Gujarat (bantuan·maklumat) (Gujarat: ગુજરાત Gujǎrāt, IPA: [gudʒ(ə)ɾat̪]) ialah sebuah negeri di Republik India. Dengan menghasilkan 19.8% daripada jumlah keluaran industri negara, Gujarat ialah negeri yang paling berindustri di India. Gujarat bersempadan dengan negara Pakistan, dan negeri Rajasthan di timur laut, Madhya Pradesh di timur, Maharashtra dan Wilayah-wilayah Kesatuan Diu, Daman, Dadra dan Nagar Haveli di selatan. Sempadan antarabangsa dengan Pakistan berada di barat laut. Laut Arab membentuk pantai barat negeri ini. Ibu negeri, Gandhinagar ialah sebuah bandar terancang yang terletak berhampiran Ahmedabad, iaitu pusat komersial Gujarat.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- Penulis Gujarat
- Portal Gujarat
- Laman web rasmi
- Cuaca Gujarat
- Sejarah Gujarat
- Maklumat lanjut
|
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Gujarat. |
- Pengangkutan di Gujarat
- Perkembangan Gujarat
- Hal ehwal mengenai Gujarat