Cyprus[e] atau nama rasminya Republik Cyprus (Yunani: Κυπριακή Δημοκρατία, rumi: Kypriakí Dimokratíacode: el is deprecated , Turki: Kıbrıs Cumhuriyeticode: tr is deprecated ) adalah sebuah negara pulau di timur Laut Mediterranean; ia terletak 113 kilometer selatan Semenanjung Anatolia di Turki dan jauh dari pesisiran timur Syria. Pulau ini pulau ketiga terbesar dan paling banyak penduduk di rantau laut ini.[11][12] Kota terbesar ia adalah Nicosia yang juga ibu kota negara tersebut.
Penamaan
Nama "Cyprus" diambil daripada perkataan "kuprum" atau tembaga dalam bahasa Yunani yang telah dilatinkan (sebutan bahasa Latin: [ky.prus]) memandangkan galian banyak dijumpai di Cyprus. Nama bahasa Turkinya Kıbrıs pernah dieja dalam persuratan zaman kerajaan Uthmaniyah sebagai قبرس atau قبريس; ejaan kedua ini misalnya dijadikan tajuk suatu terbitan akhbar setempat didirikan masyarakat Turki pulau tersebut dari tahun 1893 sehingga 1898.[13]
Cyprus, ketika masih merupakan jajahan United Kingdom akan diberikan kepada Yunani. Tetapi minoriti Turki menolak. Akhirnya kompromi dipersetujui dan pada tahun 1959 ditubuhkan negara Cyprus merdeka. Tetapi kedua-dua belah pihak tidak puas dan akhirnya pada tahun 1974 sebuah kumpulan yang pulau ini disatukan dengan Yunani mengadakan rampasan kuasa yang dibalas dengan pencerobohan Turki yang dilakukan atas tindak balas pembahagian pulau tersebut atau taksim. Semenjak itu Turki menduduki wilayah utara lalu mewujudkan republik yang hanya diiktirafnya sendiri iaitu Republik Cyprus Utara.
Anggota Kesatuan Eropah
Pada tarikh 1 Mei 2004, Cyprus menjadi ahli Kesatuan Eropah. Tetapi yang dibenarkan ikut hanya wilayah selatan saja, kecuali kalau kawasan utara juga ingin bersatu. Akhirnya penduduk wilayah utara menekan kerajaan mereka supaya bersatu dengan wilayah selatan. Pada 24 April 2004 wilayah utara (yang dipimpin Raouf Denktash) mengatakan "ya" kepada persatuan. Daerah selatan (yang dipimpin Tassos Papadopoulos) mengatakan "tidak" kepada persatuan. Jadi akhirnya hanya bahagian selatan saja yang menjadi ahli Kesatuan Eropah.
Ekonomi Cyprus bergantung pada hasil eksport produk pertanian (jeruk, kentang, anggur, tembakau) dan penghasilan pelancongan. Sektor perikanan hampir tiada maksudnya; perairan di sekeliling pulau kurang ikan. Selain itu sektor perlombongan masih menguntungkan (tembaga, besi, marmar, dan gipsum). Perkataan tembaga dalam banyak bahasa Eropah merupakan derivasi dari perkataan Cyprus dalam bahasa Yunani kupros, misalkan kata copper (bahasa Inggeris) atau koper (bahasa Belanda).