Nama India berasal dari perkataan Sindhu, nama tempatan sungai Indus. Kitab-kitab Weda tidak memberikan nama tertentu kepada tanah India. Pelbagai parti politik mempunyai nama tersendiri bagi India sesetengahnya adalah Hindustan, Hindu Rashtra dan Bharath. India juga dikenali sebagai Hindustan (tanah Hindu), tetapi nama ini diketepikan selepas kemerdekaan pada 1947 disebabkan India memilih untuk menjadi negara sekular.
Perteduhan batu-batu Zaman Batu yang dihiasi lukisan di Bhimbetka, Madhya Pradesh merupakan kesan kewujudan manusia yang terawal diketahui di India. Pendudukan tetap terawal yang dikenali muncul lebih 9,000 tahun dahulu dan lambat launnya berkembang menjadi Tamadun Lembah Indus,[17] sejak 3300 SM di India barat, diikuti oleh Tamadun Veda yang memberi asas kepada penubuhan agama Hindu dan aspek-aspek budaya yang lain dalam masyarakat India purba. Sejak sekitar 550 SM, banyak kerajaan dan republik berdaulat yang dikenali sebagai Mahajanapada ditubuhkan di seluruh negara.[18]
Berikutan serangan dari Asia Tengah antara abad ke-10 dan ke-12, kebanyakan India utara tertakluk di bawah pemerintahan Kesultanan Delhi, dan kemudiannya dinasti Mughal. Maharaja-maharaja Mughal beransur-ansur mengembangkan kerajaan mereka untuk meliputi bahagian besar subbenua. Bagaimanapun, beberapa negara pribumi seperti Empayar Vijayanagara berkembang maju, terutamanya di selatan. Pada abad ke-17 dan ke-18, keagungan Mughal merosot dan giliran Empayar Maratha untuk mendominasi. Sejak abad ke-16, beberapa negara Eropah, termasuk Portugal, Belanda, Perancis, dan United Kingdom, mula tiba sebagai pedagang yang kemudiannya mengambil kesempatan terhadap ketegangan hubungan antara kerajaan-kerajaan tempatan untuk menubuhkan jajahan di India. Menjelang tahun 1856, kebanyakan India tetakluk di bawah kawalan Syarikat Hindia Timur Inggeris.[23] Setahun kemudian, satu pemberontakan oleh unit-unit tentera dan kerajaan-kerajaan di seluruh negara, yang bergelar Perang Kemerdekaan India Pertama atau Pemberontakan Sipahi mencabar pemerintah British dengan serius tetapi akhirnya gagal. Akibatnya, India tertakluk di bawah kawalan langsung Mahkota British sebagai sebuah jajahan Empayar British.
Pada separuh pertama abad ke-20, satu perjuangan kemerdekaan peringkat kebangsaan dilancarkan oleh Kongres Kebangsaan India dan pertubuhan politik yang lain. Berjuta-juta penunjuk perasaan di bawah pimpinan Mahatma Gandhi dan menunjukkan komitmen kepada ahimsa atau tiada keganasan, terlibat dalam kempen keingkaran awam beramai-ramai.[24] Akhirnya, pada 15 Ogos1947, India mencapai kemerdekaan dari cengkaman British, namun kemudiannya dipecahkan untuk memenuhi hasrat Liga Muslim, sepanjang sempadan keagamaan untuk menghasilkan negara-bangsa Islam iaitu Pakistan.[25] Tiga tahun kemudian, pada 26 Januari1950, India menjadi sebuah republik, dan satu perlembagaan baru dikuatkuasakan.[7]
Sejak mencapai kemerdekaan, India telah mengalami keganasan dan pemberontakan sektarian di merata negara, namun masih mampu mengekalkan perpaduan dan demokrasinya. India masih menghadapi pertikaian wilayah yang belum diselesaikan dengan China yang mencetuskan Perang China-India yang singkat pada tahun 1962; dan juga dengan Pakistan, yang mengakibatkan peperangan pada tahun 1947, 1965, 1971 dan 1999. India ialah sebuah negara ahli pengasas Pergerakan Negara-negara Berkecuali dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (sebagai sebahagian India British). Pada tahun 1974, India menjalankan ujian nuklear bawah tanah.[26] Ini disusuli pula dengan lima lagi ujian pada tahun 1998, menjadikan India sebuah negara nuklear.[26] Mulai tahun 1991, pembaharuan ekonomi penting[27] telah mengubah wajah India sebagaisalah sebuah ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, menambahkan pengaruhnya di peringkat serantau dan antarabangsa.[28]
Perundangan India berbentuk Parlimen dwidewan yang terdiri daripada Dewan Pertuanan yang bergelar Rajya Sabha (Majlis Negeri-negeri) dan Dewan Rakyat yang bergelar Lok Sabha (Dewan Rakyat).[30] Rajya Sabha, sebuah perbadanan yang kekal, mempunyai seramai 250 ahli yang berkhidmat dalam penggal enam tahun.[34] Kebanyakan ahli-ahli ini dilantik secara tidak langsung oleh perundangan peringkat negeri dan wilayah seimbang kepada populasi negeri.[34] 545 ahli Lok Sabha dilantik secara terus oleh undian popular untuk mewakili kawasan pengundian masing-masing selama lima tahun.[34]
Cabang eksekutif terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, dan Majlis Menteri-menteri (Kabinet selaku jawatankuasa eksekutifnya) yang diketuai Perdana Menteri. Mana-mana menteri yang memegang portfolio mestilah merupakan seotang ahli mana-mana dewan atau parliment. Dalam sistem parlimen India, cabang eksekutif ialah pihak bawahan kepada perundangan, dengan Perdana Menteri dan Majlis beliau bertanggungjawab secara langsung kepada Dewan Rakyat.[35]
Kehakiman bebas India terdiri daripada Mahkamah Agung yang diketuai Ketua Hakim India. Mahkamah Agung memegang bidang kuasa asal terhadap perselisihan antara negeri-negeri dan Pusat, bidang kuasa pendengaran rayuan terhadap 21 Mahkamah Tinggi India, dan kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana undang-undang kesatuan dan negeri sebagai batal dan tidak sah jika didapati bertentangan dengan struktur asas Perlembagaan India.[35]
India ialah sebuah kesatuan yang terdiri daripada 28 negeri dan tujuh wilayah kesatuan yang ditadbir kerajaan persekutuan. Warga dalam kesemua negeri, wilayah kesatuan Puducherry, dan Wilayah Ibu Negara Delhi boleh mengundi kerajaan masing-masing. Lima wilayah kesatuan yang lain pula mempunyai pentadbir yang dilantik oleh kerajaan pusat.
Kesemua negeri dan wilayah kesatuan dibahagikan lagi kepada daerah. Dalam negeri-negeri yang lebih besar, daerah-daerah boleh diguguskan untuk membentuk bahagian.
India yang merangkumi sebahagian terbesar benua kecil India, terletak di atas plat tektonik India, iaitu di bahagian barat laut Plat Indo-Australia.[36]
Proses pembentukan geologinya bermula 75 juta tahun dahulu, apabila benua kecil India yang ketika itu merupakan sebahagian benua besar selatan Gondwana, mula beralir ke arah timur laut selama 50 juta tahun, merentasi Lautan Hindi yang ketika itu belum terbentuk lagi.[37] Ini disusuli pertembungan benua kecil ini denghan Plat Eurasia dan subdukt di bawahnya yang melahirkan banjaran Himalaya, pergunungan tertinggi di dunia yang kini bercamtum dengan India di utara dan timur laut.[37] Pergerakan plat ini juga melahirkan sebuah palung yang luas di bekas dasar laut yang teletak berhampiran selatan Himalaya dan seterusnya diisi endapan sungai,[38] lalu membentuk Dataran Indo-Ganges.[39] Pada barat dataran ini, dan terpisah darinya oleh Bukit-bukit Aravalli, terletaknya Gurun Thar.[40] Plat India yang asal kini tinggal Semenanjung India, aitu bahagian yang tertua dan paling stabil dari segi geologi di India, mencapai sejauh banjaran Satpura dan banjaran Vindhya di India tengah; banjaran-banjaran selari ini terbentang dari pantai Laut Arab di Gujarat ke Penara Chota Nagpur yang kaya dengan arang di Jharkhand.[41] Di selatannya, daratan semenanjung yang selebihnya, iaitu penara Deccan, diapit pada kiri dan kanannya oleh banjaran pesisiran, iaitu masing-masing Ghat Barat dan Ghat Timur,[42] mengandungi pembentukan batu tertua di India pada usia kira-kira sebilion tahun. India terletak pada utara khatulistiwa antara 6°44' dan 35°30' latitud utara[43] dan 68°7' dan 97°25' longitud timur.[44]
Pesisiran India berukuran 7,517 kilometer (4,671 batu) panjangnya; 5,423 kilometer (3,370 batu) darinya terletak di semenanjung India, dan 2,094 kilometer (1,301 batu) di pulau-pulau Andaman, Nicobar, dan Lakshadweep. Menurut carta-carta hidrografi tentera laut Indian, pesisiran tanah besar terdiri daripada: 43% pantai pasir, 11% pesisiran batu termasuk tebing, dan 46% tanah lumpur atau pantai becak.
Sungai-sungai utama yang mengalir dari pergunungan Himalaya lalu merentasi India termasuklah Sungai Ganges dan Brahmaputra, kedua-duanya mengalir hingga Teluk Benggala.[45] Cawang-cawang sungai Ganges yang utama termasuklah Yamuna dan Kosi yang bergelar "Nestapa Bihar" kerana cerunnya yang amat rendah mengakibatkan banjir yang dahsyat setiap tahun. Sungai-sungai semenanjung utama–di mana cerun yang lebih curam menghalang perairannya daripada melimpah–termasuklah Sungai Godavari, Sungai Mahanadi, Sungai Kaveri, dan Sungai Krishna, yang juga mengalir hingga Teluk Benggala,[46] serta Sungai Narmada dan Sungai Tapti yang mengalir hingga Laut Arab.[47] Antara ciri-ciri pesisiran India yang penting termasuk Rann Kutch yang berawang di India barat, dan di bahagian barat daya delta Sundarban lanar yang dikongsi India dan Bangladesh.[48] India mempunyai dua gugusan pulau-pulau, iaitu: Lakshadweep, atol-atol perkarangan di luar pesisiran barat daya India, dan Kepulauan Andaman dan Nicobar, selingkaran gunung berapi di Laut Andaman.[49]
Iklim India kuat dipengaruhi banjaran Himalaya dan Gurun Thar, kedua-duanya memacu dinamik monsun.[50] Banjaran Himalaya menghalang angin katabatik Asia Tengah yang dingin daripada meniup masuk, maka memastikan kebanyakan kawasna benua kecil India lebih panas berbanding tempat-tempat yang berkongsi latitudnya.[51] Serentak dengan itu, Gurun Thar memainkan peranan dalam menarik angin monsun musim panas barat daya yang sarat dengan kelembapan, antara bulan Jun dan Oktober, maka membawa kebanyakan curahan hujan di India.[50] Terdapat empat kelompok iklim utama utama di India: lembap tropika, kering tropika, lembap subtropika, dan pergunungan.[52]
Sepanjang kebanyakan sejarah selepas merdeka, India berpegang teguh pada pendekatan sosialisme separa dengan kawalan ketat terhadap penyertaan sektor swasta, perdagangan asing, dan pelaburan langsung asing. Namun, sejak tahun 1991, India membuka pasarannya secara beransur-ansur melalui pembaharuan ekonomi dan mengurangan kawalan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan asing. Rizab pertukaran asing telah naik dari AS$5.8 bilion pada Mac 1991 kepada AS$247 bilion pada September 2007,[53] while federal and state budget deficits have decreased.[54]Penswastaan syarikat-syarikat milikan awam serta pembukaan sektor-sektor tertentu kepada penyertaan swasta dan asing masih berterusan meskipun menghadapi perdebatan politik.[55]
Dengan kadar peningkatan KDNK sebanyak 9.4% sepanjang tahun 2006-07, ekonomi India menjadi antara yang paling berkembang pesat di dunia.[56] KDNK India dari segi kadar pertukarandolar AS ialah AS$1.103 trilion, menjadikannya ekonomi ke-12 terbesar di dunia.[57] Jika diukur dari segi pariti kuasa beli (PPP), India mempunyai KDNK keempat terbesar di dunia pada AS$4.156 trilion.[7]Pendapatan per kapita (nominal) India adalah pada $820, iaitu di tangga ke-128 di dunia, manakala pendapatan per kapita (PPP) pada US$3,700 pula adalah di tangga ke-118.
Ekonomi India telah berkembang secara berterusan selama dua dekad yang lalu; namun, pertumbuhan itu nyata tidak sekata apabila kita membandingkan kelompok-kelompok sosial, ekonomi dan rantau geografi yang berbeza, serta kawasan bandar dan luar bandar.[58] Meskipun ketidaksamaan pendapatan di India tidaklah besar sangat (Pekali Gini: 32.5 pada tahun 1999-2000)[59] namun dewasa ini jurangnya makin luas. Sungguhpun ekonomi banyak berkembang maju, namun sesuku penduduk negara memperoleh pendapatan yang kurang daripada ambang kemiskinan yang ditetapkan kerajaan pada $0.40 sehari. Tambahan pula, India mengalami kadar malpemakanan yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah umur tiga tahun (46% pada tahun 2007) di dunia.[58][60]
India dilengkapi tenaga kerja sebanyak 509.3 juta, 60% daripadanya bekerja dalam bidang pertanian dan industri-industri berkaitan; 28% dalam bidang perkhidmatan dan industri-industri berkaitan; dan 12% dalam perindustrian.[7] Tanaman-tanaman pertanian utama termasuklah beras, gandum, biji minyak, kapas, rami, tah, tebu, dan ubi kentang. Sektor pertanian membentuk 28% KDNK; sektor perkhidmatan dan perindustrian pula masing-masing membentuk 54% dan 18% KDNK. Perindustrian utama termasuk pembuatan kereta, simen, kimia, perkakas elektronik pengguna, pemprosesan makanan, jentera, perlombongan, petroleum, farmaseutikal, keluli, kelengkapan pengangkutan, dan tekstil.[7]
Pada tahun 2006, nilai eksport dianggarkan pada AS$112 bilion dan import pula sekitar AS$187.9 bilion. Tekstil, barang kemas, hasil kejuruteraan dan perisian merupakan komoditi-komoditi eksport yang utama. Minyak mentah, jentera, baja, dan kimia pula merupakan import utama. Rakan dagang India yang paling tuama ialah Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China, dan Emiriah Arab Bersatu.[7]Kebelakangan ini, India telah mengambil kesempatan terhadap sekumpulan besar orang-orang berpendidikan tinggi dan fasih berbahasa Inggeris, serta pakar-pakar terlatih untuk dijadikan destinasi penyumberan penting untuk korporasi multinasional dan juga destinasi popular untuk pelancongan perubatan.[61] India juga telah menjadi pengeksport utama perisian dan juga perkhidmatan kewangan, penyelidikan, dan teknologi. Sumber alam semulajadinya termasuk tanah tanaman, bauksit, kromit, arang, intan, bijih besi, batu kapur, mangan, mika, gas asli, petroleum, dan bijih titanium.
Budaya India dicirikan dengan sinkretisme yang tinggi[66] dan kemajmukan budaya.[67] Budaya India mampu memantapkan tradisi lama sambil menyerap adat resam, tradisi dan idea baru dari para penjajah dan pendatang. Kepentingan kepelbagaian budaya telah lama menyatakan sejarah dan tradisi, perlembagaan dan penyusunan politik India.[68]
Monumen-monumen yang penting seperti Taj Mahal dan contoh seni bina Mughal yang lain serta seni bina India Selatan merupakan kesan tradisi-tradisi yang menggabungkan unsur-unsur dari merata tempat di dalam dan luar negara. Seni bina vernakular India pula menunjukkan perbezaan ketara antara rantau.
Muzik India meliputi beraneka tradisi dan gaya rantauan. Muzik klasiknya terbahagi kepada muzik klasik Hindustan India Utara dan sanggita Karnataka dari India Selatan. Bentuk-bentuk muzik popular yang banyak disetempatkan termasuklah muzik filem dan muzik rakyat seperti bhangra. Wujudnya banyak jenis tarian klasik, termasuk bharatanatyam, kathakali, kathak, kuchipudi, manipuri, odissi dan yakshagana; yang sering disertakan bentuk naratif dan disemai dengan unsur-unsur kesalihan dan mitos.
Karya-karya kesusasteraan India terawal disebarkan secara lisan dan hanya lama kemudian didapati dalam bentuk bertulis.[69] Ini termasuklah karya-karya kesusasteraan Sanskrit, seperti epik Mahabharata dan Ramayana, dan drama Pengiktirafan Śakuntalā,[69] serta juga karya-karya kesusasteraan Sangam dalam bahasa Tamil.[70] Antara pengarang India zaman moden yang giat mengarang dalam bahasa-bahasa India atau Inggeris, Rabindranath Tagorelah yang paling terkenal. Antologi lagu kesalihan beliau, Gitanjali, membantu Tagore meraih Hadiah Nobel pada tahun 1913.
industri perfileman India, yang lahir pada tahun 1913 melalui Raja Harishchandra oleh Dadasaheb Phalke, kini merupakan industri perfileman terbesar di dunia, dengan perfileman bahasa Hindi komersial Bollywood yang bertapak di Mumbai sebagai wajahnya yang paling dikenali.[71] juga wujudnya tradisi-tradisi mantap dalam perfileman bahasa serantau, termasuk Bangla, Kannada, Malayalam, Marathi, Tamil, dan Telugu. Pather Panchali (1955), filem pertama auteurSatyajit Ray mengenai zaman kanak-kanak dan kematian di kawasan perkampungan Bengal, merupakan satu mercu tanda perfileman sedunia.[72][73]
Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba dan rempah yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di selatan dan timur) dan gandum (terutamanya di utara).[74]Namun cara penyediaan makanan jalanan India yang kotor dan mengabaikan aspek kebersihan menyebabkan ramai orang maut.(SIAPA EDIT DIA SUKA PANIPURI CELOP KAKI)
Pakaian India tradisional menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi warna dan gaya dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gaya-gaya pakaian yang popular termasuklah sari untuk wanita dan lungi atau dhoti untuk lelaki.
Sungguhpun sukan kebangsaan India ialah hoki, namun kriket ialah sukan paling popular. Di beberapa negeri, terutamanya yang di timur laut dan negeri-negeri Bengal Barat, Goa, dan Kerala, bola sepak juga popular.[75] Dewasa ini, tenis juga kian laris. Catur yang disangka ramai berasal dari India, juga melihat peningkatan popularitinya serentak dengan peningkatan bilangan grandmaster dari India. Sukan tradisi termasuklah kabaddi, kho-kho, dan gilli-danda, yang dimain di seluruh India. India merupakan tampat lahir seni yoga dan seni mempertahankan diri, iaitu Kalarippayattu dan Varma Kalai.
Kebanyakan perayaan India berbentuk keagamaan, namun ada yang disambut oleh rakyat tanpa mengira kasta atau kepercayaan. Perayaan yang paling banyak disambut termasuk Diwali, Holi, Onam, Dussehra, Bihu, Durga puja, kedua-dua hari Eid, Krismas, Ugadi, dan Vaisakhi. India mempunyai tiga cuti kebangsaan. Setiap negeri juga mempunyai set sembilan hingga dua belas hari cuti yang tersendiri. Amalan keagamaan adalah sebahagian penting dalam kehidupan seharian dan dijadikan perkara awam. Nilai kekeluargaan tradisi Indian masih disanjung tinggi, meskipun keluarga-keluarga di bandar kini lebih menggemari keluarga asas atas sebab kekangan-kekangan sosioekonomi yang dikenakan sistem keluarga bergabung.
Nota
^tidak semua yang negeri rasmi terjadual dan begitulah sebaliknya.
^Bahasa Kashmir dan Dogri ialah bahasa rasmi Wilayah Kesatuan Jammu dan Kashmir yang kini bukan lagi negeri Jammu dan Kashmir.
^Sumber yang berbeza memberikan angka yang berbeza secara meluas, terutamanya berdasarkan cara istilah "bahasa" dan "dialek" ditakrifkan dan dikumpulkan. Etnolog menyenaraikan 461 bahasa untuk India (daripada 6,912 di seluruh dunia), 447 daripadanya masih hidup, manakala 14 telah pupus.[5][6]
^"Saiz sebenar negara ini tertakluk kepada perdebatan kerana beberapa sempadan dipertikaikan. Kerajaan India menyenaraikan jumlah kawasan sebagai3,287,260 km2 (1,269,220 bt2) dan jumlah keluasan tanah sebagai3,060,500 km2 (1,181,700 bt2); PBB menyenaraikan jumlah kawasan sebagai3,287,263 km2 (1,269,219 bt2) dan jumlah keluasan tanah sebagai2,973,190 km2 (1,147,960 bt2)."[9]
^"CONSTITUENT ASSEMBLY OF INDIA - VOLUME XII". Constituent Assembly of India: Debates. parliamentofindia.nic.in, National Informatics Centre. 24 January1950. Dicapai pada 2007-06-29. Gubahan yang terdiri daripada perkataan dan muzik yang dikenali sebagai Jana Gana Mana ialah Lagu Kebangsaan India, tertakluk kepada perubahan dalam perkataan yang dibenarkan oleh Kerajaan apabila timbul; dan lagu Vande Mataram, yang telah memainkan peranan bersejarah dalam perjuangan untuk kebebasan India, akan dihormati sama rata dengan Jana Gana Mana dan akan mempunyai status yang sama dengannya.Check date values in: |date= (bantuan)
^"Election of President". The Constitution Of India. Constitution Society. Dicapai pada 2007-09-02. The President shall be elected by the members of an electoral college
^"Tenure of President's office". The Constitution Of India. Constitution Society. Dicapai pada 2007-09-02. The President shall hold office for a term of five years from the date on which he enters upon his office
^"Appointment of Prime Minister and Council of Ministers". The Constitution Of India. Constitution Society. Dicapai pada 2007-09-02. The Prime Minister shall be appointed by the President and the other Ministers shall be appointed by the President on the advice of the Prime Minister.
^Titik paling utara India ialah kawasan Glasier Siachen iaitu kawasan yang dipertikai di Jammu dan Kashmir; bagaimanapun, Kerajaan India mengaku seluruh kawasan Jammu dan Kashmir (termasuk Kawasan-kawasan Utara yang kini ditadbir oleh Pakistan) sebagai wilayahnya, dan maka itu menentukan longitud 37° 6' pada titik paling utaranya.
^Das, N.K. (2006). "Cultural Diversity, Religious Syncretism and People of India: An Anthropological Interpretation". Bangladesh e-Journal of Sociology. 3 (2nd). ISSN 1819-8465. Dicapai pada 2007-09-27. Dimensi ketamadunan pan-India bagi pluralisme dan sinkretisme budaya merangkumi kepelbagaian dan percampuran etnik, kepelbagaian linguistik serta gabungan, dan variasi serta sintesis dalam adat, corak tingkah laku, kepercayaan dan ritual.
Натура́льное хозя́йство — хозяйство, в котором люди производят продукты лишь для удовлетворения своих собственных потребностей, не прибегая к обмену, к рынку. Всё необходимое производится внутри хозяйственной единицы. Натуральное хозяйство противоположно товарному п...
Putri Alice dari BattenbergPutri Andrew dari Yunani dan DenmarkKelahiran(1885-02-25)25 Februari 1885Kastel Windsor, Berkshire, InggrisKematian5 Desember 1969(1969-12-05) (umur 84)Istana Buckingham, London, InggrisPemakamanKapel St. George, Kastil Windsor (1969-1988);Gereja Maria Magdalena, Getsemani, Yerusalem (sejak 1988)WangsaBattenbergNama lengkapVictoria Alice Elizabeth Julia MarieAyahPangeran Louis dari BattenbergIbuPutri Victoria dari Hesse dan oleh RhinePasanganPangeran Andrew dar...
Gonzalo Bergessio Informasi pribadiNama lengkap Gonzalo Rubén BergessioTanggal lahir 20 Juli 1984 (umur 39)Tempat lahir Córdoba, ArgentinaTinggi 1,78 m (5 ft 10 in)Posisi bermain PenyerangInformasi klubKlub saat ini SampdoriaNomor 18Karier senior*Tahun Tim Tampil (Gol)2000–2003 Platense 90 (28)2003–2005 Instituto 37 (6)2005–2007 Racing Club 35 (12)2007–2008 Benfica 3 (0)2008–2009 San Lorenzo 48 (29)2009–2011 Saint-Étienne 49 (5)2011 → Catania (pinjaman) 1...
Евреи нюхают табак, картина чешского художника Эмануэля Саломона фон Фридберга-Мирохорского Евреи в Чехии — национальное меньшинство в Чехии, составляющее около 10-11 тыс. человек[1] и существующее там с X века. Содержание 1 История 2 Современное положение 3 Прим...
List of events ← 1907 1906 1905 1908 in the United States → 1909 1910 1911 Decades: 1880s 1890s 1900s 1910s 1920s See also: History of the United States (1865–1918) Timeline of United States history (1900–1929) List of years in the United States 1908 in the United States1908 in U.S. states and territories States Alabama Arkansas California Colorado Connecticut Delaware Florida Georgia Idaho Illinois Indiana Iowa Kansas Kentucky Louisiana Maine Maryland Massachusetts Michigan M...
Baron Pierre de Coubertin Presiden Komite Olimpiade Internasional ke-2Masa jabatan1896–1925PendahuluDemetrius VikelasPenggantiHenri de Baillet-LatourGodefroy de Blonay (Acting) Informasi pribadiLahir(1863-01-01)1 Januari 1863Paris, PrancisMeninggal2 September 1937(1937-09-02) (umur 74)Jenewa, SwissKebangsaanPrancisSunting kotak info • L • B Pierre de Frédy, baron de Coubertin (1 Januari 1863 – 2 September 1937) adalah seorang guru dan sejarawan Prancis, t...
French politician Pierre MauroyPrime Minister of FranceIn office21 May 1981 – 17 July 1984PresidentFrançois MitterrandPreceded byRaymond BarreSucceeded byLaurent FabiusPresident of the Socialist InternationalIn office17 September 1992 – 10 November 1999Preceded byWilly BrandtSucceeded byAntónio GuterresFirst Secretary of the Socialist PartyIn office14 May 1988 – 9 January 1992Preceded byLionel JospinSucceeded byLaurent FabiusMayor of LilleIn office8 January ...
Indian music director and composer (1927–2019) Mohammed Zahur KhayyamKhayyam at his 85th birthday bash in 2012Born(1927-02-18)18 February 1927Rahon, Punjab, British IndiaDied19 August 2019(2019-08-19) (aged 92)Mumbai, Maharashtra, IndiaOccupation(s)Music director, film score composerKnown forUmrao JaanKabhi KabhieRazia SultanDil-e-NadaanDardThodisi BewafaiSpouse Jagjit Kaur (m. 1954)Children1HonoursPadma Bhushan Mohammed Zahur Khayyam Hashmi (18 Febr...
Brazilian footballer Evanílson Evanílson in 2006Personal informationFull name Evanílson Aparecido FerreiraDate of birth (1975-09-12) 12 September 1975 (age 48)Place of birth Diamantina, BrazilHeight 1.78 m (5 ft 10 in)Position(s) WingbackYouth career América-MGSenior career*Years Team Apps (Gls)1996–1998 América-MG 19 (1)1999 Cruzeiro 1999–2005 Borussia Dortmund 123 (4)2005 Atlético Mineiro 7 (0)2006 1. FC Köln 3 (0)2006 Atlético Paranaense 7 (2)2007 Sport 2 (0...
Mountain range in southern Colorado, United States Wet MountainsView of Wet Mountain Valley, west of mountain rangeHighest pointPeakGreenhorn Mountain[1]Elevation3,763 m (12,346 ft)Coordinates37°52′53″N 105°00′48″W / 37.88139°N 105.01333°W / 37.88139; -105.01333DimensionsLength20 mi (32 km) Nw-SENamingNative nameSierra Mojada (Spanish)GeographyWet MountainsWet Mountains in Colorado CountryUnited StatesStateColoradoC...
烏克蘭總理Прем'єр-міністр України烏克蘭國徽現任杰尼斯·什米加尔自2020年3月4日任命者烏克蘭總統任期總統任命首任維托爾德·福金设立1991年11月后继职位無网站www.kmu.gov.ua/control/en/(英文) 乌克兰 乌克兰政府与政治系列条目 宪法 政府 总统 弗拉基米尔·泽连斯基 總統辦公室 国家安全与国防事务委员会 总统代表(英语:Representatives of the President of Ukraine) 总...
Cục Cảnh sát truy nã tội phạmHoạt động1/1/2010 (14 năm, 139 ngày)Quốc gia Việt NamPhục vụ Công an nhân dân Việt NamPhân loạiCục chuyên ngànhChức năngChỉ đạo, hướng dẫn lực lượng Cảnh sát cả nước tiến hành các biện pháp nghiệp vụ truy bắt đối tượng đang bị truy nã (kể cả đối tượng bị truy nã quốc tế đang lẩn trốn tại Việt Nam) và truy tìm tung tích nạn nhân, ngư...
Artikel ini tidak memiliki referensi atau sumber tepercaya sehingga isinya tidak bisa dipastikan. Tolong bantu perbaiki artikel ini dengan menambahkan referensi yang layak. Tulisan tanpa sumber dapat dipertanyakan dan dihapus sewaktu-waktu.Cari sumber: Winong, Boyolali, Boyolali – berita · surat kabar · buku · cendekiawan · JSTOR WinongDesaKantor Desa WinongNegara IndonesiaProvinsiJawa TengahKabupatenBoyolaliKecamatanBoyolaliKode pos57315Kode Keme...
2005 season of American tv series Season of television series Nip/TuckSeason 3DVD coverNo. of episodes15ReleaseOriginal networkFXOriginal releaseSeptember 20 (2005-09-20) –December 20, 2005 (2005-12-20)Season chronology← PreviousSeason 2 Next →Season 4 List of episodes The third season of Nip/Tuck premiered on September 20, 2005 and concluded on December 20, 2005. It consisted of 15 episodes. Cast and characters Main cast Dylan Walsh as Dr. Sean McNamara Julian...
Carex bullata Klasifikasi ilmiah Kerajaan: Plantae (tanpa takson): Tracheophyta (tanpa takson): Angiospermae (tanpa takson): Monokotil (tanpa takson): Komelinid Ordo: Poales Famili: Cyperaceae Genus: Carex Spesies: Carex bullata Nama binomial Carex bullataWilld. Carex bullata adalah spesies tumbuhan seperti rumput yang tergolong ke dalam famili Cyperaceae. Spesies ini juga merupakan bagian dari ordo Poales. Spesies Carex bullata sendiri merupakan bagian dari genus Carex.[1] Nama ilmi...
Suaka Margasatwa OkapiIUCN Kategori II (Taman Nasional)Sungai Epulu di Suaka Margasatwa OkapiLetakRepublik Demokratik KongoKota terdekatIsiroLuas1.372.625 km2 (529.973 sq mi)[1]Didirikan1992[2]Pihak pengelolal'Institut Congolais pour la Conservation de la Nature (ICCN) Situs Warisan Dunia UNESCOKriteriaAlam: xNomor identifikasi718Pengukuhan1996 (Sesi ke-20)Endangered1997 - Suaka Margasatwa Okapi adalah sebuah Situs Warisan Dunia UNESCO[3] di Hutan Ituri ...
832-й истребительный авиационный полк Вооружённые силы ВС СССР Вид вооружённых сил ВВС Род войск (сил) истребительная авиация Формирование 24.04.1942 г. Расформирование (преобразование) 30.09.1944 г. Районы боевых действий Великая Отечественная война (1942 - 1944): Воронежско-Ворошилов�...
Father of Confederation from Prince Edward Island who opposed Confederation Edward Palmer Edward Palmer (September 1, 1809 – November 3, 1889) was a Canadian politician born at Charlottetown, Prince Edward Island and resided in Prince Edward Island until his death. He is considered one of the Fathers of Canadian Confederation,[1] despite his opposition to Confederation, as he was a delegate to both the Charlottetown and Québec Conferences. Early life Edward Palmer was the son o...
(LA) «Hugo Grotius, gravissimus philosophus et philologus præstantissimus.» (IT) «Ugo Grozio, gravissimo filosofo e filologo prestantissimo[1].» ( Joh. Baptistae Vici, De universi iuris uno principio et fine uno, Neapolis, Felix Musca, 1720, p. 9.) Grozio ritratto da Michiel Jansz van Mierevelt (1631). Hugo de Groot[2] (in olandese [ˈɦœyɣ də ɣroːt], latinizzato in Hugo Grotius, da cui l'italiano Ugone Grozio o, secondo la lezione più recente, Ugo Grozio) (De...