Sungai Brahmaputra (/ˌbrɑːməˈpuːtrə/), juga dikenali sebagai Yarlung Tsangpo di Tibet, Sungai Siang/Dihang di Arunachal Pradesh dan Luit serta Dilao[2] di Assam, ialah sebatang sungai yang mengalir melalui Tibet, India dan Bangladesh. Ini ialah sungai kesembilan dengan kadar aliran terbesar dunia, dan sungai ke-15 terpanjang dunia. Kawasan hilir sungai dianggap suci oleh penganut Hinduisme. Brahmaputra bererti "putera Brahma" dalam bahasa Sanskrit.[3]
^Boruah, Sanjib (1999). India Against Itself: Assam and the Politics of Nationality.
^Gopal, Madan (1990). K.S. Gautam (penyunting). India through the ages. Publication Division, Ministry of Information and Broadcasting, Government of India. m/s. 80.
^"Brahmaputra River". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2017. Dicapai pada 13 November 2016.