Qatar

Negara Qatar
نڬارا قطر
دولة قطر (Arab)
Dawlat Qaṭar
Bendera Qatar
Lambang Qatar
Bendera Lambang
Lagu kebangsaanالسلام الأميري
As Salam al Amiri  (transliterasi)
Amiri Salute

Kedudukan Qatar (hijau tua) di Semenanjung Arab.
Kedudukan Qatar (hijau tua) di Semenanjung Arab.
Ibu negara
dan bandar terbesar
Doha
25°18′N 51°31′E / 25.300°N 51.517°E / 25.300; 51.517
Bahasa rasmiArab
Bahasa-bahasa yang diakuiInggeris
Kumpulan etnik
(2019)
Agama
Islam
DemonimQatar
KerajaanMonarki Berperlembagaan Kesatuan
• Emir
Tamim bin Hamad Al Thani
• Timbalan Emir
Abdullah bin Hamad bin Khalifa Al Thani
Mohammed bin Abdulrahman Al Thani
Badan perundanganDewan Perundingan
Pendirian
18 Disember 1878
• Kemerdekaan diistiharkan

1 September 1971
• Kemerdekaan daripada United Kingdom

3 September 1971
Keluasan
• Jumlah
11,586 km2 (4,473 bt2) (ke-164)
• Perairan (%)
0.8
Penduduk
• Perkiraan 2016
2,675,522[a][1] (ke-142)
• Bancian Penduduk 2010
1,699,435[2] (ke-148)
176/km2 (455.8/sq mi) (ke-76)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$353.143 bilion[3] (ke-49)
$145,894[3] (pertama)
KDNK (nominal)2015
•  Jumlah
$185.395 bilion[3]
$68,940[4] (ke-4)
Gini (2007)41.1[5]
sederhana
HDI (2014) 0.850[6]
sangat tinggi · ke-32
Mata wangRiyal Qatar
(QAR)
Zon waktuUTC+3 (AST)
Arah memandukanan[7]
Kod panggilan+974
Kod ISO 3166QA
DPT internet

Qatar(Arab: قَطَر, rumi: Qaṭar [ˈqɑtˤɑr]; sebutan dalam lahjah tempatan: [ˈɡɪtˤɑr])[8][9] atau nama rasminya Negara Qatar (Arab: دَوْلَة قَطَر, rumi: Dawlat Qaṭar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di Asia Barat, menduduki Semenanjung Qatar kecil di timur laut Semenanjung Arab. Satu-satunya sempadan daratnya adalah dengan Arab Saudi di selatan manakala sempadan selebihnya dikelilingi oleh Teluk Parsi; yang mana memisahkan Qatar dengan negara pulau yang berjiran iaitu Bahrain.

Selepas pemerintahan Uthmaniyah, Qatar menjadi sebuah jajahan naungan Britain pada awal kurun ke-20 sehingga ia mendapat kemerdekaan pada tahun 1971. Qatar telah diperintah oleh Kerabat Thani sejak awal kurun ke-19. Sheikh Jassim bin Mohammed Al Thani merupakan pengasas Negara Qatar. Qatar adalah sebuah negara monarki warisan dan ketua negaranya adalah Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. Sama ada Qatar dianggap sebagai sebuah monarki berperlembagaan[10][11] atau monarki mutlak[12][13][14][15] hanya satu perbezaan pendapat. Pada tahun 2003, perlembagaan telah diluluskan dalam satu pungutan suara, dengan hampir 98% bersetuju.[16][17] Pada awal tahun2017, jumlah penduduk Qatar adalah 2.6 juta: 313,000 orang adalah warganegara Qatar dan 2.3 juta orang ekspatriat.[18]

Qatar adalah sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi, disokong oleh simpanan gas asli dan minyak ketiga terbesar di dunia .[19] Negara ini merupakan negara pendapatan per kapita tertinggi di dunia. Qatar dikelaskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai sebuah negara dengan pembangunan manusia tertinggi dan merupakan negara Arab paling maju dalam pembangunan manusia.[20] Qatar adalah sebuah kuasa penting di Dunia Arab, menyokong beberapa kumpula pejuang semasa Rusuhan Arab dari segi kewangan dan melalui kumpulan media yang berkembang di peringkat global, Al Jazeera Media Network.[21][22][23] Berdasarkan saiznya, Qatar membawa pengaruh besar di dunia, dan telah dikenalpasti sebagai sebuah kuasa pertengahan.[24][25] Qatar telahpun menganjurkan Piala Dunia FIFA 2022, menjadi negara Arab pertama yang melakukannya.[26]

Pada 5 Jun 2017, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar, dengan menuduhnya membiayai keganasan dan mencampuri hubungan dalaman negara-negara yang berjiran dengannya yang mana menyebabkan krisis diplomatik Qatar 2017.

Sejarah

Setelah Perang Dunia Kedua, Qatar berusaha untuk memperoleh kemerdekaan, terutama setelah India mencapai kemerdekaannya pada tahun 1950-an. Usaha Qatar semakin giat setelah pihak British memberikan kemerdekaan kepada Kuwait pada tahun 1961. Pihak British menyatakan akan menghentikan penguasaan politik tetapi tetap meneruskan penguasaan ekonomi di Qatar. Sebagai tindak balas, Qatar dengan membentuk Persekutuan Arab Teluk bersama dengan Bahrain. Setelah taklukan oleh pihak Inggeris dan Empayar Uthmaniyah di Qatar, akhirnya Qatar menjadi negara yang merdeka pada 3 September 1971.

Politik

Qatar ialah sebuah sebagai negara raja berperlembagaan separa yang dipimpin oleh keluarga Al Thani, dengan Amir sebagai ketua negara, dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.[27][28] Dinasti Al Thani telah memimpin Qatar sejak 1825. Amir terkini Qatar ialah Tamim bin Hamad Al Thani anakanda Hamad bin Khalifa Al Thani yang menyerahkan kekuasaan padanya 25 Jun 2013. Pada 2003, Qatar menerapkan perlembagaan yang membolehkan 30 dari 45 anggota Dewan Perundangan negara dipilih secara demokratik.[29][30] Perlembagaan ini disetujui secara mutlak dalam pungutan suara dengan angka 98%.[16][17]

Bahagian pentadbiran

Perbandaran di Qatar sejak tahun 2004

Sejak tahun 2004, Qatar telah dibahagikan kepada tujuh buah perbandaran (bahasa Arab: baladiyah).[31]

  1. Madinat ash Shamal
  2. Al Khor
  3. Umm Salal
  4. Al Daayen
  5. Al Rayyan
  6. Doha
  7. Al Wakrah

Untuk tujuan statistik, perbandaran ini dibahagikan lagi kepada 98 zon (setakat 2010),[32] di mana ia kemudian ditukarkan menjadi blok.[33]

Geografi

Qatar ialah sebuah negara semenanjung di timur Semenanjung Tanah Arab, bersempadan dengan Teluk Parsi dan Arab Saudi berdekatan kawasan petroleum utama. Qatar berkeluasan 11,437 km2 (4,416 bt2).[34] Dengan lebar antara 55 dan 90 km (34 dan 56 bt), tanah Qatar secara amnya rata, dengan titik tertinggi cuma 103 m (338 ka), dan berbatu.[34]

Cuaca

Data iklim untuk Qatar
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 22
(72)
23
(73)
27
(81)
33
(91)
39
(102)
42
(108)
42
(108)
42
(108)
39
(102)
35
(95)
30
(86)
25
(77)
33
(92)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 14
(57)
15
(59)
17
(63)
21
(70)
27
(81)
29
(84)
31
(88)
31
(88)
29
(84)
25
(77)
21
(70)
16
(61)
23
(74)
Purata kerpasan, mm (inci) 12.7
(0.50)
17.8
(0.70)
15.2
(0.60)
7.6
(0.30)
2.5
(0.10)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
2.5
(0.10)
12.7
(0.50)
71
(2.8)
Sumber: http://us.worldweatheronline.com/doha-weather-averages/ad-dawhah/qa.aspx

Ekonomi

Ekonomi Qatar adalah salah satu yang tertinggi di dunia berdasarkan KDNK per kapita, kedudukan secara amnya antara sepuluh negara terkaya teratas pada ranking dunia untuk data 2015 dan 2016 yang disusun oleh Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).[35][36] Ekonomi negara itu telah berkembang walaupun terdapat sekatan oleh jirannya, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Petroleum dan gas asli ialah asas ekonomi Qatar dan menyumbang lebih daripada 70% daripada jumlah hasil kerajaan, lebih daripada 60% daripada keluaran dalam negara kasar, dan kira-kira 85% daripada pendapatan eksport. Qatar mempunyai rizab gas asli terbukti ketiga terbesar di dunia dan merupakan pengeksport gas asli kedua terbesar.

Demografi

Pada tahun 2017, jumlah penduduk Qatar mencapai 2.6 juta dengan warganegara Qatar hanya 313,000 orang (12%) dan 2.3 juta yang lain ialah ekspatriat.[37] Warga asing bukan Arab menyumbang kepada majoriti populasi Qatar; orang India merupakan yang terbesar dengan 650,000 orang (2017), diikuti dengan 350,000 orang Nepal, 280,000 orang Bangladesh, 260,000 orang Filipina, 200,000 orang Mesir, 145.000 orang Sri Lanka dan 125,000 orang Pakistan. Jumlah penduduk di Qatar adalah bergantung kepada musim kerana negara ini sangat bergantung dari imigran asing.

Bahasa

Bahasa rasmi Qatar ialah bahasa Arab. Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua lazim bagi masyarakat Qatar.[38] Corak masyarakat Qatar dengan kaum yang pelbagai juga membawa kepada sejumlah bahasa asing ditutur di negara ini seperti bahasa Parsi, Tagalog dan Indonesia.[39]

Agama

Agama di Qatar (2022)[40][41]

  Islam (rasmi) (65.5%)
  Hinduisme (15.4%)
  Kristian (14%)
  Buddhisme (3%)
  Agama lain/Tidak bersekutu (2%)

Qatar ialah sebuah negara Islam dengan minoriti berbilang agama seperti kebanyakan negara Teluk Parsi dengan gelombang penghijrahan sejak 30 tahun lalu. Agama rasmi negara ialah Islam Sunni. Masyarakat ini terdiri daripada Muslim Sunni dan Syiah, Kristian, Hindu, dan kumpulan kecil penganut Buddha dan Bahá'í.[42] Umat ​​Islam membentuk 65.5% daripada penduduk Qatar, diikuti oleh Hindu sebanyak 15.4%, Kristian sebanyak 14.2%, Buddha sebanyak 3.3% dan selebihnya 1.9% penduduk menganut agama lain atau tidak bersekutu. Qatar juga merupakan rumah kepada banyak agama lain yang kebanyakannya berasal dari Timur Tengah dan Asia.[43]

Negara ini juga telah menganjurkan banyak persidangan dialog antara agama.

Kebudayaan

Kebudayaan Qatar sangat dipengaruhi oleh budaya Badwi tradisional, dengan pengaruh kurang akut yang berasal dari India, Afrika Timur dan tempat lain di Teluk Parsi. Keadaan iklim yang teruk di semenanjung memaksa penduduknya beralih ke laut untuk mencari rezeki. Oleh itu, terdapat penekanan tersendiri yang diberikan kepada laut dalam budaya tempatan.[44] Tema sastera dan cerita rakyat sering dikaitkan dengan aktiviti berasaskan laut.

Seni lisan seperti puisi dan nyanyian secara sejarahnya lebih lazim daripada seni kiasan kerana sekatan yang diletakkan oleh Islam terhadap penggambaran makhluk hidup; namun, disiplin seni visual tertentu seperti kaligrafi, seni bina dan seni tekstil telah diamalkan secara meluas. Seni figuratif secara beransur-ansur diasimilasikan ke dalam budaya negara semasa era minyak.[45]

Abdulrahman bin Hamad bin Jassim bin Hamad Al Thani ialah Menteri Kebudayaan.[46]

Peta

Lokasi Qatar, di Asia Barat

Rujukan

  1. ^ "Population structure". Ministry of Development Planning and Statistics. 31 January 2017.
  2. ^ "Populations". Qsa.gov.qa. Dicapai pada 2 October 2010.
  3. ^ a b c "Report for qatar (PPP valuation of country GDP)". IMF. October 2016.
  4. ^ "Report for Selected Countries and Subjects (PPP valuation of country GDP)". IMF. October 2016.
  5. ^ "GINI index". World Bank. Dicapai pada 22 January 2013.
  6. ^ "2015 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2015. Dicapai pada 14 December 2015.
  7. ^ "List of left- & right-driving countries - World Standards". Dicapai pada 5 June 2017.
  8. ^ Johnstone, T. M. (2008). "Encyclopaedia of Islam". Ķaṭar. Brill Online. Dicapai pada 22 January 2013. (langganan diperlukan)
  9. ^ "How do you say 'Qatar'? Senate hearing has the answer". Washington Post. 12 June 2014. Dicapai pada 12 March 2015.
  10. ^ BBC News, How democratic is the Middle East?, 9 September 2005.
  11. ^ United States Department of State Country Reports on Human Rights Practices for 2011: Qatar, 2011.
  12. ^ "US State Dept's Country Political Profile - Qatar" (PDF).
  13. ^ Gardener, David. "Qatar shows how to manage a modern monarchy". Financial Times.
  14. ^ "The World Factbook". CIA Factbook.
  15. ^ "Canada – Qatar Bilateral Relations". Government of Canada.
  16. ^ a b "IFES Election Guide - Elections: Qatar Referendum Apr 29 2003". www.electionguide.org. Dicapai pada 5 June 2017.
  17. ^ a b "Qatar 2003". www.princeton.edu. Dicapai pada 5 June 2017.
  18. ^ "Population of Qatar by nationality - 2017 report". Dicapai pada 7 February 2017.
  19. ^ "Indices & Data | Human Development Reports". United Nations Development Programme. 14 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2013. Dicapai pada 27 June 2013.
  20. ^ "Qatar human development".
  21. ^ Dagher, Sam (17 October 2011). "Tiny Kingdom's Huge Role in Libya Draws Concern". Online.wsj.com. Dicapai pada 30 December 2013.
  22. ^ "Qatar: Rise of an Underdog". Politicsandpolicy.org. Dicapai pada 30 December 2013.
  23. ^ Ian Black in Tripoli. "Qatar admits sending hundreds of troops to support Libya rebels". Theguardian.com. Dicapai pada 30 December 2013.
  24. ^ Cooper, Andrew F. "Middle Powers: Squeezed out or Adaptive?". Public Diplomacy Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 12 March 2015.
  25. ^ Kamrava, Mehran. "Mediation and Qatari Foreign Policy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-07. Dicapai pada 12 March 2015.
  26. ^ Paul Rhys in Doha. "Blatter reaches out to Arabia". Aljazeera.com. Dicapai pada 30 December 2013.
  27. ^ "BBC NEWS - Middle East - How democratic is the Middle East?". news.bbc.co.uk. Dicapai pada 5 June 2017.
  28. ^ http://www.state.gov/documents/organization/186656.pdf
  29. ^ Lambert, Jennifer (2011). "Political Reform in Qatar: Participation, Legitimacy and Security". 19 (1). Middle East Policy Council. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  30. ^ "Qatar to hold advisory council elections in 2013". Reuters (UK edition). Reuters. 1 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 4 March 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  31. ^ "Qatar Municipalities". Qatar Ministry of Municipality and Urban Planning. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2011.
  32. ^ "Administrative Division of the State" (PDF). The General Census of Population and Housing, and Establishment Apr 2010. State of Qatar Statistics Authority. m/s. 25.
  33. ^ "Population By Gender, Municipality And Zone, March 2004". General Secretariat for Development Planning. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2006.
  34. ^ a b Toth, Anthony (1994). "Qatar: Geography". Dalam Metz, Helen Chapin (penyunting). Persian Gulf states: country studies (ed. 3rd). Washington, D.C.: Federal Research Division, Library of Congress. m/s. 162–163. ISBN 0-8444-0793-3. OCLC 29548413. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.CS1 maint: postscript (link)
  35. ^ "GDP per capita (current US$) | Data". data.worldbank.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 September 2017.
  36. ^ "Report for Selected Countries and Subjects". www.imf.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 September 2017.
  37. ^ "Population of Qatar by nationality – 2017 report" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2017.
  38. ^ Baker, Colin; Jones, Sylvia Prys (1998). Encyclopedia of Bilingualism and Bilingual Education. Multilingual Matters. m/s. 429. ISBN 978-1853593628.
  39. ^ "Qatar Facts". First Qatar Orthodontic Conference. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 July 2014. Dicapai pada 23 January 2013.
  40. ^ "Population By Religion, Gender And Municipality March 2020". Qatar Statistics Authority.
  41. ^ Global Religious Landscape. Pew Forum.
  42. ^ "Qatar". rpl.hds.harvard.edu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Mei 2023.
  43. ^ "Religious Composition by Country" (PDF). Global Religious Landscape. Pew Forum. Dicapai pada 9 Julai 2013.
  44. ^ Abu Saud, Abeer (1984). Qatari Women: Past and Present. Longman Group United Kingdom. m/s. 133. ISBN 978-0582783720.
  45. ^ Abu Saud (1984), p. 134
  46. ^ "Minister of Culture opens 'Saber' exhibition at Qatar Photography Center". thepeninsulaqatar.com (dalam bahasa Inggeris). 7 Februari 2023. Dicapai pada 9 Februari 2023.

Pautan luar

  • Media berkenaan Qatar di Wikimedia Commons
  • Panduan pelancongan Qatar dari Wikivoyage

Read other articles:

Alia ShawkatShawkat pada Maret 2016LahirAlia Martine Shawkat18 April 1989 (umur 34)Riverside, California, ASPekerjaan Aktris produser Tahun aktif1999–sekarang Alia Martine Shawkat (/ˈæliə ˈʃoʊkɑːt/ AL-ee-Ə-_-SHOH-kaht;[1][2] lahir 18 April 1989)[3] adalah seorang aktris dan seniman asal Amerika Serikat. Ia dikenal karena berperan sebagai Hannah Rayburn dalam State of Grace, Maeby Fünke dalam sitkom televisi Fox/Netflix Arrested Development (2003�...

 

Cabiri beralih ke halaman ini. Untuk kegunaan lain, lihat Cabiri (disambiguasi). Agamemnon, Talthybius dan Epeius, relief dari Samotrakia, sekitar 560 SM, Louvre Dalam mitologi Yunani, Cabeiri atau Cabiri /kəbaɪraɪ/ (bahasa Yunani Kuno: Κάβειροι, Kábeiroi), juga ditransliterasikan menjadi Kabiri /kəˈbɪəriː/,[1] adalah sekelompok dewa-dewi khthonik misterius. Mereka disembah dalam kultus misteri yang sangat berkaitan dengan Hephaestus, yang terpusat di utara kepula...

 

Artikel ini sebatang kara, artinya tidak ada artikel lain yang memiliki pranala balik ke halaman ini.Bantulah menambah pranala ke artikel ini dari artikel yang berhubungan atau coba peralatan pencari pranala.Tag ini diberikan pada November 2022. Ion EchaideInformasi pribadiNama lengkap Ion Echaide SolaTanggal lahir 5 Januari 1988 (umur 36)Tempat lahir Pamplona, SpanyolTinggi 1,79 m (5 ft 10 in)Posisi bermain BekInformasi klubKlub saat ini OsasunaNomor 6Karier junior Osasun...

1969 film The ConfrontationDVD coverDirected byMiklós JancsóWritten byGyula HernádiMiklós JancsóProduced byJózsef BajuszOttó FöldStarringAndrea DrahotaCinematographyTamás SomlóEdited byZoltán FarkasMusic byPaul ArmaRelease date 6 February 1969 (1969-02-06) Running time82 minutesCountryHungaryLanguageHungarian The Confrontation (Hungarian: Fényes szelek) is a 1969 Hungarian drama film directed by Miklós Jancsó. It was listed to compete at the 1968 Cannes Film Festi...

 

العلاقات البنمية البيلاروسية بنما روسيا البيضاء   بنما   روسيا البيضاء تعديل مصدري - تعديل   العلاقات البنمية البيلاروسية هي العلاقات الثنائية التي تجمع بين بنما وروسيا البيضاء.[1][2][3][4][5] مقارنة بين البلدين هذه مقارنة عامة ومرجعية للدولتي...

 

This artcicle is about the DNA helicase proteinSee also: Samsung Galaxy S Sgs1, also known as slow growth suppressor 1,[1] is a DNA helicase protein found in Saccharomyces cerevisiae. It is a homolog of the bacterial RecQ helicase. Like the other members of the RecQ helicase family, Sgs1 is important for DNA repair. In particular, Sgs1 collaborates with other proteins to repair double-strand breaks during homologous recombination in eukaryotes.[2] Meiosis A current model of me...

Al Malaikah TempleDaftar Kawasan Bersejarah Nasional di ASLetak:665 W. Jefferson BlvdLos Angeles, CaliforniaKoordinat:34°01′23.55″N 118°16′53.55″W / 34.0232083°N 118.2815417°W / 34.0232083; -118.2815417Koordinat: 34°01′23.55″N 118°16′53.55″W / 34.0232083°N 118.2815417°W / 34.0232083; -118.2815417Dibangun:1925Arsitek:John C. AustinGaya arsitektur:Moorish RevivalPihak pengelola:Al Malaikah Auditorium CompanyNRHP R...

 

Use of skulls and skeletons in art Santa Muerte seen holding a scale and globe Skull art is found in various cultures of the world. Indigenous Mexican art celebrates the skeleton and uses it as a regular motif. The use of skulls and skeletons in art originated before the Conquest: The Aztecs excelled in stone sculptures and created striking carvings of their Gods.[1] Coatlicue, the Goddess of earth and death, was portrayed with a necklace of human hearts, hands and a skull pendant. Sh...

 

Ravenna FC 1913 SSDCalcio Giallorossi, Leoni Segni distintivi Uniformi di gara Casa Trasferta Colori sociali Giallo, rosso Simboli Leoni, pino Inno Forza grande Ravenna Dati societari Città Ravenna Nazione  Italia Confederazione UEFA Federazione FIGC Campionato Serie D Fondazione 1913 Rifondazione2001Rifondazione2012 Presidente Alessandro Brunelli Allenatore Massimo Gadda Stadio Bruno Benelli(12 020 posti) Sito web www.ravennafc.it Palmarès Titoli nazionali 1 Scudetto IV Serie St...

Włodzimierz AntoniewiczBorn(1893-07-15)July 15, 1893Sambir, Austrian Empire (now Ukraine)Died(1973-05-20)May 20, 1973Warsaw, PolandNationalityPolishHonours, , , , Scientific careerFieldsArchaeologyInstitutionsVilnius University, University of WarsawThesis (1918)Doctoral advisorJagiellonian University Włodzimierz Antoniewicz's grave at the cemetery in Milanówek Włodzimierz Antoniewicz (July 15, 1893 – May 20, 1973) was a Polish archaeologist of Armenian descent, rector of the Univer...

 

Historical Slavic title Until Boris I (852–889) the title of the Bulgarian monarchs was knyaz (Кнѣзъ). His son, Simeon I (893–927), adopted the title tsar (emperor), which became the title of the subsequent Bulgarian rulers. Template (table) of early Slavic status Early Slavic status Knyaz (sovereign) Boyar / Szlachta (noble) Druzhinnik (retainer) Smerd (free tenant) Kholop (slave) vte Knyaz, kniaz or knez (Old Church Slavonic: кънѧѕь, kŭnędzĭ) is a historical Slavic title, ...

 

1962 Canadian filmLonely BoyVHS coverDirected byWolf KoenigRoman KroitorProduced byRoman KroitorTom Daly (exec.)StarringPaul AnkaNarrated byStrowan RobertsonJacques Giraldeau (French)Edited byJohn SpottonGuy L. CotéKathleen Shannon (sound)ProductioncompanyNational Film Board of CanadaDistributed byNational Film Board of CanadaRelease dateMay 25, 1962 (Ann Arbor Film Festival)Running time27 minutesCountryCanadaLanguageEnglish Lonely Boy is a 1962 Canadian cinéma vérité documentary about th...

此條目可参照英語維基百科相應條目来扩充。 (2017年8月)若您熟悉来源语言和主题,请协助参考外语维基百科扩充条目。请勿直接提交机械翻译,也不要翻译不可靠、低品质内容。依版权协议,译文需在编辑摘要注明来源,或于讨论页顶部标记{{Translated page}}标签。 密西西比州 美國联邦州State of Mississippi 州旗州徽綽號:木蘭之州地图中高亮部分为密西西比州坐标:30°13'N�...

 

هذه المقالة عن المجموعة العرقية الأتراك وليس عن من يحملون جنسية الجمهورية التركية أتراكTürkler (بالتركية) التعداد الكليالتعداد 70~83 مليون نسمةمناطق الوجود المميزةالبلد  القائمة ... تركياألمانياسورياالعراقبلغارياالولايات المتحدةفرنساالمملكة المتحدةهولنداالنمساأسترالي�...

 

Eurovision Song Contest 2022Country AzerbaijanNational selectionSelection processInternal selectionSelection date(s)Artist: 16 February 2022Song: 21 March 2022Selected entrantNadir RustamliSelected songFade to BlackSelected songwriter(s)Andreas Stone JohanssonAnderz WrethovSebastian SchubThomas StengaardFinals performanceSemi-final resultQualified (10th, 96 points)Final result16th, 106 pointsAzerbaijan in the Eurovision Song Contest ◄2021 • 2022 �...

Style of English sword dance This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Rapper sword – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (April 2012) (Learn how and when to remove this message) Sallyport Rapper performing in Morpeth 1999. Rapper sword (also known as short sword dance) is a variation of sword ...

 

American track and field athlete Kelsey CardPersonal informationNationalityAmericanBorn (1992-08-20) August 20, 1992 (age 31)Plainview, Illinois, U.S.Home townCarlinville, Illinois, U.S.Height5 ft 10 in (1.78 m)SportSportTrack and fieldEventDiscus throwCollege teamUniversity of Wisconsin–MadisonTurned pro2016Coached byDavid AstrauskasAchievements and titlesPersonal best(s)Discus throw 63.52 m (208 ft 4+3⁄4 in) Weight throw 22.14 m (72 ...

 

American audio equipment company Skullcandy Inc.Company typeSubsidiaryIndustryAudioFounded2003FoundersRick Alden and Cris WilliamsHeadquartersPark City, Utah, U.S.Key peopleJason Hodell (CEO)ProductsHeadphonesAudio equipment, audio accessoriesRevenue$266.3 million (2015)[1]OwnerMill Road Capital[2]Websitewww.skullcandy.com Skullcandy Inc. is an American company based in Park City, Utah, that markets technology such as headphones, earphones, Bluetooth speakers and other product...

Indian theatre personality, filmmaker Gubbi VeerannaBorn24 January 1891Gubbi, Kingdom of Mysore, (present day in Tumkur District, Karnataka), IndiaDied18 October 1972Bangalore (St. Martha's Hospital)Occupation(s)Theatre director, actorSpouse(s)Sundaramma, Bhadramma, B. JayammaChildren11 Gubbi Hampanna Veeranna (1891 – 1972) was an Indian theatre director. He was one of the pioneers and most prolific contributors to Kannada theatre. He established the drama company, Gubbi Sree Channabasavesh...

 

DonauspitalLokasiDonaustadt, WinaAustriaKoordinat48°13′10″N 16°28′00″E / 48.2194°N 16.4666°E / 48.2194; 16.4666JalurSejarahDibuka2010Operasi layanan Stasiun sebelumnya   U-Bahn Wina   Stasiun berikutnya Hardeggassemenuju Karlsplatz Jalur U2Aspernstraßemenuju Seestadt Sunting kotak info • L • BBantuan penggunaan templat ini Donauspital adalah stasiun metro yang terletak di Jalur U2 di U-Bahn Wina.[1] Stasiun ini terletak di D...