Perjanjian Antartika bahasa Inggeris: The Antartic Treatycode: en is deprecated Perancis: Traité sur l'Antarctiquecode: fr is deprecated Rusia: Договор об Антарктикеcode: ru is deprecated Bahasa Sepanyol: Tratado Antárticocode: es is deprecated
Perjanjian Antartika (Jawi: ڤرجنجين انترتيکاcode: ms is deprecated ) dan perjanjian berkaitan yang dikenali sebagai Sistem Perjanjian Antartika (Antarctic Treaty System, ATS) mengawal hubungan antarabangsa mengenai Antartika yang merupakan satu-satunya benua tanpa populasi manusia asal di Bumi. Antartika ditakrifkan dalam sistem perjanjian sebagai semua tanah dan pentas ais yang berada di selatan garis lintang 60°S. Perjanjian ini dikuatkuasakan pada tahun 1961 dengan 53 pihak yang menyertainya selewat 2016,[2] yang menetapkan Antartika sebagai kawasan perlindungan saintifik, menetapkan kebebasan menyelidik serta melarang kegiatan ketenteraan di benua tersebut. Perjanjian itu adalah perjanjian kawalan senjata yang pertama ditubuhkan semasa Perang Dingin. Ibu pejabat Setiausaha Perjanjian Antartika berpusat di Buenos Aires, Argentina sejak September tahun 2004.[3]
Perjanjian utamanya telah dibuka untuk penandatanganan pada 1 Disember 1959[1] dan dikuatkuasakan secara rasminya pada 23 Jun 1961.[4] Penandatangan asalnya merupakan 12 buah negara yang terlibat di Antartika pada Tahun Geofizikal Antarabangsa 1957-58. Dua belas negara ini yang mempunyai kepentingan besar di benua ini ialah Argentina, Australia, Belgium, Chile, Perancis, Jepang, New Zealand, Norway, Afrika Selatan, Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Serikat di mana negara-negara ini telah mendirikan lebih 50 buah stasiun penyelidikan untuk tujuan tahun tersebut. Perjanjian ini dianggap sebagai suatu langkah diplomatik mengenai operasi dan kerjasama saintifik yang telah dicapai melalui kegiatan mereka di benua tersebut.
Perkara-perkara Perjanjian
Perkara 1 – Kawasan Antartika akan digunakan untuk tujuan aman; aktiviti ketenteraan seperti pengujian senjata adalah dilarang tetapi anggota dan peralatan ketenteraan mungkin boleh digunakan untuk ptujuan penyelidikan ilmiah atau apa-apa tujuan aman;
Perkara 2 – Kebebasan penyelidikan dan kerjasama saintifik akan diteruskan;
Perkara 3 – Pertukaran maklumat serta anggota yang bebas dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lain agensi antarabangsa;
Perkara 4 – Perjanjian ini tidak mengiktiraf, mempertikai atau mewujudkan tuntutan wilayah berdaulat; dan tidak akan ada tuntutan baru yang ditegaskan selagi perjanjian ini dikuatkuasakan;
Perkara 6 – Perjanjian termasuk semua tanah dan pentas ais tetapi tidak perairan di sekitarnya selatan 60 darjah 00 minit selatan;
Perkara 7 – Negara pemerhati mempunyai akses percuma, termasuk pemerhatian dari udara, ke mana-mana kawasan dan mungkin dibolehkan memeriksa semua stesen, pemasangan dan peralatan; dengan perlu memberikan terlebih dahulu notis ingin melihat semua kegiatan dan serta pengenalan anggota tentera;
Perkara 8 – Membenarkan bidang kuasa yang baik ke atas negara pemerhati dan saintis sendiri;
Perkara 9 – Melakukan mesyuarat perundingan secara kerap di antara negara-negara ahli;
Perkara 10 – Semua negara yang terlibat akan menghalang sebarang aktiviti di Antartika yang bertentangan dengan Perjanjian oleh mana-mana negara;
Perkara 11 – Semua pertikaian akan diselesaikan dengan amannya oleh pihak yang berkenaan, atau sehingga akhirnya oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa;
Perkara 12, 13, 14 – Berurusan perihal penegakan, pentafsiran, ... ... serta pengubahan perjanjian antara negara-negara yang terlibat.
Perjumpaan
Mesyuarat Perundingan Perjanjian Antartika adalah forum antarabangsa tahunan yang diadakan untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan benua tersebut. Hanya 29 daripada 53 buah negara pihak Perjanjian berhak mengambil bahagian dalam membuat keputusan dalam perjumpaan sebegini, walaupun 24 negara yang lainnya masih diberi izin untuk hadir. Ahli-ahli yamg membuat keputusan dala perjumpaan ini adalah "Pihak Perundingan" yang terdiri daripada 12 pihak penandatangan asal serta 17 negara yang telah menunjukkan minat mereka pada benua Antartika dengan menjalankan kegiatan saintifik utama di sana.[5]
Pihak yang terlibat
Selewat tahun 2015, terdapat 53 buah negara yang memihak pada perjanjian ini termasuk semua 12 negara yang menandatangani perjanjian asal serta mempunyai status perundingan.[6] Negara ahli perundingan ahli termasuk tujuh buah negara yang menuntut sebahagian kawasan Antartika sebagai wilayah berdaulat. 46 negara-negara bukan penuntut sama ada tidak mengiktiraf tuntutan sebegini mahupun tidak menyatakan kedudukan mereka.
Nota: Jadual ini boleh disusun kandungannya mengikut urutan abjad atau masa dengan mengetik ikon .
Antartika tiada penduduk tetap yang mewajibkannya mempunyai pemerintah atau kewarganegaraannya sendiri. Semua anggota yang hadir di Antartika pada bila-bila masa adalah rakyat atau warga negara masing-masing di luar Antartika kerana benua tersebut tiada kedaulatan sendiri. Kebanyakan kawasan Antartika dituntut oleh lebih dari satu negara, namun tuntutan yang dibuat oleh negara-negara tersebut tidak dibuat dengan begitu jelas. Kawasan di tanah besar antara 90 dan 150 darjah ke barat adalah satu-satunya tanah besar di Bumi yang tidak dituntut oleh mana-mana negara.[15] Sehingga 2015, bahagian pedalaman sektor Norway yang tidak pernah dijelaskan secara rasmi[16] dianggap tidak dituntut langsung. Pada tahun tersebut pula, Norway secara rasminya menuntut kawasan di antara Tanah Permaisuri Maud dan Kutub Selatan.[17]
^Rapp, Ole Magnus (21 September 2015). "Norge utvider Dronning Maud Land helt frem til Sydpolen". Aftenposten (dalam bahasa Norway). Oslo, Norway: Aftenposten. Dicapai pada 22 September 2015. …formålet med anneksjonen var å legge under seg det landet som til nå ligger herreløst og som ingen andre enn nordmenn har kartlagt og gransket. Norske myndigheter har derfor ikke motsatt seg at noen tolker det norske kravet slik at det går helt opp til og inkluderer polpunktet.Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
"An Antarctic Solution for the Koreas" - San Diego Union-Tribune, 25 Jun 2005 (Kedua-dua negara Korea Selatan dan Utara merupakan ahli Perjanjian Antartika)