Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China (ACFTA), juga dikenali sebagai Kawasan Perdagangan Bebas China–ASEAN (Cina Tradisional: 中國─東盟自由貿易區code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 中国―东盟自由贸易区code: zh is deprecated , pinyin: Zhōngguó Dōngméng Zìyóu Màoyì Qū), ialah sebuah kawasan perdagangan bebas antara 10 negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Republik Rakyat China. Kerangka perjanjian asal ditandatangani di Phnom Penh, Kemboja pada 4 November 2002, dengan tujuan menubuhkan kawasan perdagangan bebas antara kesemua sebelas negara tersebut pada tahun 2010.[1][2] Kawasan perdagangan bebas ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.[3][4] Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China ialah kawasan perdagangan bebas terbesar dari segi jumlah penduduk dan ketiga terbesar dari segi jumlah dagangan.[5][6]
Negara-negara anggota ASEAN diduduki lebih 580 juta orang kesemuanya serta jumlah kebesaran ekonominya melebihi India.[8] Indonesia menempatkan lebih 40% penduduk serantau, sayangnya rakyat Indonesialah yang paling lantang menentang perjanjian ini.[9][10]
China mula-mulanya mengemukakan cadangan kawasan perdagangan bebas pada November 2000.[11] Negara ini telah mengatasi Amerika Syarikat sebagai rakan dagang ASEAN yang ketiga terbesar, mengekori Jepun dan Kesatuan Eropah, setelah berkuatkuasanya kawasan perdagangan ini.[12] Dari tahun 2003 hingga 2008, jumlah nilai perdagangan China dengan ASEAN meningkat dari AS$59.6 bilion kepada AS$192.5 bilion.[6] China juga dijangka menjadi pengeksport terbesar di dunia pada tahun 2010.[9]
Kerangka perjanjian
Kerangka perjanjian ditandatangani di Phnom Penh pada 4 November 2002 oleh 11 ketua kerajaan.[1]
Perjanjian perdagangan bebas ini mengurangkan tarif yang dikenakan pada lebih 90% barangan import, atau kira-kira 7,000 kategori keluaran, kepada sifar; berkuatkuasa di China dan enam negara anggota terulung ASEAN, iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Empat negara lain akan mematuhinya pada tahun 2015.[13][14] Kadar tarfi purata yang dikenakan pada barangan buatan China yang dijual di negara-negara ASEAN turun dari 12.8% kepada 0.6% pada 1 Januari 2010 ketika menantikan pelaksanaan kawasan perdagangan bebas oleh negara-negara anggota ASEAN yang lain. Sementara itu, kadar tarif purata pada barangan ASEAN yang dijual di China pula turun dari 9.8% kepada 0.1%.[10]
Kebimbangan
Beberapa pihak mula bimbang dengan perjanjian itu kerana boleh menjejaskan pekilang-pekilang tempatan. FTA Asean-China itu merupakan perjanjian multilateral (pelbagai negara). Barangan Asean terutama Malaysia mestilah sentiasa kompetitif dan membuat penyesuaian untuk mencapai kejayaan.[15]