Suruhanjaya Eropah (bahasa Inggeris: European Commission, kependekan EC) merupakan badan eksekutif pentadbiran Kesatuan Eropah. Badan ini dianggotai oleh 27 "Pesuruhjaya" yang diketuai oleh seorang Presiden, dan berfungsi seperti kabinet menteri. Suruhanjaya Eropah bertanggungjawab mencadangkan bil perundangan, melaksanakan dasar EU serta mengimplementasikan perjanjian-perjanjian yang termeterai.
Selepas seorang Presiden tamat berkhidmat, seorang Presiden baru akan dicalonkan oleh European Council (bukan Majlis Eropah). Calon itu kemudian dipilih secara rasmi oleh Parlimen Eropah. Selepas dipilih, Presiden akan melantik beberapa orang Naib Presiden dan Pesuruhjaya lain. Beliau melantik seorang Pesuruhajaya dari setiap negara ahli EU. Pelantikannya mesti mendapat persetujuan Parlimen Eropah.