James Cook

(Kapten) James Cook
Potrait James Cook oleh Nathaniel Dance, sekitar 1775, National Maritime Museum, Greenwich
Kelahiran(1728-10-27)27 Oktober 1728
Meninggal dunia14 Februari 1779(1779-02-14) (umur 50)
WarganegaraBritish
PendidikanPostgate School, Great Ayton
PekerjaanPenjelajah, ahli pelayaran, ahli kartografi
PangkatKapten
PasanganElizabeth Batts
Anak-anakJames Cook, Nathaniel Cook, Elizabeth Cook, Joseph Cook, George Cook, Hugh Cook
Ibu bapaJames Cook, Grace Pace

Kapten James Cook (27 Oktober 1728 (T.J.) – 14 Februari 1779) adalah penjelajah, ahli pelayaran dan ahli kartografi Inggeris. Beliau melakukan tiga pelayaran ke Lautan Pasifik, sambil memetakan banyak kawasan dan merekod beberapa pulau dan pantai dalam peta Eropah untuk kali pertama. Beliau terkenal sebagai orang Inggeris yang menemui pantai timur Australia, Pulau Hawaii dan orang pertama memetakan Newfoundland dan New Zealand.

Semasa hidupnya, Cook belayar sebanyak dua kali mengelilingi dunia. Beliau merentasi Bulatan Antartika dan menemui pulau-pulau baru dan landskap di Amerika Utara dan Pasifik Selatan. Semasa perjalanannya, beliau menghabiskan banyak masa melakukan eksperimen sains dan memeta kawasan baru. Beliau juga menulis buku tentang apa yang ditemuinya. Cook meninggal dunia di Hawaii dalam satu pertempuran dengan penduduk asal Hawaii atas percubaan menculik raja mereka semasa pelayaran penjelajahan ketiganya di Pasifik pada 1779.

Awal hidup

James Cook dicatat lahir pada lahir pada 27 Oktober 1728[nota 1] di kampung Marton, Yorkshire - beliau dibaptiskan dan didaftarkan di gereja St Cuthbert seminggu kemudian.[nota 2][1][2] Beliau anak kedua lapan adik-beradik kepada seorang peladang Ednam, Scotland turut bernama James Cook (1693–1779) dan Grace Pace (1702–1765) kelahiran Thornaby-on-Tees.[1][3][4] Keluarganya berpindah ke 1736 mengikuti majikan ayahnya, Thomas Skottowe, yang memberi biaya kepada Cook bersekolah - di sinilah beliau mempelajari matematik, astronomi dan pemetaan yang menjadi asas kerjayanya nanti.[5] Beliau menamatkan persekolahannya lima tahun kemudian bekerja untuk ayahnya.

Cook semasa berusia 16 tahun berpindah jauh 20 batu (32 km) ke perkampungan Staithes, Yorkshire Utara sebagai pembantu runcit kedai barang jahitan (haberdasher) William Sanderson.[1] Cook dikatakan tertarik kepada laut sambil menjenguk pemandangan laut kedai mereka.[4] 18 bulan kemudian, Cook berpindah kerja ke Whitby atas cadangan Sanderson yang memperkenalkan beliau kepada syarikat dagang arang batu John dan Henry Walker.[6] Beliau diberi peluang menakhodakan kapal-kapal dagang antara Tyne dan London sambil mempraktikkan ajaran algebra, geometri, trigonometri dan pengemudian.[4]

Kerjaya ketenteraan

Pelayaran pertama (1768–1771)

Pada 25 Mei 1768, Tentera Laut mengarahkan Cook (ketika ini berusia 39 tahun) membuat pelayaran ke Lautan Pasifik untuk memerhati dan mencatat peredaran alih Zuhrah yang bakal berlaku tahun hadapan, di mana kejdian tersebut dilihat mampu menentukan jarak kedudukan Bumi dari Matahari sendiri.[7][8] Cook turut dinaikkan pangkat ke leftenan bagi misi ini,[9][10] Royal Society turut menjanjikan ganjaran seratus guinea ditambahkan kepada upah tenteranya.[11]

Rombongannya berlayar di atas kapal HMS Endeavour bertolak dari England pada 26 Ogos 1768,[12] mereka mengelilingi Cape Horn sebelum menuju jauh ke barat ke Tahiti tanggal 13 April 1769 untuk memerhatikan pemerhatian bintang Zuhrah secara tepat di sana.[13]

Beliau dinaikkan pangkat sebagai komander pada bulan Ogos 1771 tidak lama selepas kepulangannya.[14][15]

Pelayaran kedua (1772–1775)

Beliau diberi arahan melakukan pelayaran kedua atas nasihat Royal Society[16] untuk mencari tanah yang dikatakan suatu benua besar wujud di arah selatan yakni Terra Australis bersama pengemudi bernama Tobias Furneaux, mereka masing-masing menakhodakan kapal sekoci HMS Resolution dan HMS Adventure berisi jutaan paun bekalan makanan segar dan ternakan serta barangan tukaran yang pelbagai.[17] Rombongan kapal ini berlepas dari Plymouth Sound pada Isnin tanggal 13 Julai 1772. Mereka membuat persinggahan di Funchal, Kepulauan Madeira pada 1 Ogos,[18] mengisi bekalan di Tanjung Verde dua minggu selepas itu hingga akhirnya menuju ke Tanjung Harapan pada 30 Oktober.[19] Dari sana mereka bertolak menuju perairan sejuk pada 22 November: mereka cuba mencari pulau yang ditemukan Jean-Baptiste Charles Bouvet di latitud 54° tetapi gagal, kapal-kapal mereka hampir diperangkap air batu padat sebelum keadaan mereda senaik suhu musim panas belah selatan pada minggu kedua Januari. Mereka berjaya menyeberang ke dalam Garisan Antartik pada 17 Januari 1773 sebelum berpatah balik menuju arah timur laut[20] dari 67°15's.[21]

Mereka berlayar serata selatan Lautan Pasifik bermula bulan Jun sebelu mendarat di Tahiti pada 15 Ogos, seorang anak pembesar Ra'iatea bernama Omai menaiki kapal Adventure mengikut serta untuk ke Eropah tempat kepulangan mereka seterusnya menjadi orang bangsa Pasifik pertama melawat Eropah.[22] Kapal-kapal Resolution dan Adventure melalui Rapa Nui, Pulau Norfolk, New Caledonia, Vanuatu dan Tonga sebelum terperangkap dalam suatu badai ribut pada 22 Oktober; dari sini pasukan Cook dalam kapal Resolution berlepas sendiri pada 26 November dari Queen Charlotte Sound menyambung jelajah Pasifik dalam singgahan di New Zealand manakala rombongan Furneaux memilih berlayar pulang dari Disember 1773 sampai tiba di tanah Eropah pada 14 Julai 1774.[23]

Pelayaran ketiga (1776–1779)

Penculikan Kalaniʻōpuʻu di Hawaii

Kapal Cook berlayar mengelilingi kepulauan Hawaii pada 1779 di mana mereka terpaksa mendarat di Teluk Kealakekua Pulau Hawai'i. Secara kebetulan pula, warga pulau tersebut sedang meraikan suatu perayaan tuai menyanjung dewa Lono iaitu Makahiki, dan bentuk serta laluan kapal dinakhodakan Cook juga menyerupai gambaran yang dibayangkan mengenai kapal dewa itu sendiri;[4][24] lalu rombongan Cook pada awalnya disangka sebagai jelmaan Lono yang disambut hebat dan didewakan.[25]

Pertembungan semula, pembunuhan

Gambaran pembunuhan Cook oleh orang-orang Hawaii lukisan Johann Zoffany, 1794 dari Muzium Maritim Kebangsaan Greenwich

Cook merasa tidak tahan dengan kerenah yang dihadapi mereka lalu memikir untuk menculik raja utama di pulau tersebut, Kalaniʻōpuʻu. Pada 14 Februari, dicatatkan bahawa Cook dan seberapa pegawainya masuk ke pekarangan diraja Kalaniʻōpuʻu dan memaksanya mengikut mereka. Permaisuri baginda, Kanekapolei dan seberapa orang pembesar cuba menghalangnya. Sekelompok orang jelata menyerang Cook setelah mendapat tahu apa yang berlaku di mana seorang lelaki memukul kepala Cook dari belakang sehingga tersungkur pitam di pasir pantai,[26] seorang pengiring diraja bernama Nuaa pula menikam Cook berkali-kali sehingga mati.[27][28] Mayat Cook dibawa masuk kembali ke pulau sambil diperhatikan rombongannya yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Meskipun keadaan mereda, orang-orang pulau tersebut mula berasakan kasihan amat terhadap Cook yang dianggap orang tinggi kerana apa yang dibawanya, maka mayatnya dilayan sepertimana adat untuk layon raja-raja yang ada di pulau tersebut: mayatnya dikeluarkan isinya sebelum dibakar untuk mengeluarkan daging dari tetulang yang dijadikan bahan sembahan.[29]

Sebahagian tetulang ini dikembalikan kepada rombongan Inggeris setelah mereka bertemu kembali, tulang-tulang ini dikebumikan di laut menurut adat tentera laut diraja.[29]

Kembalinya rombongan mereka ke England

Clerke menagmbil alih pengetuaan pelayaran Cook di mana mereka cuba menyeberangi Selat Bering.[30] Dalam penyeberangan ini Clerke menghidap batuk kering yang meragut nyawanya 22 Ogos 1779. John Gore yang seperjuangan dalam pelayaran pertama Cook menakhodai Resolution manakala James King mengambil alih kapal Discovery.[31] Mereka akhirnya tiba di England bulan Oktober 1780, King menyempurnakan catatan perjalanan selebihnya dari selepas kematian Cook.[32]

Peninggalan

Rumah terakhir milik ibu bapa, Cooks' Cottage, mereka dipindahkan ke Melbourne, Australia tahun 1934. Rumah John dan Henry Walker di Yorkshire Utara yang mendidik Cook berlayar dijadikan suatu muzium peringatan.

Terdapat juga banyak tempat yang dinamakan sempena memperingati Cook dan pencapaian beliau:[33]

Nota

  1. ^ 7 November 1728 menurut takwim baharu.
  2. ^ 14 November mengikut pentarikhan baru.

Rujukan

  1. ^ a b c Rigby & van der Merwe 2002, halaman 25
  2. ^ Robson 2009, halaman 2
  3. ^ Stamp 1978, halaman 1
  4. ^ a b c d Collingridge 2003
  5. ^ Frost, Alan (19 October 2018). Mutiny, Mayhem, Mythology: Bounty's Enigmatic Voyage. Sydney University Press. m/s. 255. ISBN 978-1-74332-587-2.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama horwitz
  7. ^ Kippis, Andrew (1788). Narrative of the voyages round the world, performed by Captain James Cook; with an account of his life during the previous and intervening periods. Chapter 2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-03. Dicapai pada 2020-08-02.
  8. ^ Collingridge 2003, halaman 95
  9. ^ Rigby & van der Merwe 2002, halaman 30
  10. ^ Beazley, Charles Raymond (1911). "Cook, James" . Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 7 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 71.
  11. ^ Beaglehole 1968, halaman cix
  12. ^ "The Sydney Morning Herald". The Sydney Morning Herald. National Library of Australia. 2 May 1931. m/s. 12. Dicapai pada 4 September 2012.
  13. ^ "BBC – History – Captain James Cook". Dicapai pada 31 July 2017.
  14. ^ Hough 1994, halaman 180
  15. ^ McLynn 2011, halaman 167
  16. ^ Williams 2004, halaman 51
  17. ^ Villiers 1967, halaman 162
  18. ^ Hough 1994, halaman 239
  19. ^ Hough 1994, halaman 242
  20. ^ Hough 1994, halaman 248
  21. ^ Forster 1777, halaman 109
  22. ^ Salmond, Anne (2003), The Trial of the Cannibal Dog, New Haven, CT: Yale University Press, m/s. 3, ISBN 978-0-300-10092-1
  23. ^ Rigby & van der Merwe 2002, halaman 141
  24. ^ Obeyesekere 1992
  25. ^ Sahlins 1985
  26. ^ Collingridge 2003, halaman 410
  27. ^ Samwell, David; Townsend, Ebenezer (Jr); Gilbert, George; Hawaiian Historical Society; Ingraham, Joseph; Meares, John; Cartwright, Bruce (1791). Extracts from Voyages Made in the Years 1788 and 1789, from China to the Northwest Coast of America: With an Introductory Narrative of a Voyage Performed in 1786, from Bengal in the Ship "Nootka". Paradise of the Pacific Press. m/s. 76.
  28. ^ Dibble, Sheldon (1843). History of the Sandwich Islands. Lahainaluna: Press of the Mission Seminary. m/s. 61.
  29. ^ a b Collingridge 2003, halaman 413
  30. ^ Collingridge 2003, halaman 412
  31. ^ Collingridge 2003, halaman 423
  32. ^ "Better Conceiv'd than Describ'd: the life and times of Captain James King (1750–84), Captain Cook's Friend and Colleague. Steve Ragnall. 2013". The Captain Cook Society (CCS). Dicapai pada 10 October 2017.
  33. ^ "Aoraki Mount Cook National Park & Mt Cook Village, New Zealand". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2011. Dicapai pada 21 September 2011.
  34. ^ "About James Cook University". James Cook University. 2011. Dicapai pada 7 January 2014.
  35. ^ "Planetary Names: Crater, craters: Cook on Moon". Gazetteer of Planetary Nomenclature. USGS/NASA. Dicapai pada 21 September 2011.
Sumber utama


Pautan luar

Sumber primer atau penulisan bersejarah

Read other articles:

Lemak tubuh merupakan kandungan lemak yang terdapat dalam tubuh manusia. Kadar lemak tubuh manusia yang dalam keadaan seimbang digunakan sebagai cadangan energi bagi manusia dalam melakukan kegiatan sehari-hari. Lemak tubuh dengan kadar yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan pada manusia. Pengurangan kadar lemak tubuh dilakukan melalui olahraga atau diet.[1] Persentase lemak tubuh diperoleh melalui perbandingan antara massa lemak tubuh dengan berat badan secara keseluruhan.[2&...

 

Specialised unit of the National Prosecuting Authority of South Africa Directorate of Special OperationsCommon nameThe ScorpionsAbbreviationDSOMottoJustice in actionAgency overviewFormedJanuary 2001DissolvedJanuary 2009Superseding agencyDirectorate for Priority Crime InvestigationEmployees536Annual budgetR429 million (2008-09)Jurisdictional structureOperations jurisdictionSouth AfricaConstituting instrumentNational Prosecuting Authority Act of 1998Operational structureOverseen byMinister...

 

العلاقات البليزية الزيمبابوية بليز زيمبابوي   بليز   زيمبابوي تعديل مصدري - تعديل   العلاقات البليزية الزيمبابوية هي العلاقات الثنائية التي تجمع بين بليز وزيمبابوي.[1][2][3][4][5] مقارنة بين البلدين هذه مقارنة عامة ومرجعية للدولتين: وجه المقار...

Janggir LetoNagoriNegara IndonesiaProvinsiSumatera UtaraKabupatenSimalungunKecamatanPaneiKode pos21161Luas... km²Jumlah penduduk... jiwaKepadatan... jiwa/km² Janggir Leto merupakan salah satu nagori yang ada di kecamatan Panei, kabupaten Simalungun, provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Pemerintahan Nagori Janggir Leto terdiri dari Huta (dusun) Bah Kata, Bongbongan, Janggir Leto, Laguboti, Paranginan, Sibaganding, Tomuan Pane, dan huta lainnya. Galeri Gereja GKPI Janggir Leto Gereja HKBP...

 

NatalcomuneMunicípio do Natal Natal – Veduta LocalizzazioneStato Brasile Stato federato Rio Grande do Norte MesoregioneLeste Potiguar MicroregioneNatal AmministrazioneSindacoCarlos Eduardo Nunes Alves Data di istituzione25 dicembre 1599 TerritorioCoordinate5°46′40″S 35°12′17″W / 5.777778°S 35.204722°W-5.777778; -35.204722 (Natal)Coordinate: 5°46′40″S 35°12′17″W / 5.777778°S 35.204722°W-5.777778; -35.204722 (Natal) Altit...

 

Town in NorwayAlta (Norwegian) Alattio (Kven)Áltá (Northern Sami)TownView of parts of the townAltaLocation of the townShow map of FinnmarkAltaAlta (Norway)Show map of NorwayCoordinates: 69°58′08″N 23°16′18″E / 69.9689°N 23.2716°E / 69.9689; 23.2716CountryNorwayCountyFinnmarkDistrictVest-FinnmarkMunicipalityAlta MunicipalityArea[1] • Total9.23 km2 (3.56 sq mi)Elevation[2]60 m (200 ft)Popul...

U.S.-related events during the year 1800 ← 1799 1798 1797 1800 in the United States → 1801 1802 1803 Decades: 1780s 1790s 1800s 1810s 1820s See also: History of the United States (1789–1849) Timeline of United States history (1790–1819) List of years in the United States 1800 in the United States1800 in U.S. states States Connecticut Delaware Georgia Kentucky Maryland Massachusetts New Hampshire New Jersey New York North Carolina Pennsylvania Rhode Island South Carolina Tennes...

 

Roger de Saivre Photographie de Roger de Saivre publiée en 1937. Fonctions Député français 5 juillet 1951 – 1er décembre 1955(4 ans, 4 mois et 26 jours) Élection 17 juin 1951 Circonscription Oran Législature IIe (Quatrième République) Groupe politique CRAPS-DI Biographie Date de naissance 14 mai 1908 Lieu de naissance 7e arrondissement de Paris Date de décès 12 décembre 1964 (à 56 ans) Lieu de décès 13e arrondissement de Paris Nationalité Fran�...

 

SusuKarakteristikJenisclass of anatomical entity Komposisiair cair, protein, Lemak dan Natrium klorida Warnaputih dan kuning [sunting di Wikidata]lbs Susu adalah cairan bergizi berwarna putih yang dihasilkan oleh kelenjar susu mamalia, salah satunya manusia. Susu adalah sumber gizi utama bagi bayi sebelum mereka dapat mencerna makanan padat. Susu binatang (biasanya sapi) juga diolah menjadi berbagai produk seperti mentega, yogurt, es krim, keju, susu kental manis, susu bubuk dan lain-lain...

Type of fetish towards latex clothing Rubberman redirects here. For the Philippine comedy superhero film, see Rubberman (film). This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Rubber and PVC fetishism – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (June 2015) (Learn how and when to remove this message) The ru...

 

Para otros usos de este término, véase Caldas (desambiguación). Caldas Departamento de Colombia Desde arriba y de izquierda a derecha: Volcán nevado del Ruiz, Manzanares, paisaje cultural cafetero, Aguadas, Salamina, Norcasia y plantación de café en Chinchiná. BanderaEscudo Lema: Primero Caldas Himno: Himno de Caldas Ubicación de Caldas en Colombia Coordenadas 5°17′00″N 75°21′00″O / 5.2833333333333, -75.35Capital ManizalesEntidad Departamento de Colombia...

 

Indian film director (born 1961) For the Indian field hockey player, see Tarsem Singh (field hockey). Tarsem SinghSingh at WonderCon 2011BornTarsem Singh Dhandwar (1961-05-26) 26 May 1961 (age 63)Jalandhar, Punjab, IndiaOther namesTarsemOccupationsFilm directorproducerscreenwriterYears active1990–presentWebsitewww.tarsem.org Tarsem Singh Dhandwar (born 26 May 1961), known professionally as Tarsem, is an Indian director who has worked on films, music videos, and commercials. H...

Menara Kapsul Nakagin Kisho Kurokawa (黒川 紀章code: ja is deprecated , Kurokawa Kishō) (8 April 1934 – 12 Oktober 2007) adalah seorang arsitek Jepang utama dan salah satu pendiri Gerakan Metabolis. Biografi Lahir di Kanie, Aichi, Kurokawa belajar arsitektur di Universitas Kyoto, lulus dengan gelar sarjana pada 1957. Ia kemudian masuk Universitas Tokyo, di bawah bimbingan Kenzo Tange. Kurokawa meraih gelar master pada 1959. Kurokawa kemudian berusaha untuk meraih gelar do...

 

Gaston Cheq haranguant la foule, place de l'Hôtel de ville, à Troyes le 9 avril 1911. La révolte des vignerons de la Champagne en 1911, les « cossiers » (en patois champenois), est la seconde grande manifestation du début du XXe siècle liée à la production de vin. Elle fait suite à la Révolte de 1907 dans le Languedoc bien que les viticulteurs champenois manifestent pour des raisons différentes. Déroulement Un début de révolte marnais La tension entre les product...

 

Untuk politikus dengan nama yang sama, silakan lihat John Cockcroft John Douglas Cockroft Sir John Douglas Cockcroft (27 Mei 1897 – 18 September 1967) adalah fisikawan Britania yang bersama dengan, Ernest Walton, memecahkan inti atom. Untuk karya ini, mereka menerima Penghargaan Nobel dalam Fisika 1951. Pranala luar Cockroft, John (1897-1967) – from Eric Weisstein’s World of Scientific Bniography lbsPenerima Penghargaan Nobel Fisika1901–1925 1901: Röntgen 1902: Lorentz ...

Cet article est une ébauche concernant le Concours Eurovision de la chanson et le Portugal. Vous pouvez partager vos connaissances en l’améliorant (comment ?) ; pour plus d’indications, visitez le projet Eurovision. Portugalau Concours Eurovision 2014 Données clés Pays  Portugal Chanson Quero ser tua Interprète Suzy Langue Portugais Sélection nationale Type de sélection Festival da Canção Date 15 mars 2014 Concours Eurovision de la chanson 2014 Position en demi-fi...

 

Field of applied psychology Part of a series onPsychology Outline History Subfields Basic psychology Abnormal Affective neuroscience Affective science Behavioral genetics Behavioral neuroscience Behaviorism Cognitive/Cognitivism Cognitive neuroscience Social Comparative Cross-cultural Cultural Developmental Differential Ecological Evolutionary Experimental Gestalt Intelligence Mathematical Moral Neuropsychology Perception Personality Psycholinguistics Psychophysiology Quantitative Social Theo...

 

John Murray, 1902 John Murray (Cobourg, 3 marzo 1841 – Kirkliston, 16 marzo 1914) è stato un oceanografo, biologo marino e limnologo britannico scozzese[1]. Tomba di John Murray, cimitero di Dean Indice 1 Gioventù 2 Spedizione Challenger 3 Riconoscimenti 4 Note 5 Altri progetti 6 Collegamenti esterni Gioventù Murray nacque a Cobourg, Provincia del Canada, da genitori scozzesi (Robert Murray, ragioniere, ed Elizabeth Macfarlane), emigrati sette anni prima. Fece ritorno in Scozia d...

Final phase of the Soviet–Afghan War Soviet withdrawal from AfghanistanPart of the Afghan conflict and the Cold WarFinal column of Soviet troops, consisting of BTR-80s, entering the Uzbek SSR by way of the Hairatan Bridge (15 February 1989)Date15 May 1988 – 15 February 1989(9 months)LocationCentral Asia and South AsiaResult Afghan Mujahideen victory End of the Soviet–Afghan WarBeginning of the Afghan Civil WarBelligerents  Soviet Union Afghanistan Afghan Mujahideen Jamiat...

 

1979 American TV series or program From Here to EternityVHS box artWritten byHarold GastDon McGuireDaniel TaradashDirected byBuzz KulikStarringNatalie WoodWilliam DevaneKim BasingerSteve RailsbackJoe PantolianoMusic byWalter ScharfCountry of originUnited StatesOriginal languageEnglishProductionExecutive producersHarve BennettHarris KatlemanProducerBuzz KulikCinematographyGerald Perry FinnermanEditorsLes GreenMichael B. HogganRobert L. SwansonRunning time6 hoursProduction companyColumbia Pictu...