Tanjung Verde ialah sebuah kepulauan yang terletak berhampiran pantai barat Afrika pada 15.02 U 23.34 B. Ia terdiri daripada 10 buah pulau utama serta 8 buah pulau kecil. Pulau-pulau utamanya ialah:
Pulau-pulau yang kecil termasuk Branco, dan Razo. Antara pulau-pulau Tanjung Verde, hanya Santa Luzia dan lima buah pulau kecil tidak dihuni. Kini, pulau-pulau tersebut telah dijadikan sebuah Kawasan Simpanan Semula Jadi. Semua pulau mempunyai gunung berapi, tetapi hanya terdapat sebuah gunung berapi yang masih aktif yang terletak di pulau Fogo (sila lihat Gunung Fogo).
Tanjung Verde terletak di dalam zon tropika. Suhu puratanya antara 24 °C (75 °F) pada bulan Januari dan Februari hingga 29 °C (85 °F) pada bulan September. Hujan tahunan puratanya 68.4 mm, dengan bulan September merupakan bulan yang paling lembap dengan 33.6 milimeter. Sebaliknya, bulan-bulan antara April dan Julai ialah bulan-bulan yang paling kering, dengan hujan yang kurang daripada satu milimeter setiap bulan.
Tanjung Verde ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai banyak sumber, malah mengalami kemarau yang teruk. Pertanian disukarkan oleh kekurangan hujan, dan terhad kepada hanya empat buah pulau pada kebanyakan bulan setiap tahun. Kebanyakan daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar datangnya daripada industri perkhidmatan. Ekonomi Tanjung Verde telah bertumbuh sejak lewat dekad 1990-an, dan kini dianggap sebagai sebuah negara yang sederhana perkembangannya. Tanjung Verde banyak bekerjasama dengan Portugal pada setiap peringkat eknonominya dan oleh itu, mata wangnya dikaitkan mula-mulanya dengan escudo Portugis dan kemudiannya dengan euro pada tahun 1999.
José Manuel Durão Barroso, bekas perdana menteri Portugis dan kini presiden (penggal kedua 2004) Suruhanjaya Eropah, telah berjanji untuk membantu menggabungkan Tanjung Verde ke dalam lingkungan pengaruh Kesatuan Eropah melalui lebih banyak kerjasama dengan Portugal. Pada Mac 2005, Mário Soares, bekas presiden Portugis, memulakan petisyen untuk mendesak Kesatuan Eropah menganjurkan perbincangan tentang keahlian Tanjung Verde.
Demografi
Kebanyakan penduduk Tanjung Verde ialah mestiços yang berketurunan daripada abdi Afrika dengan peneroka orang putih Portugis. Leluhur Eropahnya juga termasuk:
orang Yahudi Portugis yang merupakan mangsa Pasitan.
Yang lain termasuk terutamanya orang kulit hitam Afrika atau orang Eropah (kebanyakan orang Portugis meninggalkan Tanjung Verde selepas kemerdekaan). Banyak orang asing dari kawasan-kawasan yang lain di dunia menetap di Tanjung Verde sebagai negara tetap mereka. Kebanyakannya merupakan peneroka Arab dan Yahudi dari Lebanon dan Maghribi, serta peneroka Belanda, Perancis, British (Inggeris), Cina (khususnya dari Macau), Amerika Syarikat, dan Brazil (termasuk keturunan Portugis dan Afrika). Kesemuanya telah diserap ke dalam masyarakat mestiço.
Kebanyakan bahan rencana ini berasal daripada Buku Fakta Dunia CIA 2000 dan laman web Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat 2003.
Dr Marcel Gomes Balla dari Universiti Boston telah menulis sebuah sejarah ringkas tentang pulau-pulau ini dalam bukunya, Antonio's Island, ISBN 1-898030-48-0.