji nuklear, pelupusan sisa nuklear, dan menyokong penyelidikan saintifik serta melindungi ecozone di benua itu. Terdapat lebih 4,000 saintis dari pelbagai negara yang menjalankan penyelidikan berterusan benua tersebut.
Penamaan
Nama Antarctica meminjam ungkapan bahasa Yunani ἀνταρκτική antarktiké, atau bentuk muanasnya ἀνταρκτικόςantarktikós[3] bererti "lawan [arah] Artik".[4][5] Nama ini dirasmikan dalam kerja-kerja pemetaan benua tersebut pada tahun 1890-an dilakukan John George Bartholomew.[6]
Iklim
Iklim di Antartika sangat ekstrem dengan kelembapan udara sangat rendah, purata suhu sepanjang tahun rendah, serta purata kelajuan angin sepanjang tahun tinggi.
Kapal-kapal HMS Resolution dan Adventure diketuai James Cook merupakan kapal Eropah pertama kali merentasi Garisan Antartik pada 17 Januari 1773, serta bulan-bulan Disember 1773 dan Januari 1774.[9] Cook dicatatkan memasuki jarak 120 km (75 bt) ke dalam pesisiran Antarktik sehingga menemukan jalan buntu dihalang air batu laut pada Januari 1773.[10]
Pendaratan pertama ke benua ini dicatatkan John Davis, seorang pemburu anjing laut yang dipercayai turun di Teluk Hughes berdekatan Tanjung Charles barat benua pada 7 Februari 1821, namun ada sejarawan yang pertikaikan dakwaan ini.[13][14] Pendaratan pertama yang tercatat dan disahkan berlaku di Tanjung Adare oleh pasukan Sweden-Norway dalam kapal pemburu paus Antarctic pada tahun 1895.[15]
Kependudukan manusia
Komunikasi
Kod telefon antarabangsa untuk Antartika adalah +672.
Antartika sudah memiliki liputan telefon nirkabel. Di Pangkalan Marambio milik Argentina terdapat sebuah menara selular yang menggunakan teknologi AMPS dan di Pulau Raja George terdapat sebuah menara GSM Entel Chili. Selain itu, komunikasi juga bergantung kepada sambungan satelit.
Galeri
L.L. Ivanov et al, peta Pulau Livingston dan Pulau Greenwich
Puncak Ongal
Titik Renier
Pangkalan Antartik
Rujukan
Nota kaki
^National Satellite, Data, and Information Service. "National Geophysical Data Center". Government of the United States. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-13. Dicapai pada 9 Jun 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Liddell, Henry George; Scott, Robert. "Antarktikos". Dalam Crane, Gregory R. (penyunting). A Greek–English Lexicon. Perseus Digital Library. Tufts University. Dicapai pada 18 November 2011.
^John George Bartholomew and the naming of Antarctica, CAIRT Issue 13, National Library of Scotland, July 2008, ISSN 1477-4186, and also "The Bartholomew Archive".
^ abWehi, Priscilla M.; Scott, Nigel J.; Beckwith, Jacinta; Pryor Rodgers, Rata; Gillies, Tasman; Van Uitregt, Vincent; Krushil, Watene (2021). "A short scan of Māori journeys to Antarctica". Journal of the Royal Society of New Zealand. doi:10.1080/03036758.2021.1917633.