Filipina [fi-li-pi-na] (Filipina: Pilipinascode: fil is deprecated atau Filipinascode: fil is deprecated , bahasa Inggeris: the Philippinescode: en is deprecated ) atau nama rasminya Republik Filipina (Filipina: Republika ng Pilipinascode: fil is deprecated ; bahasa Inggeris: Republic of the Philippinescode: en is deprecated ) merupakan sebuah negara kepulauanunitariberdaulat di Asia Tenggara.
Terletak di Lautan Pasifik barat, ia terdiri daripada kira-kira 7,641 buah pulau[1] yang terbahagi kepada tiga rantau iaitu (dari utara ke selatan) Luzon, Visayas, dan Mindanao.
Kedudukan Filipina di lingkaran api Pasifik dan hampir dengan khatulistiwa menyebabkan negara itu terdedah kepada gempa bumi dan ribu taufan, tetapi juga kaya dengan sumber alam dan antara kepelbagaian alam terbesar di dunia. Filipina mencatat keluasan tanah 343,448 kilometer persegi (132,606 bt2) dengan lebih 100 juta orang setakat tahun 2015. Setakat Januari 2018[kemas kini], Filipina merupakan negara Asia kelapan paling ramai penduduk dan negara ke-12 paling ramai penduduk di dunia. Kira-kira 10 juta lago orang Filipina tinggal di luar negara,[3] menjadikan salah sebuah masyarakat diaspora yang terbesar di dunia. Terdapat berbilang suku dan etnik di seluruh kepulauan. Kaum Negrito adalah antara penduduk terawal pulau sejak zaman prasejarah lagi, diikuti oleh kedatangan orang Austronesia secara bergilir-gilir.[4] Berlakunya pertukaran bersama bangsa-bangsa Cina, Melayu, India dan Islam. Kemudian, ditubuhkan pelbagai negeri yang bersaing sesama sendiri di bawah pemerintahan Datu, Raja, Sultan mahupun Lakan.
Sejarah Filipina dipercayai bermula dengan kedatangan manusia pertama[11][12] menggunakan rakit atau bot sekurang-kurangnya 67,000 tahun yang lalu seperti yang dicadangkan oleh penemuan Callao Man 2007.[13] Kepulauan itu mula-mula didiami oleh Negrito, disusuli oleh penghijrahan masuk orang-orang Austronesia.
Para sarjana umumnya percaya bahawa kumpulan-kumpulan sosial ini akhirnya berkembang menjadi pelbagai penempatan atau tatanegara yang pelbagai peringkat pengkhususan ekonomi, stratifikasi sosial, dan organisasi politik.[14] Sesetengah penempatan ini (kebanyakannya terletak di delta sungai utama) mencapai tahap kemajuan sosial yang dirasai cukup oleh sesetengah sarjana untuk digelar negeri. Ini termasuk pendahulu bagi pusat-pusat kependudukan moden seperti Maynila, Tondo, Pangasinan, Cebu, Panay, Bohol, Butuan, Cotabato, Lanao, dan Sulu[15] serta beberapa lagi negeri seperti Ma-i yang masih belum ditentukan kedudukannya.[16]
Setiap politi ini masing-masing memperlihatkan kesan pengaruh dari India dari segi agama, bahasa, budaya, sastera dan falsafah melalui pelbagai kempen dari India termasuk kempen Asia Tenggara Rajendra Chola I,[17] dari Arab dengan kewujudan agama Islam, ataupun dari China sebagai negeri-negeri ufti kecinaan. Negeri-negeri maritim kecil ini berkembang sejak alaf pertama.[18][19] Kerajaan-kerajaan ini banyak berdagang dengan negara-negara yang kini dikenali sebagai China, India, Jepun, Thailand, Vietnam, dan Indonesia.[20] Baki penempatan yang lain merupakan wilayah "barangay" bebas yang bersekutu dengan mana-mana negeri besar.
Kali pertama tercatatnya kunjungan orang Eropah ialah kedatangan Ferdinand Magellan. Beliau terlihat Pulau Samar pada 16 Mac 1521, dan keesokan harinya mendarat di Pulau Homonhon, kini dalam wilayah Guiuan, Samar Timur.[21]Penjajahan Sepanyol bermula dengan kedatangan ekspedisi Miguel López de Legazpi dari Mexico pada 13 Februari 1565. Beliau mendirikan penempatan tetap pertama di Cebu.[22] Sebahagian besar kepulauan itu tertakluk kepada pemerintahan Sepanyol, lalu membentuk struktur politik bersatu terawal yang dikenali sebagai Filipina. Pemerintahan penjajah Sepanyol menyaksikan kemasukan agama Kristian, kanun undang-undang serta universiti moden tertua di Asia. Filipina diperintah di bawah Kewizuraian Sepanyol Baru yang bertapak di Mexico sehingga kemerdekaan Mexico. Selepas itu, jajahan diperintah secara langsung oleh Sepanyol.
Pemerintahan Sepanyol berakhir pada tahun 1898 dengan kekalahan Sepanyol dalam perang dengan Amerika Syarikat. Kemudian Filipina dijadikan wilayah Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, sebuah Revolusi Filipina yang dilancarkan pada tahun 1896 untuk melawan Sepanyol lalu menubuhkan Republik Filipina Pertama, negara merdeka pertama yang tidak bertahan lama dan akhirnya dipatahkan oleh AS melalui Perang Filipina–Amerika.
Amerika Syarikat menubuhkan Kerajaan Kepulauan (Insular Governmentcode: en is deprecated ) untuk Filipina. Pada 1907, ditubuhkan Dewan Undangan Filipina menerusi pilihan raya. AS menjanjikan kemerdekaan bagi Filipina seperti yang termaktub dalam Akta Jones.[23]Komanwel Filipina ditubuhkan pada 1935 sebagai langkah perantaraan 10 tahun sebelum kemerdekaan penuh. Akan tetapi pada 1942 sewaktu Perang Dunia Kedua, Jepun menduduki Filipina sehingga diusir oleh AS pada 1945. Perjanjian Manila 1946 berjaya menubuhkan sebuah republik Filipina yang merdeka.
Pada 1972, Presiden Filipina Ferdinand Marcos mengenakan pemerintahan ketenteraan. Ekoran pembunuhan Ninoy Aquino, Marcos mengadakan pilihan raya mengejut pada tahun 1986 dan kemudian meninggalkan negara sewaktu Revolusi Kuasa Rakyat yang melantik Cory Aquino sebagai presiden dan memulihkan demokrasi.
Ahli-ahli Senat atau Senator dipilih oleh serata negara sementara ahli-ahli Dewan Perwakilan terpilih oleh daerah perwakilan masing-masing. Kuasa kehakiman terletak di Mahkamah Agung yang terdiri daripada Hakim Besar selaku pengerusi dan 14 orang hakim bersekutu (associate justicescode: en is deprecated ), semuanya dilantik oleh Presiden daripada pencalonan yang diserahkan oleh Majlis Peguam dan Kehakiman.
Di samping menganggotai PBB, Filipina juga merupakan negara pengasas ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara), sebuah pertubuhan yang direka bagi mengukuhkan hubungan serta memupuk pembangunan ekonomi dan kebudayaan di kalangan negara-negara Asia Tenggara.[31] Filipina telah menjadi tuan rumah bagi beberapa sidang kemuncak ASEAN serta banyak menyumbang kepada hala tuju dan dasar-dasar blok serantau.[32]
Filipina menghargai hubungan dengan Amerika Syarikat.[27] Ia menyokong AS ketika Perang Dingin dan Perang terhadap Keganasan serta merupakan sekutu utama luar NATO. Biarpun sejarah begitu muhibah, namun dari masa ke semasa timbul kontroversi berkenaan kehadiran bekas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Teluk Subic dan Clark serta Perjanjian Angkatan Melawat.[27] Jepun selaku penyumbang terbesar bantuan pembangunan rasmi kepada Filipina,[33] dianggap sebagai kawan. Biarpun masih ada ketegangan bersejarah tentang isu-isu seperti penderitaan wanita penghibur, namun kemarahan yang tercetus oleh memori Perang Dunia Kedua sudah banyak reda.[34]
Hubungan dengan negara-negara lain pada umumnya positif. Perkongsian nilai-nilai demokrasi memudahkan hubungan dengan negara-negara Barat dan Eropah sementara persamaan kepentingan ekonomi membantu hubungan dengan negara-negara membangun yang lain. Hubungan sejarah dan kebudayaan juga menjadi penjalin hubungan dengan negara Sepanyol.[35][36][37] Biarpun terjejas oleh isu-isu seperti penindasan dan kesan perang terhadap buruh Filipina,[38][39] namun hubungan dengan negara-negara Timur Tengah mesra seperti yang dicerminkan oleh dua juta orang Filipina yang masih diambil kerja di rantau tersebut.[40]
Kini ancaman komunis sudah lama reda, maka hubungan Filipina dengan China yang tegang pada 1950-an sudah banyak meningkat. Namun isu-isu berkenaan Taiwan, Kepulauan Spratly, dan kebimbangan atas meluasnya pengaruh tetap menyemai rasa berjaga-jaga.[34] Dasar luar baru-baru ini bertumpu pada hubungan ekonomi dengan negara-negara jiran Asia Tenggara dan Asia Pasifik.[27]
Di Wilayah Autonomi Islam Mindanao, kumpulan pemisah terbesar iaitu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro kini bertempur dengan kerajaan pusat. Kumpulan militan lain seperti Barisan Pembebasan Islam Moro, puak komunis New People's Army, dan Abu Sayyaf pernah menculik warga asing untuk wang tebusan, khususnya di pulau selatan Mindanao.[49][50][51][52] Kehadiran mereka susut atas berkat kawalan keselamatan dari kerajaan Pusat.[53][54] Pada 1.1 peratus daripada KDNK, Filipina kurang berbelanja untuk tentera daripada purata ASEAN.[55][56]
Filipina bersekutu dengan Amerika Syarikat sejak Perang Dunia Kedua. Sebuah perjanjian pertahanan bersama antara kedua-dua negara ditandatangani pada 1951. Filipina menyokong dasar-dasar AS sewaktu Perang Dingin serta terlibat dalam perang-perang Korea dan Vietnam. Setelah bermulanya Perang Terhadap Keganasan, Filipina menyertai angkatan tentera bergabung yang menyokong usaha AS di Iraq.[57]
Filipina terbahagi kepada tiga kelompok pulau, iaitu Luzon, Visayas, dan Mindanao, dibahagikan lagi kepada 17 bahagian (regionscode: en is deprecated ), 81 wilayah (provincescode: en is deprecated ), 145 bandar (citiescode: en is deprecated ), 1,489 perbandaran (municipalitiescode: en is deprecated ), dan 42,036 barangay.[58] Tambahan pula, Seksyen 2 Akta Republik No. 5446 menegaskan bahawa penentuan wilayah laut di sekitar kepulauan Filipina tidak menyentuh fasal tuntutan ke atas bahagian timur Sabah.[59][60]
Bahagian atau regions dalam konteks Filipina merupakan bahagian pentadbiran yang diwujudkan terutamanya untuk menyusun atur wilayah-wilayah negara untuk memudahkan pentadbiran. Filipina terbahagi kepada 17 bahagian (16 ditadbir terus dan 1 berautonomi). Kebanyakan pejabat kerajaan ditubuhkan mengikut bahagian dan bukan satu per satu wilayah, dengan ibu kota selalunya (tetapi tidak semestinya) terletak di pusat bahagian berkenaan. Setakat 2015[kemas kini], CALABARZON merupakan bahagian yang paling ramai penduduk sementara Bahagian Ibu Kota Negara (National Capital Regioncode: en is deprecated ) paling padat penduduknya.
Filipina merupakan gugusan pulau yang terdiri daripada sekitar 7,641 buah pulau[61] dengan jumlah keluasan, termasuk jasad air dalaman, sebanyak 343,448 kilometer persegi (132,606 bt2). Garis tepi laut sepanjang 36,289 kilometer (22,549 bt) menjadikan Filipina negara kelima terpanjang garis pantai di dunia.[62][63] Filipina terletak antara longitud 116° 40', dan 126° 34' T dan latitud 4° 40' dan 21° 10' U, bersempadan dengan Laut Filipina[64] di timur, Laut China Selatan[65] di barat, dan Laut Sulawesi[66] di selatan. Pulau Borneo[67] terletak beberapa ratus kilometer di barat daya sementara Taiwan terletak terus di utara. Kepulauan Maluku dan Sulawesi terletak di selatan barat daya sementara Palau terletak di timur Filipina.[62]
Kebanyakan pulau bergunung dilitupi hutan hujan tropika dan berasal dari gunung berapi. Gunung tertinggi ialah Gunung Apo. It measures up to 2,954 meter (9,692 ka) above sea level and is located on the island of Mindanao.[68][69] Kedalaman Galathea di Jurang Filipina adalah titik paling dalam di negara dan ketiga paling dalam di dunia. Jurang tersebut terletak di Laut Filipina.[70]
Terletak di pinggir barat lingkaran api Pasifik, Filipina banyak mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi. Penara Benham di timur dalam Laut Filipina merupakan kawasan dasar laut yang aktif dengan pembenaman tektonik.[73] Sekitar 20 buah gempa bumi dicatat sehari, tetapi kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai. Gempa bumi besar terakhir ialah gempa bumi Luzon 1990.[74]
Terdapat banyak gunung berapi yang aktif seperti Gunung Mayon, Gunung Pinatubo, dan Gunung Taal. Letusan Gunung Pinatubo pada Jun 1991 menyebabkan letusan tanah terbesar di dunia pada abad ke-20.[75] Bukan semua ciri-ciri geografi utama bersifat pemusnah. Antara tinggalan indah daripada gangguan geografi ialah Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, di mana tempatnya mewakili habitat untuk pemeliharaan biodiversiti, malah juga terdapat ekosistem selengkap gunung hingga laut dan antara hutan-hutan terpenting di Asia.[76]
Disebabkan banyaknya gunung berapi, banyak mendapan mineral di Filipina. Dianggarkan bahawa Filipina mempunyai mendapan emas kedua terbesar di dunia selepas Afrika Selatan, dan salah satu mendapan tembaga terbesar di dunia.[77] Ia juga kaya dengan nikel, kromit dan zink. Sungguhpun demikian, pengurusan lemah, penduduk terlalu padat serta kesedaran alam telah menyebabkan sumber mineral ini kurang dieksploitasi.[77]Tenaga geoterma merupakan hasil aktiviti gunung berapi yang berjaya dimanfaatkan oleh Filipina. Filipina ialah pengeluar geoterma kedua terbesar selepas Amerika Syarikat, dengan 18% keperluan elektrik negara dipenuhi oleh kuasa geoterma.[78]
Hutan hujan yang luas dan garis tepi laut yang panjang menjadikan Filipina tempat tinggal bagi pelbagai jenis flora dan fauna.[79] Filipina merupakan antara negara megadiversiti yang paling banyak spesies.[80][81][82] Di Filipina terdapat kira-kira 1,100 spesies vertebrata daratan termasuk lebih 100 spesies mamalia dan lebih 170 spesies unggas yang disangka tidak hidup di mana-mana tempat lain.[83] Antara mamalia tempatan termasuklah musang pulut, dugong, dan kera hantu Filipina.
Biarpun Filipina kekurangan mamalia pemangsa besar-besar, tetapi ada reptilia gergasi seperti ular sawa dan ular tedung di samping buaya katak. Buaya terbesar dalam tawanan yang dikenali dengan jolokan Lolong yang ditangkap di pulau Mindanao.[84][85] Burung kebangsaan iaitu burung helang Filipina mempunyai tubuh yang terpanjang bagi sebarang helang, dengan ukuran dalam 86 hingga 102 cm dengan berat 4.7 hingga 8.0 kg.[86][87] Helang Filipina adalah endemik di hutan hujan Luzon, Samar, Leyte dan Mindanao.
Perairan maritim Filipina luasnya sebanyak 2,200,000 kilometer persegi (849,425 bt2) dan kaya dengan kepelbagaian hidupan, sebahagian penting daripada Segitiga Terumbu Karang.[59] Dianggarkan terdapat sejumlah 500 spesies batu karang dan 2,400 spesies ikan marin.[79][83] Jumlah ini terus meningkat ekoran rekod-rekod baharu[88][89] and species discoveries[90][91][92], mencerminkan keunikan sumber laut di Filipina. Terumbu Karang Tubbataha di Laut Sulu diisytiharkan menjadi Tapak Warisan Dunia pada 1993. Perairan Filipina juga menampung pembiakan mutiara, ketam dan rumpai laut.[79][93]
Dengan kira-kira 13,500 spesies di dalam negara, 3,200 daripada unik,[83]hutan hujan Flora bermegah dengan pelbagai flora, termasuklah banyak jenis bunga anggerik dan pakma yang jarang ditemui.[94][95]Pembasmian hutan yang selalunya diakibatkan oleh pembalakan haram merupakan masalah yang meruncing di Filipina. Liputan hutan menurun dari 70% jumlah keluasan tanah Filipina pada 1900 kepada sekitar 18.3% pada 1999.[96] Banyaklah spesies yang terancam malah para saintis berkata bahawa Asia Tenggara yang dianggotai oleh Filipina itu menghadapi kadar kepupusan sedahsyat 20% menjelang akhir abad ke-21.[97] Menurut Conservation International, "negara [Filipina] merupakan antara segelintir bangsa yang menjadi negara titik panas dan megadiversiti sekali gus, oleh itu ia menjadi antara titik panas yang paling diutamakan bagi usaha pemuliharaan global."[94]
Sebagai negara industri baru, ekonomi Filipina beralih daripada asas pertanian kepada lebih penekanan terhadap perkhidmatan dan perkilangan. Daripada jumlah tenaga kerja negara seramai 40.813 juta, sektor pertanian mengambil 30% guna tenaga dan menyumbang kepada 14% KDNK, sektor perindustrian mengambil 14% guna tenaga dan menyumbang kepada 30% KDNK, sementara 47% pekerja yang terlibat dalam sektor perkhidmatan menyumbang kepada 56% KDNK.[100][101]
Selepas Perang Dunia Kedua, Fiipina pernah sekali digelar negara kedua terkaya di Asia Timur, hanya mengekori Jepun.[109][110] Pada 1960-an, prestasi ekonomi mula diatasi negara lain. Ekonomi terbantut di bawah pemerintahan diktator Presiden Ferdinand Marcos yang menyebabkan salah urus ekonomi dan ketidaktentuan politik.[110] Maka negara mengalami pertumbuhan ekonomi lembap dan berkali-kali dilanda kegawatan. Pada 1990-an dengan adanya program liberalisasi ekonomi barulah ekonomi mula pulih.[110]
Negara teruk terjejas oleh Krisis Kewangan Asia 1997 yang menyaksikan kejatuhan nilai peso dan pasaran saham, tetapi tidak seteruk mana sesetengah negara jiran Asia. Ini terutamanya disebabkan sikap konservatif fiskal yang diambil kerajaan ekoran berpuluh tahun pemantauan dan penyeliaan fiskal oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), berbanding dengan perbelanjaan boros oleh negara-negara jiran untuk mempercepat pertumbuahn ekonomi. Sejak itu adanya tanda-tanda kemajuan. Pada 2004, ekonomi mengalami pertumbuhan KDNK 6.4% dan pada 2007 pula 7.1%, antara pertumbuhan tercepat dalam tiga dekad.[111][112] Purata pertumbuhan tahunan KDNK per kapita bagi tempoh 1966–2007 masih berada pada 1.45% berbanding dengan purata 5.96% bagi keseluruhan rantau Asia Timur dan Pasifik. 45% penduduk Filipina masih meraih pendapatan harian sebanyak kurang daripada $2.[113][114][115]
Ekonomi amat bergantung pada kiriman wang dari warga Filipina yang merantau, melampaui pelaburan langsung asing sebagai punca mata wang asing. Kiriman wang memuncak pada 2010 dengan kadar 10.4% daripada KDNK negara, manakala pada 2012 adalah 8.6%. Jumlah kiriman masuk tukarang asing Filipina pada 2014 adalah US$28 bilion.[116][117] Pembangunan tidak sama rata di seluruh negara, di mana pertumbuhan ekonomi baharu amat tertumpu di Luzon, khususnya Metro Manila, jauh meninggalkan bahagian-bahagian lain,[118][119] sungguhpun kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengagihkan pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan di bahagian-bahagian lain. Biarpun adanya kekangan, sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan penyumberluaran proses niaga telah dikenal pasti sebagai antata sektor yang terbaik untuk pertumbuhan di seluruh negara.[101][120]
Prasarana pengangkutan di Filipina agak kurang terbangun. Antara puncanya ialah rupa bumi yang bergunung-ganang dan pulau-pulau yang berselerak, bahkan juga kesan daripada begitu kurangnya pelaburan bagi pembangunan prasarana oleh kerajaan berturut-turut, jauh kurang daripada kebanyakan jirannya.[121][122] Di Filipina terdapat 216,387 kilometer (134,457 bt) jalan raya, tetapi hanya 61,093 kilometer (37,961 bt) daripadanya berturap.[123]
Bas, jeepney, teksi, dan beca bermotor sering terdapat di bandar-bandar besar. Pada 2007, terdapat sekitar 5.53 juta kenderaan bermotor berdaftar dengan pendaftaran meningkat pada kadar 4.55% setahun.[124]
Pengangkutan kereta api hanya memainkan peranan dalam mengangkut penumpang di Metro Manila, wilayah Laguna, dan sesetengah Bahagian Bicol. Seolah-olah tiadanya perkhidmatan pengangkutan kargo. Setakat 2017[kemas kini], negara mempunyai jejak landasan kereta api sepanjang 77 kilometer sahaja, tetapi merancang peluasan kepada 320 kilometer menjelang 2022.[139] Metro Manila dilayan oleh tiga jaluran transit aliran deras, iaitu: LRT-1, LRT-2, MRT-3[140][141][142] dan mulai 2019, oleh MRT-7. Dahulu kala, kereta api melayan bahagian-bahagian utama Luzon, bahkan juga di pulau-pulau Cebu dan Negros. Kereta api dahulunya digunakan untuk tujuan pertanian, khususnya dalam pengeluaran tebu dan tembakau. Sedang dibangunkan beberapa sistem pengangkutan akan datang: DOST-MIRDC bersama UP sedang melaksanakan kajian pra-kebolehlaksanaan pada Automated Guideway Transit.[143][144][145]
Filipina mempunyai sebuah industri telefon bimbit yang canggih dengan tumpuan pengguna yang tinggi. SMS merupakan kaedah komunikasi yang popular di mana tinjauan 2016 mendapati kira-kira 400 juta pesanan SMS dikirim di Filipina setiap hari.[151] Lebih 5 juta pengguna telefon bimbit juga menggunakan telefon sebagai "dompet maya", menjadikan Filipina antara negara yang membangun dalam menawarkan transaksi kewangan melalui rangkaian selular.[152][153][154]Philippine Long Distance Telephone Company (PLDT) merupakan penyedia telekomunikasi terulung dan juga syarikat terbesar di negara.[152][155]
Suruhanjaya Telekomunikasi Negara (National Telecommunications Commission) ialah agensi yang bertanggungjawab menyelia, mengawal dan membuat keputusan ke atas segala perkhidmatan telekomunikasi di negara.[156] Terdapat kira-kira 383 buah stesen radio AM, 659 stesen, dan 297 stesen televisyen udara dan 873 stesen televisyen kabel.[157] Pada 29 Mac 1994, Filipina menaiki Internet melalui sambungan 64 kbit/s daripada router layanan PLDT kepada router Sprint di California.[158] Anggaran bagi penembusan Internet di Filipina berbeza-beza dari serendah 2.5 juta hingga setinggi 24 juta orang.[159][160] Rangkaian sosial dan menonton video adalah antara aktiviti Internet utama warga Filipina.[161]
Sains dan teknologi di Filipina menerangkan kemajuan saintifik dan teknologi yang dibuat oleh Filipina dan menganalisis isu-isu dasar yang berkaitan. Agensi utama yang bertanggungjawab menguruskan sains dan teknologi (S&T) ialah Jabatan Sains dan Teknologi (DOST). Terdapat juga dewan sektoral untuk Perhutanan, Pertanian dan Akuakultur, Industri Logam, Penyelidikan Nuklear, Makanan dan Pemakanan, Kesihatan, Meteorologi, Vulkanologi dan Seismologi.[162]
Antara lelaki dan wanita yang telah memberikan sumbangan dalam bidang sains ialah Fe del Mundo dalam bidang pediatrik, Eduardo Quisumbing dalam taksonomi tumbuhan, Gavino Trono dalam fikologi marin tropika dan Maria Orosa dalam bidang teknologi makanan.[163][164]
Purata kadar pertumbuhan tahunan Filipina pada 2010-2015 adalah 1.72%.[165] Menurut banci 2015, Filipina diduduki 100,981,437 orang.[166] Banci rasmi pertama dijalankan di Filipina pada 1877, mencatatkan seramai 5,567,685 orang.[167] Menurut kiraan rasmi, jumlah penduduk Filipina mencecah 100 juta pada waktu tengah malam 27 Julai 2014, menjadikan ini negara ke-12 yang mencapai bilangan ini.[168]
Dianggarkan bahawa separuh daripada penduduk tinggal di pulau Luzon. Umur median populasi ialah 22.7 tahun dengan 60.9% berumur 15 hingga 64 tahun. Jangka hayat ketika lahir ialah 69.4 tahun: 73.1 tahun bagi perempuan dan 65.9 tahun bagi lelaki.[169] Kadar kemiskinan juga susut kepada 21.6% pada 2015 daripada 25.2% pada 2012.[170]
Menurut banci 2000, 28.1% warga Filipina berketurunan Tagalog, 13.1% Cebuano, 9% Ilocano, 7.6% Visayans/Bisaya (tidak termasuk Cebuano, Hiligaynon and Waray), 7.5% Hiligaynon, 6% Bikol, 3.4% Waray, dan 25.3% "lain-lain"[171] yang terdiri daripada suku minoriti seperti Moro, Kapampangan, Pangasinan, Ibanag, dan Ivatan.[172] Juga terdapat suku-suku pribumi seperti Igorot, Lumad, Mangyan, Bajau, dan puak-puak Palawan.[173]
Warga Filipina umumnya tergolong kepada beberapa kelompok etnik Asia yang digolongkan secara linguistik sebagai Austronesia atau Melayu-Polinesia.[173] Dipercayai bahawa ribuan tahun dahulu, orang asli Taiwan yang berbahasa Austronesia berhijrah ke Filipina dari Taiwan, membawa sekali ilmu pertanian dan perlarian, akhirnya mengatasi suku Negrito yang terdahulu.[174] Kaum-kaum Negrito seperti Aeta dan Ati merupakan antara penduduk terawal.[175]
Filipina di persimpangan Timur dan Barat juga didiami kaum-kaum dari pelbagai tempat seperti China, Sepanyol, Amerika Syarikat, India, Korea dan Jepun. Kaum minoriti pendatang terpenting sekali adalah Cina dan Sepanyol.
Orang Cina Filipina rata-ratanya keturunan pendatang dari Fujian, China selepas 1898. Jumlahnya sekitar 2 juta tetapi terdapat anggaran 27 peratus Filipina yang mempunyai sekerat keturunan Cina,[176][177][178] daripada pendatang Cina sebelum dan semasa zaman penjajah.[179] Kahwin campur sesama Cina dan pribumi ternyata di kawasan bandar.[180]
Sekurang-kurangnya satu pertiga penduduk Luzon, dan juga penempatan lama di Visayas dan Bandar Zamboanga di Mindanao (sekitar 13.33% populasi Filipina), mempunyai sekerat keturunan Hispanik (dari pelbagai tempat Amerika Latin[181] mahupun negara Sepanyol).[182] Kajian genetik terkini membuktikan keturunan sekerat Eropah[183][184] dan Amerika Latin ini.[185]
Suku minoriti lain yang terpenting termasuklah India dan Jepun. Keturunan pasangan campur kaum dipanggil mestizo.[186][187]
Kebanyakan masyarakat Filipina gemar menyanyi serta menari pada setiap kali pesta keramaian. Salah satu adalah Tarian buluh yang memerlukan pergerakan kaki yang pantas untuk menari.
Bahay Kubo merupakan rumah tradisional yang terkenal di Filipina. Ia diperbuat daripada gabungan daun pokok kelapa, nipah, dan buluh. Terdapat juga tanglung yang digubah berbentuk bintang yang disebut sebagai Parol, yang secara kebiasaannya digantung di hadapan rumah-rumah terutamanya ketika meraikan perayaan Hari Krismas atau hari-hari keagamaan besar yang lain, kebanyakan penduduk gemar menjadikan Parol sebagai salah satu hiasan di hadapan rumah mereka.
Alat muzik Organ buluh, adalah antara alatan tradisional di sana diperbuat dengan menggunakan hampir 1,000 batang buluh.
Halo halo merupakan salah satu pencuci mulut yang terkenal di Filipina terutamanya pada musim panas. Halo halo mengandungi isi nangka, isi kelapa, kacang goreng, keladi, kastard, santan kelapa, dan perahan limau bercampur ais bersama aiskrim di atasnya.
Lanzones merupakan sejenis buah-buahan. Rupanya agak kecil, manis serta berwarna coklat. Keistimewaan buah ini adalah ia dapat menghalau nyamuk yang berada di sekeliling kita.
Lechón
Hidangan masyhur lechón ialah babi panggang keseluruhan. Masakan ini berasal dari zaman penjajahan sepanyol dan kini menjadi satu hidangan paling masyur di Filipina. Hidangan ini mempunyai babi seluruh panggang dimasak di atas arang. Selain itu, ia adalah satu hidangan kebangsaan di Filipina dengan Cebu yang diakui mempunyai babi yang terbaik mutunya di dunia.[perlu rujukan]
Setiap kali diadakan pesta keramaian, lelaki di sana akan memakai pakaian yang dinamakan Barong Tagalog (Baju Tagalog). Pakaian istimewa ini diperbuat daripada kain yang dihasilkan daripada pokok pisang dan pokok nenas. Manakala, kaum wanitanya pula memakai gaun yang dipanggil Maria Clara.
^Isidore Dyen (1965). "A Lexicostatistical Classification of the Austronesian Languages". Internationald Journal of American Linguistics, Memoir. 19: 38–46.
^Junker, Laura Lee (1998). "Integrating History and Archaeology in the Study of Contact Period Philippine Chiefdoms". International Journal of Historical Archaeology. 2 (4).
^"Pre-colonial Manila". Malacañang Presidential Museum and Library. Malacañang Presidential Museum and Library Araw ng Maynila Briefers. Malacañang Presidential Museum and Library, Presidential Communications Development and Strategic Planning Office. 23 June 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2016. Dicapai pada 27 April 2017.
^Bergreen, Laurence (October 14, 2003). "Over the Edge of the World: Magellan's Terrifying Circumnavigation of the Globe". William Morrow. ISBN978-0-06-621173-2. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
^"Country description". US State Department Website. US State Department Website. January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada January 3, 2012. Dicapai pada January 24, 2012. The Philippines is an emerging economy with a democratic system of government.
^Robles, Alan C. (July–August 2008). "Civil service reform: Whose service?". D+C. Internationale Weiterbildung und Entwicklung [InWEnt]. 49: 285–289. Diarkibkan daripada yang asal pada December 2, 2008. Dicapai pada November 30, 2008.
^ abcdU.S. Department of State. Bureau of East Asian and Pacific Affairs (October 2009). "Background Note: Philippines". Dicapai pada December 18, 2009.
^Permanent Mission of the Republic of the Philippines to the United Nations. [c. 2008]. About Us. Retrieved August 13, 2010.
^Bangkok Declaration. (August 8, 1967). Retrieved December 20, 2009 from Wikisource.
^"ASEAN Primer" di Wayback Machine (diarkibkan Disember 17, 2007). (1999). 3rd ASEAN Informal Summit. Archived from the original on December 17, 2007. Retrieved December 13, 2009.
^Hayden Cooper, 2012, Australian Broadcasting Corporation, Government urged to help kidnapped Australian, Retrieved September 3, 2014, "...Warren Richard Rodwell from Australia being held captive by this group since December 5, 2011...please do whatever to raise the 2 million US dollars they are asking for my release ..."[48]
^Florante S. Solmerin, December 7, 2013, Manila Standard, Abu Sayyaf keeping 17 foreigners hostageDiarkibkan Oktober 6, 2014, di Wayback Machine, Retrieved September 3, 2014, "...17 foreigners, mostly birdwatchers, were being held hostage by the Abu Sayyaf Group..."
^Roel Pareño, The Philippine Star, March 24, 2013, Sayyaf releases Aussie hostage, Retrieved September 3, 2014, "...Australian Warren Rodwell emerged early yesterday withered after being held for 15 months by Abu Sayyaf bandits in southern Mindanao..."
^Sun Star, April 25, 2014, Abducted tourist, hotel staff now in Sulu, Retrieved September 3, 2014, "...Abu Sayyaf bandits have brought a Chinese tourist and a Filipino hotel receptionist to their jungle stronghold in southern Philippines after kidnapping the women from a dive resort in eastern Malaysia ..."
^"SIPRI Military Expenditure Database". Stockholm International Peace Research Institute 2016, Signalistgatan 9, SE-16972 Solna, Sweden. Dicapai pada March 27, 2016.
^C.Michael Hogan. 2011. "Celebes Sea". Encyclopedia of Earth. Eds. P. Saundry & C. J. Cleveland. National Council for Science and the Environment. Washington, D.C.
^"An Awesome Island". Borneo: Island in the Clouds. PBS. Dicapai pada November 11, 2012.
^Republic of the Philippines. Department of Tourism. [c. 2008]. Leyte is Famous for... di Wayback Machine (diarkibkan April 27, 2012) (archived from the original on April 27, 2012). Retrieved March 21, 2010 from www.travelmart.net.
^Carpenter, Kent E.; Victor G. Springer (April 2005). "The center of the center of marine shore fish biodiversity: the Philippine Islands". Environmental Biology of Fishes. Springer Netherlands. 74 (2): 467–480. doi:10.1007/s10641-004-3154-4. Unknown parameter |lastauthoramp= ignored (bantuan)
^ abcPhilippine Statistics Authority (October 2009). "Quickstat"(PDF). Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada July 11, 2012. Dicapai pada December 11, 2009.
^United Nations Development Programme (2009). "Table G: Human development and index trends, Table I: Human and income poverty". ISBN978-0-230-23904-3. Cite journal requires |journal= (bantuan)
^Reddel, Paul (May 27, 2009). Infrastructure & Public-Private Partnerships in East Asia and the Philippines [PowerPoint slides]. Presentation in Manila to the American Foreign Chambers of Commerce of the Philippines. Retrieved February 13, 2010 from the Public-Private Infrastructure Advisory Facility (PPIAF) Website.
^The North Luzon Expressway Project (NLEX) is for the rehabilitation, expansion, operation and maintenance of the existing 83.7 km (52 bt) NLEX that connects Metro Manila to the northern provinces of Bulacan and Pampanga.
^Regidor, Anna Kristine. "UPD monorail project begins". July 27, 2011. University of the Philippines Diliman. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2014. Dicapai pada September 23, 2014.
^Reyes, Francisco (1972). "Historical Background of Science and Technology in the Philippines". Science & Technology in Philippine Society. Manila: UST Publication.
^Rodriguez, Socorro M. (1996). "The Early Years of Philippine Science and Technology". Philippine science and technology : economic, political and social events shaping their development. Quezon City: Giraffe Books. m/s. 9–10. ISBN978-9718967287.
^"Philippines". (2009). In Encyclopædia Britannica. Retrieved December 18, 2009 from Encyclopædia Britannica Online.
^ abLewis, M. Paul, Gary F. Simons, and Charles D. Fennig (eds.). (2015). [1]. Ethnologue: Languages of the World (18th ed.). Dallas, Tex.: SIL International. Retrieved April 13, 2015.
^"In 1637 the military force maintained in the islands consisted of one thousand seven hundred and two Spaniards and one hundred and forty Indians." ~Memorial de D. Juan Grau y Monfalcon, Procurador General de las Islas Filipinas, Docs. Inéditos del Archivo de Indias, vi, p. 425. "In 1787 the garrison at Manila consisted of one regiment of Mexicans comprising one thousand three hundred men, two artillery companies of eighty men each, three cavalry companies of fifty men each." La Pérouse, ii, p. 368.
Milutin UskokovićBorn4 June 1884Užice, SerbiaDied15 October 1915(1915-10-15) (aged 31)Kuršumlija, SerbiaOccupationWriterNationalitySerbianAlma materUniversity of Geneva Milutin Uskoković (Serbian Cyrillic: Милутин Ускоковић; 4 June 1884 – 15 October 1915) was a Serbian short story writer and soldier.[1] Biography Milutin Uskoković was born at Užice, Serbia, on 4 June 1884 and killed himself at Kuršumlija in southern Serbia on 15 October 1915 while w...
Television channel HDNet MoviesCountryUnited StatesBroadcast areaNationalHeadquartersDenver, ColoradoProgrammingLanguage(s)EnglishPicture format1080i (HDTV)OwnershipOwnerHDNet LLC[1](AXS TV LLC)Sister channelsAXS TVHistoryLaunchedJanuary 13, 2003 (January 13, 2003)LinksWebsitewww.hdnetmovies.com HDNet Movies is an American digital cable and satellite television network owned and operated by HDNet LLC,[1] operating as a subsidiary of AXS TV LLC. Launched by founder Mark Cu...
Monarch of the Kingdom of Buganda from 1939 to 1969 Mutesa IIMutesa II (at Budo)Kabaka of BugandaReign22 November 1939 – 21 November 1969Coronation19 November 1942 Budo, Uganda ProtectoratePredecessorDaudi Cwa II of BugandaSuccessorMuwenda Mutebi II of Buganda1st President of UgandaIn office9 October 1963 – 24 February 1966 (de jure) 9 October 1963 – 25 May 1966 (de facto)Overthrow25 May 1966PredecessorElizabeth II (as Queen of Uganda)Sir Walter Coutts(as Governor-General of Uganda)Succ...
This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: National Public Safety Commission Japan – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (April 2009) (Learn how and when to remove this message) National Public Safety Commission国家公安委員会Kokka Kōan Iinkai2nd Building of the Central Common Govern...
This article relies largely or entirely on a single source. Relevant discussion may be found on the talk page. Please help improve this article by introducing citations to additional sources.Find sources: San Francisco Police Commission – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (June 2021)The San Francisco Police Commission is the governing body of the San Francisco Police Department. 2020 meeting The Police Commission heard testimony from SFPD Chi...
Television show filmed in Vancouver Saving GraceGenreCrime dramaFantasyCreated byNancy MillerStarring Holly Hunter Leon Rippy Kenny Johnson Laura San Giacomo Bailey Chase Gregory Norman Cruz Lorraine Toussaint Dylan Minnette Bokeem Woodbine Tom Irwin Yaani King Opening themeSaving Grace by EverlastComposers Erik Schrody Keefus Ciancia Susan Marder Country of originUnited StatesOriginal languageEnglishNo. of seasons3No. of episodes46 (list of episodes)ProductionExecutive producers Holly Hunter...
Wali kota MonmouthPetahanaGerry BrightMasa jabatan1 tahunSitus webTown Council Anggota Dewan Jeanna Hall mengenakan kalung jabatan Wali kota Monmouth pada tahun 2011 Daftar wali kota Borough Monmouth di Shire Hall, Monmouth Wali Kota Monmouth adalah sebuah jabatan terpilih yang disematkan kepada seorang anggota dewan di Monmouth, Wales. Jabatan ini sudah ada sejak 750 tahun yang lalu. Sejarah Jabatan wali kota di Monmouth ditetapkan pada abad ke-13 oleh orang-orang yang mengendalikan pasar ko...
Glogova massacre GlogovaGlogova (البوسنة والهرسك) المعلومات الموقع جلوجوفا، البوسنة والهرسك التاريخ 9 مايو 1992 الهدف بوسنيون مسلمون نوع الهجوم قتل جماعي الخسائر الوفيات 64 تعديل مصدري - تعديل جزء من سلسلة عنرهاب الإسلام قضايا اضطهاد المسلمين الإسلاموفوبيا في وسائل الإعلام الطيرا�...
San Giusto Canavesecomune San Giusto Canavese – Veduta LocalizzazioneStato Italia Regione Piemonte Città metropolitana Torino AmministrazioneSindacoGiosi Boggio (lista civica San Giusto) dal 22-9-2020 TerritorioCoordinate45°19′N 7°49′E45°19′N, 7°49′E (San Giusto Canavese) Altitudine264 m s.l.m. Superficie9,61 km² Abitanti3 273[1] (30-6-2023) Densità340,58 ab./km² Comuni confinantiBosconero, Feletto, Foglizzo, San Giorgio...
Theodor HeussPresident Heuss in 1953 Presiden Jerman (Jerman Barat)Masa jabatan13 September 1949 – 12 September 1959KanselirKonrad AdenauerPendahuluTidak ada (Jabatan baru dibentuk)PenggantiHeinrich Lübke Informasi pribadiLahir(1884-01-31)31 Januari 1884Brackenheim, Kerajaan Württemberg, Kekaisaran JermanMeninggal12 Desember 1963(1963-12-12) (umur 79)Stuttgart, Republik Federal JermanKebangsaanJermanPartai politikPartai Rakyat Progresif (Jerman) (1910–1918) Partai Demokrat...
LGBT rights in ItalyItaly wrapped in the colors of the rainbow flagStatusSame-sex activity legal nationwide since 1890, with an equal age of consent;[1] legal in Tuscany since 1853 (as the Grand Duchy of Tuscany),[2][3] in Sicily since 1819 (as the Kingdom of the Two Sicilies)[4][5] and in Naples since 1810 (as the Kingdom of Naples)[4][5][6]Gender identityTransgender people allowed to change legal gender since 1982MilitaryGays,...
1977 live album by Herbie HancockV.S.O.P.Live album by Herbie HancockReleasedApril 1977RecordedJune 29, 1976GenreJazz, post-bop, jazz fusionLength86:35LabelColumbiaProducerDavid RubinsonHerbie Hancock chronology Secrets(1976) V.S.O.P.(1977) Herbie Hancock Trio(1977) Professional ratingsReview scoresSourceRatingAllmusic[1]The Rolling Stone Jazz Record Guide[2]The Penguin Guide to Jazz Recordings[3] V.S.O.P. is a 1977 double live album by keyboardist Herbie Hanco...
American politician Sherman W. Tribbitt67th Governor of DelawareIn officeJanuary 16, 1973 – January 18, 1977LieutenantEugene BookhammerPreceded byRussell W. PetersonSucceeded byPete du Pont17th Lieutenant Governor of DelawareIn officeJanuary 19, 1965 – January 21, 1969GovernorCharles L. Terry, Jr.Preceded byEugene LammotSucceeded byEugene BookhammerMember of the Delaware House of RepresentativesIn officeJanuary 8, 1957 - January 12, 1965January 12, 1971 - January 9, 1973...
Disambiguazione – Spinoza rimanda qui. Se stai cercando altri significati, vedi Spinoza (disambigua). Baruch Spinoza nel 1665 circa Baruch Spinoza, italianizzato in Benedetto Spinoza[1][2] (AFI: /spiˈnɔʣʣa/[3][4]; in ebraico ברוך שפינוזה?, Baruch, benedetto[2]; in latino Benedictus de Spinoza[2]; in portoghese Bento de Espinosa; in spagnolo Benedicto De Espinoza; Amsterdam, 24 novembre 1632 �...
Period of Austrian statehood Republic of AustriaRepublik Österreich (German)1919–1934 Flag Coat of arms Anthem: Deutschösterreich, du herrliches LandGerman-Austria, you wonderful country(1920–1929) Sei gesegnet ohne Ende(English: Be Blessed Without End)(1929–1934)The First Austrian Republic in 1930Capitaland largest cityViennaCommon languagesGerman (Austrian German)Religion Christianity (Catholic, Eastern Orthodox, Protestant), JudaismDemonym(s)AustrianGovernmentFederal...