Croatia

Republik Croatia
ريڤوبليك كرواتيا
Republika Hrvatska (Croatia)[a]
Bendera Croatia
Jata Croatia
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"Lijepa naša domovino"
("Tanah Air Kami yang Indah")
Lokasi  Croatia  (hijau gelap)

– di Eropah  (hijau & kelabu gelap)
– di Kesatuan Eropah  (hijau)

Ibu negara
dan bandar terbesar
Zagreb[b]
45°48′N 16°0′E / 45.800°N 16.000°E / 45.800; 16.000
Bahasa rasmiBahasa Croatia[c]
Sistem tulisanRumi[d]
Kumpulan etnik
(2021)
  • 91.6% Kroat
  • 3.2% Serb
  • 5.2% Lain-lain
Agama
(2021)
  • 87.4% Kristian
  • —79.0% Katolik
  • —3.3% Ortodoks
  • —5.1% Aliran lain
  • 6.4% Tiada agama
  • 2.3% Lain-lain
  • 3.9% Tiada pengisytiharan[4]
KerajaanRepublik berparlimen unitari
• Presiden
Zoran Milanović
Andrej Plenković
Gordan Jandroković
Badan perundanganSabor
Sejarah penubuhan
• Duchy
Abada ke-9
• Kerajaan
925
• Kesatuan peribadi dengan Hungary
1102
• Menyertai Habsburg
1 Januari 1527
• Keluar
Austria-Hungary
29 Oktober 1918
4 Disember 1918
25 Jun 1991[5]
12 November 1995
• Kemasukan ke Kesatuan Eropah
1 Julai 2013
Keluasan
• Jumlah
56,594 km2 (21,851 bt2) (ke-124)
• Perairan (%)
1.09
Populasi
• Bancian Penduduk 2021
Neutral decrease 3,871,833[6] (ke-128)
68.4/km2 (177.2/sq mi) (ke-152)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$150 billion[7] (ke-83)
$37,549 [7] (ke-51)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$69.38 billion [7] (ke-83)
$17,318[7] (ke-66)
Gini (2020)positive decrease 28.3[8]
rendah
HDI (2021) 0.858[9]
sangat tinggi · ke-40
Mata wangEuro
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Format tarikhdd. mm. yyyy. (CE)
Arah memanduright
Kod panggilan+385
Kod ISO 3166HR
DPT internet
Pula Arena di Pula, Istria.

Croatia (Croatia: Hrvatska, disebut [xř̩ʋaːtskaː]), secara rasmi dipanggil Republik Croatia (Croatia: Republika Hrvatska, sebutan (bantuan·info)),[e] ialah sebuah negara Eropah yang terletak di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah, dan Balkan. Ibu negaranya Zagreb. Croatia berkongsi sempadan daratan dengan Slovenia dan Hungary di utara, Serbia di timur, Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro di selatan, serta sempadan laut dengan Itali di barat. Ia adalah calon untuk NATO.

Perjanjian Dayton atas tajaan Amerika Syarikat telah ditandatangani pada 21 Nov 1995 bagi menyelesaikan masalah negara Yugoslavia yang retak selepas regim Soviet dan Jerman Timur runtuh pada 1989. Sistem komunis / sosialis tidak lagi mendapat tempat di kalangan negara-negara Blok Komunis.

Penamaan

Nama setempat negara tersebut Hrvatska (dalam Arebica: حرواتسقا‎) serta nama Latinnya Croātia terbitan حرواتHrvat serapan akar Slav Barat Laut *Xərwate metatesis kata akar Slav Umum *Xorvat turunan Proto-Slav *Xъrvátъ mungkin ditulis dalam Batu-Batu Bersurat Tanais bertarikh abad ke-3 yang diyunanikan sebagai Χοροάθος (Khoroáthos, juga terumi sebagai Khoróatos dan Khoroúathos).[11] Asalnya tidak pasti tetapi barangkali kuatnya dari akar Proto-Osetia / Alan *xurvæt- atau *xurvāt- bererti "pelindung".[12] Suatu bentuk lain nama asal ini turut diabadikan dalam serangkap syair cinta ringkas bertajuk خيروات توركيسىChirvat Türkisi ("Lagu Rakyat Khirwat/Croat") dicatatkan seorang jurubahasa Turki bernama Mehmed di Transilvania pada sekitar 997 Hijrah atau 1588 Masihi yakni semasa zaman pemerintahan Sultan Murad III.[13]

Sejarah

Puak Croatia datang ke provinsi-provinsi empayar Rom di Dalmatia dan Pannonia pada abad ke-7 dan akhirnya diserap ke dalam kaum Illyria-Rom asli yang lebih besar serta puak Slav yang baru tiba. Diperintah oleh berbagai-bagai raja Croatia, duci-duci ini sekali-sekala dikuasai oleh Empayar Byzantium dan Empayar Frank. Akhirnya, Croatia menjadi sebuah kemaharajaan yang merdeka pada tahun 925 Masihi, apabila Raja Tomislav dimahkotai sebagai raja Croatia yang pertama melalui sebuah dekri Paus.

Croatia mengekalkan kemerdekaannya sehingga tahun 1102 apabila selepas pergelutan dalaman berdekad-dekad, negara itu menyertai penyatuan dinasti dengan Kemaharajaan Hungary di bawah nama "Tanah-tanah Kerajaan Silara St. Stephen". Kenegaraan Croatia dikekalkan melalui sebilangan institusi, khususnya Sabor yang merupakan perhimpunan golongan bangsawan Croatia, dan ban atau wazurai. Tambahan pula, orang-orang bangsawan Croatia mengekalkan tanah-tanah dan gelaran-gelaran mereka.

Menjelang pertengahan dekad 1400-an, kemaharajaan Hungary dilemahkan oleh peluasan Empayar Otoman ketika kebanyakan kawasan gunung-ganang yang kini dikenali sebagai Bosnia dan Herzegovina jatuh kepada tentera Turki. Pada waktu yang sama, hampir kesemua Dalmatia menjadi kepunyaan Venice. Dubrovnik merupakan sebuah negara kota yang pada mulanya dikuasai oleh Empayar Byzantin dan Venice tetapi kemudian, berbeza dengan negara-negara kota Dalmatia yang lain, mencapai kemerdekaan sebagai Republik Ragusa, walaupun ia sering di bawah kedaulatan kuasa-kuasa berjiran.

Perang Mohács pada tahun 1526 menyebabkan Parlimen Croatia memilih keluarga kerabat Habsburg untuk naik takhta Croatia. Pemerintahan Habsburg akhirnya menghalang peluasan Otoman dan menjelang abad ke-18, banyak wilayah Croatia yang dahulu dikuasai oleh Empayar Otoman dipindahkan ke bawah kuasa Austria. Bentuk sabit tanah-tanah Croatia dikekalkan sebagai tanda sempadan untuk kemaraan Otoman ke dalam Eropah. Di selatan, Istria, Dalmatia, dan Dubrovnik dipindahkan kepada Pemerintahan beraja Habsburg antara tahun 1797 dan tahun 1815.

Selepas Perang Dunia I, Croatia menyertai Negara Orang-orang Slovenia, Croatia dan Serbia. Tidak lama kemudian, negara bersama ini bersatu dengan Serbia untuk membentuk Kemaharajaan Serbia, Croatia, dan Slovenia, yang akhirnya menjadi Kemaharajaan Yugoslavia pada tahun 1929. Selepas Jerman dan sekutu-sekutu Paksinya menyerang Yugoslavia pada April 1941, pihak Nazi membenarkan Ustaše, pertubuhan sayap kanan terlampau yang disokong dan dianjur oleh penyokong-penyokong fasisme Itali, untuk mengasaskan "Negara Merdeka Croatia". Rejim baru ini amat bergantung kepada sokongan Jerman untuk kewujudannya. Banyak kem tumpuan telah diasaskan di Croatia antara tahun 1941 dan tahun 1945, apabila banyak orang Serbia, Yahudi, Gipsi, penyokong anti-fasisme Croatia, dan orang-orang lain dibunuh atas alasan-alasan ras, agama, atau politik. Apabila kuasa-kuasa Paksi ditewaskan di Croatia oleh para penyokong anti-fasisme, Majlis Anti-Fasisme Negara untuk Pembebasan Rakyat Croatia (ZAVNOH) mengisytiharkan Republik Rakyat Croatia yang menjadi salah satu daripada enam republik sosialis di dalam persekutuan Yugoslavia.

Bersama-sama dengan Slovenia, Croatia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia pada 25 Jun 1991 dan dengan itu, mencetuskan Perang Kemerdekaan Croatia. Penduduk-penduduk Serbia yang tinggal di Croatia memberontak dan disokong oleh angkatan-angkatan tentera Yugoslavia dan kumpulan-kumpulan pelampau separa tentera dari Serbia. Bulan-bulan yang menyusul melihat pertempuran antara Tentera Croatia yang baru ditubuhkan dengan angkatan tentera Yugoslavia/Serbia bersama. Selepas peringkat perang ini, kemerdekaan Croatia diakui secara antarabangsa. Semasa perang, penduduk-penduduk Serbia Croatia mengisytiharkan negara sendiri di kawasan-kawasan yang mereka merupakan etnik majoriti, baik secara mutlak atau relatif. Mereka menggelar negara mereka sebagai "Republik Krajina Serbia". Bagaimanapun, negara itu tidak menerima pengakuan antarabangsa dan tidak kekal lama. Perang itu akhir pada tahun 1995, selepas tentera darat Croatia berjaya melancarkan dua operasi ketenteraan yang utama untuk mengambil alih kawasan-kawasan yang diduduki. Perang itu mengakibatkan beratus-ratus ribu pelarian daripada kedua-dua pihak, dan beribu-ribu orang dibunuh, baik dalam perang mahupun oleh penghapusan bangsa.

Ketika kematian Franjo Tuđman, presiden Croatia moden yang pertama, pada Disember 1999, negara ini berada di dalam keadaan yang sangat teruk. Kesatuan Demokratik Croatia (HDZ) hilang kuasanya selepas pilihan raya presiden dan parlimen pada permulaan tahun 2000 yang membawa ahli-ahli politik era baru yang berjanji untuk membaharui politik dan ekonomi serta mengintegrasikan Croatia ke dalam aliran utama Eropah. Kerajaan campuran tengah-kiri diketuai oleh Parti Demokratik Sosial (SDP) sehingga November 2003, apabila HDZ yang dibaharui membentuk kerajaan minoriti. Presiden Stjepan Mesić yang berasal daripada Parti Rakyat Croatia-Demokrat Liberal (HNS) dua kali dipilih pada tahun 2000 dan 2005. Perlembagaan telah diubah untuk memindahkan kuasa daripada presiden kepada parlimen. Croatia menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia dan membuka ekonominya supaya dapat mengembangkannya sementara mengawal inflasi. Croatia menyertai rancangan Perkongsian untuk Keamanan di bawah NATO dan menjadi calon rasmi untuk keahlian dalam perikatan itu. Menjelang awal tahun 2003, Croatia telah mencapai kemajuan yang mencukupi untuk memohon keahlian Kesatuan Eropah dan menjadi negara calon Kesatuan Eropah yang kedua daripada bekas Yugoslavia (selepas Slovenia yang menyertai Kesatuan Eropah pada 1 Mei 2004). Perundingan-perunding penerimaan dibuka pada 3 Oktober 2005, dan negara ini dijangka akan menjadi sebuah negara ahli Kesatuan Eropah pada tahun 2009 atau 2010.

Demografi

Croatia mempunyai penduduk sebanyak 4,493,312 (anggaran Julai 2007) [14]

Kumpulan-Kumpulan Etnik di Croatia

Berikut adalah etnik-etnik di Croatia:-

Etnik Jumlah Etnik
Albania 15,000
Amerika 200
Austria 300
Bosnia 21,000
British 900
Bulgaria 300
Croat 4,026,008
Czech 11,000
Friulia 11,000
Greek 500
Hungary 17,000
Gipsi Balkan 4,600
Gipsi Sinte 8,100
Gipsi Vlach 92,000
Istro-Romania 600
Itali 8,800
Jerman 3,000
Macedonia 3,600
Montenegro 5,100
Perancis 80
Poland 600
Romania 500
Rusia 900
Ruthenia 2,400
Serb 265,105
Slovak 5,000
Slovenia 14,000
Turki 300
Ukraine 2,000
Yahudi 500

Rujukan

Bahasa-Bahasa di Croatia

Berikut adalah bahasa-bahasa yang digunakan di Croatia:-

Bahasa Jumlah Penutur
Bahasa Albania 15,000
Bahasa Croatia 4,318,073
Bahasa Inggeris 1,200
Bahasa Jerman 3,300
Bahasa Serbia 212,600

Rujukan

Agama-Agama di Croatia

Berikut adalah agama-agama utama di Croatia:-

Agama Jumlah Penganut
Gereja Roman Katolik 3,945,128 (2001) [19]
Gereja Ortodoks Serbia 197,706 (2001) [20]
Islam 58,413 (2001) [21]
Tiada Agama 233,652 (2001) [22]

Nota

  1. ^ Dalam bahasa minoriti rasmi serta bahasa sampingan utama:
    • Czech: Chorvatská republika
    • Jerman: Republik Kroatien
    • Perancis: République de Croatie
    • Hungary: Horvát Köztársaság
    • Itali: Repubblica di Croazia
    • Rusyn: Републіка Хорватія
    • Serbia: Република Хрватска
    • Slovak: Chorvátska republika
    • Slovene: Republika Hrvaška
    • Bahasa Ukraine: Респу́бліка Хорва́тія
  2. ^ /ˈzɑːɡrɛb/ ( dengar), ZAG-reb, ZAH-greb, zah-GREB; sebutan Croatia: [zǎːɡreb] ( dengar)
  3. ^ Selain bahasa Croatia, kaunti mempunyai bahasa serantau rasmi yang digunakan dalam urusan rasmi kerajaan dan komersial. Di Kaunti Istria, bahasa minoriti ialah berbahasa Itali,[1][2] sementara beberapa kaunti berjirankan Serbia bertutur bahasa Serbia.[3] Bahasa minoriti utama lain— walaupun secara kurang hadir, termasuk: Czech, Hungary dan Slovak.
  4. ^ Sistem tulisan Croatia secara sah dilindungi oleh Parlimen Croatia. Usaha untuk mengiktiraf skrip minoriti berdasarkan undang-undang antarabangsa, di peringkat tempatan, dipengaruhi penentangan nasionalis.
  5. ^ Transkripsi AFA "Republika Hrvatska": (sebutan Croatia: [ˈrepǔblika ˈxř̩ʋaːtskaː]).

Rujukan

  1. ^ "Europska povelja o regionalnim ili manjinskim jezicima" (dalam bahasa Croatia). Ministry of Justice and Public Administration (Croatia). 4 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2013. Dicapai pada 1 December 2018.
  2. ^ "Census of Population, Households and Dwellings 2011". Zagreb: Biro Statistik Croatia. Disember 2012.
  3. ^ "Is Serbo-Croatian a language?". The Economist (dalam bahasa Inggeris). 10 April 2017. Dicapai pada 1 December 2018.
  4. ^ "Share of Croats in Croatia increases as census results published". 22 September 2022.
  5. ^ "Zakon o blagdanima, spomendanima i neradnim danima u Republici Hrvatskoj" [Law of Holidays, Memorial Days and Non-Working Days in the Republic of Croatia]. Narodne Novine (dalam bahasa Croatia). 15 November 2019. Dicapai pada 31 May 2021.
  6. ^ "Census of population, households and dwellings in 2021 - Population by towns/municipalities". Croatian Bureau of Statistics. 7 October 2022. Dicapai pada 24 October 2022.
  7. ^ a b c d "Report for Selected Countries and Subjects".
  8. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income – EU-SILC survey". ec.europa.eu. Eurostat. Dicapai pada 9 August 2021.
  9. ^ Human Development Report 2021-22: Uncertain Times, Unsettled Lives: Shaping our Future in a Transforming World (PDF). hdr.undp.org. United Nations Development Programme. 8 September 2022. m/s. 272–276. ISBN 978-9-211-26451-7. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
  10. ^ "Hrvatski sabor – Povijest". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2018. Dicapai pada 10 March 2018.
  11. ^ Gluhak, Alemko (1993). Hrvatski etimološki rječnik [Croatian Etymological Dictionary] (dalam bahasa Croatia). August Cesarec. ISBN 953-162-000-8.
  12. ^ Matasović, Ranko (2019), "Ime Hrvata" [The Name of Croats], Jezik (Croatian Philological Society) (dalam bahasa Croatia), Zagreb, 66 (3): 81–97
  13. ^ von Kraelitz, Friedrich (1911). "Ein kroatisches Lied in türkischer Transkription aus dem Ende des XVI. Jahrhunderts". Archiv für slavische Philologie (dalam bahasa Jerman). 32: 613–5.
  14. ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
  15. ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
  16. ^ Joshua Project
  17. ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
  18. ^ Joshua Project
  19. ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
  20. ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
  21. ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.
  22. ^ "CIA Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2007-11-01.

Bibliografi

  • Agičić et al., Povijest i zemljopis Hrvatske, priručnik za hrvatske manjinske škole (Sejarah dan Geografi Croatia, sebuah buku panduan untuk sekolah-sekolah minoriti Croatia), Biblioteka Geographica Croatica, 292 halaman, Zagreb:2000 (ISBN 953-6235-40-4)

Pautan luar

Read other articles:

Luca ArgenteroArgentero pada 2017Lahir12 April 1978 (umur 45)Torino, ItaliaPekerjaan Pemeran model penyiar televisi Tahun aktif1985-kiniSuami/istriMyriam Catania ​ ​(m. 2009; bercerai 2016)​ Luca Argentero (lahir 12 April 1978) adalah seorang pemeran, model dan penyiar televisi asal Italia. Ia tampil dalam lebih dari 18 film sejak 2006. Pranala luar Luca Argentero di IMDb (dalam bahasa Inggris) Pengawasan otoritas Umum Integrated Auth...

 

Untuk kegunaan lain, lihat Antonov (disambiguasi). Antonov ASTCJenisPerusahaan milik negaraIndustriDirgantara dan pertahananDidirikan31 Mei 1946KantorpusatKiev, UkrainaTokohkunciOleg Antonov, pendiriProdukPesawat udara transportasiPesawat udara militerSitus webantonov.com Antonov, atau Antonov Aeronautical Scientist/Technical Complex (Antonov ASTC) (Ukrainian: Авіаційний науково-технічний комплекс імені Антонова, АНТК ім. Антоноваco...

 

Kuri-Galzu IRaja Babilonia‘Aqar Qūf, Dūr-Kurigalzu kuno(monumental sisa Ziggurat, sebelah barat Bagdad)Berkuasax – 1375 SMPendahuluKadašman-Ḫarbe IPenerusKadašman-Enlil IWangsaKass Kurigalzu I (meninggal skt. 1375 SM), biasanya bertuliskan ku-ri-gal-zu tapi terkadang dengan m atau d determinatif,[1] merupakan raja Kass ke-17 atau dinasti ketiga yang bertakhta di Babilon, ia bertanggung jawab atas satu dari program pembangunan yang paling luas dan tersebar luas dimana bukti b...

Medical conditionDiastematomyeliaDiastematomelia in MRI of lumbar spine.SpecialtyMedical genetics  Diastematomyelia (occasionally diastomyelia) is a congenital disorder in which a part of the spinal cord is split, usually at the level of the upper lumbar vertebra in the longitudinal (sagittal) direction. Females are affected much more commonly than males. This condition occurs in the presence of an osseous, cartilaginous or fibrous septum in the central portion of the spinal canal which ...

 

Escárcega (pengucapan bahasa Spanyol: [esˈkarseɣa]) adalah sebuah kota kecil di negara bagian Campeche, Meksiko, yang terletak di 18°37′N 90°44′W / 18.62°N 90.74°W / 18.62; -90.74 di bagian tengah negara bagian tersebut. Pada 2010, kota Escárcega memiliki populasi 29,477.[1] Referensi Link to tables of population data from Census of 2005 INEGI: Instituto Nacional de Estadística, Geografía e Informática Campeche Enciclopedia de los Municipios...

 

Italian opera singer (1892–1957) Ezio PinzaPinza, c. 1949BornEzio Fortunato Pinza(1892-05-18)May 18, 1892Rome, Kingdom of ItalyDiedMay 9, 1957(1957-05-09) (aged 64)Stamford, Connecticut, U.S.EducationConservatorio Giovanni Battista MartiniOccupationsOpera singer (bass)actorYears active1914–1956 Ezio Fortunato Pinza (May 18, 1892 – May 9, 1957) was an Italian opera singer. Pinza possessed a rich, smooth and sonorous voice, with a flexibility unusual for a bass. He ...

Teori medan terpadu (bahasa Inggris: unified field theory) adalah teori yang diciptakan Albert Einstein yang menggambarkan upaya untuk menyatukan kekuatan-kekuatan fundamental fisika antara partikel-partikel dasar menjadi kerangka teoritis tunggal. Einstein meyakini pasti ada cara untuk menyatukan medan elektromagnetik dan medan gravitasi. Dalam kuliah Nobel, Einstein menyampaikan kemungkinan dua medan dapat disatukan, otak berjuang mengejar penyatuan yang tak terpuaskan bahwa dua medan harus...

 

Stasiun Magelang Kota Magelang Kota Bekas gudang Stasiun Magelang di Terminal KebonpoloLokasiJalan Jenderal Oerip SoemohardjoPotrobangsan, Magelang Utara, Magelang, Jawa TengahIndonesiaKoordinat7°27′53″S 110°13′21″E / 7.46472°S 110.22250°E / -7.46472; 110.22250Koordinat: 7°27′53″S 110°13′21″E / 7.46472°S 110.22250°E / -7.46472; 110.22250Operator Kereta Api IndonesiaDaerah Operasi VI Yogyakarta Letakkm 46+855 lintas Yogyak...

 

American politician Lorenzo DanfordMember of the U.S. House of Representativesfrom Ohio's 16th districtIn officeMarch 4, 1873 – March 3, 1879Preceded byJohn BinghamSucceeded byWilliam McKinleyIn officeMarch 4, 1895 – June 19, 1899Preceded byAlbert J. PearsonSucceeded byJoseph J. Gill Personal detailsBorn(1829-10-18)October 18, 1829Belmont County, OhioDiedJune 19, 1899(1899-06-19) (aged 69)St. Clairsville, OhioResting placeMethodist Cemetery, St. Clairsvi...

Disused gravity arch dam in Erto e Casso, Italy This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Vajont Dam – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (November 2019) (Learn how and when to remove this template message) Dam in ItalyVajont DamVajont Dam in 2002Location of Vajont Dam in ItalyOfficial nameIta...

 

Type of virtuoso instrumental musical composition For other uses, see Toccata (disambiguation). This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Toccata – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (November 2012) (Learn how and when to remove this message) The first page of J.S. Bach's Toccata and Fugue in ...

 

You can help expand this article with text translated from the corresponding article in Persian. (April 2022) Click [show] for important translation instructions. Machine translation, like DeepL or Google Translate, is a useful starting point for translations, but translators must revise errors as necessary and confirm that the translation is accurate, rather than simply copy-pasting machine-translated text into the English Wikipedia. Consider adding a topic to this template: there are a...

Spanish swimmer Escarlata BernardPersonal informationFull nameVictoria Escarlata BernardNationalitySpanishBorn17 March 1989 (1989-03-17) (age 35)Las Palmas, SpainSportSportSwimming Victoria Escarlata Bernard (born 17 March 1989 in Las Palmas) is a Spanish backstroke swimmer who competed in the 2008 Summer Olympics.[1] References ^ Evans, Hilary; Gjerde, Arild; Heijmans, Jeroen; Mallon, Bill; et al. Escarlata Bernard. Olympics at Sports-Reference.com. Sports Referen...

 

Municipality in La Rioja, SpainNavarreteMunicipality SealLocation within La Rioja.NavarreteLocation in La RiojaShow map of La Rioja, SpainNavarreteLocation in SpainShow map of SpainCoordinates: 42°25′45″N 2°33′40″W / 42.42917°N 2.56111°W / 42.42917; -2.56111Country SpainAutonomouscommunity La RiojaRegionRioja MediaDistrictComarca de LogroñoGovernment • MayorMaría Luisa Corzana Calvo (PSOE)Area • Total28.49 km2 (11.00...

 

رايا وآخر تنينRaya and the Last Dragon (بالإنجليزية) الشعارمعلومات عامةالتصنيف فيلم رسوم متحركة الصنف الفني فيلم رسوم متحركة بالكمبيوتر — فيلم مغامرة — فيلم فنتازيا — فيلم كوميدي المواضيع ثقة[1] — تعاون[1] — دبلوماسية[1] — خطر كارثي عالمي[1] تاريخ الصدور 5 مارس 2021 (الو...

Former state electoral district of New South Wales, Australia This article is about the former New South Wales state electorate. For the Australian federal electorate, see Division of Paterson. For the Tasmanian state electorate, see Electoral division of Paterson. Australian electorate The PatersonNew South Wales—Legislative AssemblyStateNew South WalesDates current1859–1880NamesakeThe Paterson RiverCoordinates32°36′08.41″S 151°37′02.27″E / 32.6023361°S 151.617...

 

Cecilia Malmström (2010) BiografiKelahiran15 Mei 1968 (56 tahun)Stockholm European Commissioner for Home Affairs 10 Februari 2010 – 31 Oktober 2014 ← Jacques Barrot – Dimitris Avramopoulos → Minister for EU Affairs 6 Oktober 2006 – 22 Januari 2010 ← Bosse Ringholm – Birgitta Ohlsson → Kabinet: Reinfeldt Cabinet Anggota Parlemen Eropa Mewakili: Partai Rakyat Liberal 20 Juli 2004 – 5 Oktober 2006 Masa parlemen: Sixth European...

 

This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) This article possibly contains original research. Please improve it by verifying the claims made and adding inline citations. Statements consisting only of original research should be removed. (October 2017) (Learn how and when to remove this message) The neutrality of this article is disputed. Relevant discussion may be found on the talk pa...

Illyrian King GentiusCoin of GentiusReign181 – 168 BCPredecessorPleuratus IIISuccessorBallaios (probable)Diedafter 167 BCItalyConsortEtutaDynastyLabeatai[1]FatherPleuratus Gentius (Albanian: Genti; Ancient Greek: Γένθιος, Génthios; fl. 181 – 168 BC) was an Illyrian king who belonged to the Labeatan dynasty.[1] He ruled in 181–168 BC,[1][2] being the last attested Illyrian king.[3] He was the son of Pleuratus III, ...

 

2011 demonstration against electoral fraud and corruption in Kuala Lumpur, Malaysia Bersih 2.0 rallyBersih 2.0 logoDate9 July 2011LocationKuala Lumpur, MalaysiaGoalsTo call for free and fair elections in Malaysia.StatusConcludedParties BersihPakatan Rakyat United Malays National Organisation (UMNO) Youth Wing Lead figures Ambiga SreenevasanA. Samad Said Number 10,000 to over 20,000(50,000 claimed by Bersih,6,000 claimed by police)[1][2][3][4] 500[4][...