Puduceri atau Putuceri[a] ialah sebuah Wilayah Kesatuan di India. Puduceri merupakan bekas jajahan Perancis yang terdiri daripada empat daerah yang terletak berasingan, dan dinamakan sempena daerah terbesar di kalangannya iaitu Pondicherry.
Pada bulan September 2006, wilayah ini menukar nama Inggeris rasminya dari Ponddicherry kepada Pudducherry,[1] yang membawa maksud "desa baru"[2] Puduceri juga dikenali sebagai "Riviera Perancis Timur" (La Côte d'Azur de l'Est).
Geografi
Pondicherry terdiri daripada empat daerah yang terletak saling berasingan, iaitu Pondicherry, Karaikal, dan Yanam yang menghadap Teluk Benggala dan Mahé yang menghadap Laut Arab. Puduceri (Pondicherry) dan Karaikal adalah yang paling besar dan terletak berhampiran negeri Tamil Nadu. Yanam dan Mahé pula masing-masing terlekat berhampiran negeri Andhra Pradesh dan Kerala. Wilayah ini jumlah luasnya 492 km² (Puduceri 293 km², Karaikal 160 km², Mahé 9 km², Yanam 30 km².) Puduceri diduduki 900,000 orang (2001).